Saturday, March 7, 2009

HUKUM LELAKI BERTINDIK

Soalan
Jika seorang lelaki bertindik, ia tidak dapat menjadi wali apabila anaknya hendak kawin. Tetapi dapat kah seorang lelaki yang bertindik, masuk syurga?
Jawapan
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. 

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah. 


[7:23]

They said: "Our Lord! We have wronged ourselves.If You do not forgive us and have mercy on us, we shall surely be among the lost.'

5 comments:

  1. tapi kalau bertindik dan akhirnya seseorang itu bertaubat macam mana ustazah?
    masih boleh jadi wali atau x?

    ReplyDelete
  2. As salam.
    Saya hanya manusia yang jahil yang ingin tahu lebih lanjut menganai hal (lelaki bertindik) ini.
    Dari apa yang ustaza perkatakan diatas, "lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar." dimana bermaksud lelaki yang bertindik untuk menyerupai wanita. Itu dari apa yang saya faham.
    Bagaimana jika saya mahu bertindik, dan saya tiada niat lansung untuk menyerupai wanita, dan saya bertindik bukan ditempat yang biasanya wanita bertindik? Sebagai contoh, jika saya mahu bertindik di bahagian kening dan juga bibir. Adakah itu dikira saya berlaku menyerupai wanita walaupun saya tiada niat lansung? Adakah jatuhnya hukum haram jika saya berbuat demikian?
    Saya harap ustazah dapat memberi penjelasan yang jelas. Kerana saya sangat keliru dalam hal ini.
    As salam.

    -Putera

    ReplyDelete
  3. Putera,

    Di bibir atau di tmpt lain dah mcm ikot kafir pulak.. Mmg haram menyerupai mereka.

    ReplyDelete
  4. Saya sdah lama membuka tindik-tindikkan saya tetapi salah satu lobang dibibir saya tidak tutup. Bolehkah saya tetap menjadi wali untuk pernikahan?

    ReplyDelete
  5. enthlah ... hanya Allah S.W.T saja yg tahu

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers