Sebaik sahaja tamat pelajaran di kelas 3CP pada tengahari tadi, Ashraf terus berjumpa ustazah " Ustazah maafkan saya.. saya nak ke Mekah malam ni, tunaikan umrah" "Alhamdulillah...ustazahpun minta maaf juga" sambut ustazah dengan hati gembira bercampur terharu dan bangga pun ada la juga. Gembira dan bangga kerana ada anak didik yang masih muda berpeluang menunaikan umrah... " tidak semua orang diberikan rezki untuk ke sana menjadi tetamu Allah dalam usia yang muda... terharu kerana teringat kembali peristiwa menunaikan haji pada dua tahun lepas..
Ke Mekah dulu ke, ke Madinah?" ustazah bertanya pula, " Ke Madinah dulu ustazah" jawab Ashraf pendek ...perasaan terharu terus menjadi sayu dan rindu... sebak rasa di dada... tergenang air mata... teringat ziarah makam baginda... Dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa melaksanakan ibadah hajji kemudian ia berziarah ke makamku, maka ia seperti orang yang mengunjungiku dalam keadaan hidupku”. HR al-Thabrani dalam kitab Al-Ausath dan al-Kabir.
"Assalamualaikum Ya Rasulullah" Ya Allah moga Engkau menerimaku sebagai umat Nabi Muhammad" ... itulah ungkapan pertama yang diucapkan...
"Di sana nanti banyakkan berdoa, rebut peluang yang ada, mohon pada Allah supaya sentiasa memberikan bimbingan dan pentunjuk dalam setiap apa yang kita buat..." ustazah mengambil peluang memberikan sepatah dua kata nasihat... moga Ashraf dan keluarga selamat menunaikan ibadat Umrah dan diterima Allah... Amin
Anas, ustazah, Ashraf dan Amir
Jiwa masih tersentuh mengingat kembali perjuangan baginda... dan peninggalannya yang ditinggalkan kepada kita... kita tidak akan sesat sampai bila-bila... Al-Quran dan Sunnah Rasulullah... lebih tersentuh bila menghayati lirik ini...
Hijjaz - Dia Kekasih Allah
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
No comments:
Post a Comment