Thursday, March 12, 2009

Terubat Rindu...

"Alhamdulillah syukur Ya Allah Kau izinkan kami berbicara  di alam siber, bertemu rupa  dalam kamera walau sekejap cuma...terubat rasa rindu di dada... moga anakanda sentiasa dalam peliharaanNYA"

Seronok dapat on9 dengan nabil guna webcam, selepas hampir 4 bulan anakanda nabil berada di bumi Yaman. Walaupun pada mulanya banyak masalah teknikal tapi akhirnya dapat juga kami "berchating".

Teringatkan perbincangan di sekolah tadi dengan  Syuk, Elly, Fuady, Haziq, Anas, Asyraf n students 3CP... Moga kalian semua dalam sejahtera
Ibubapa insan yang penting dalam hidup kita, sementara anak-anak adalah amanah dan harta yang perlu dipelihara.  Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Kemarahan ibubapa adalah tanda sayang mereka kepada kita, 
terimalah dengan hati terbuka. 
berdepan dengan realiti keluarga
redha apa yang Allah kurnia
mohon maaf   merungkai dilema

Berbaktilah pada ibubapa sementara mereka berada di hadapan mata
kerna kita tidak mahu dikatakan sebagai anak durhaka...

"Ya Allah sejahterakan ibu dan ayahku, selamatkan dan peliharalah mereka sebagai mana mereka memeliharaku sejak aku kecil"

No comments:

Post a Comment

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers