Sunday, November 27, 2011

Projek Kajian Hadith Psikologi ...Usaha yang sungguh baik

Alhamdulillah termakasih kepada team Penyelidik sehingga terhasilnya bahan yang sungguh baik ini. Banyak manfaatnya untuk semua. Sila baca bahan-bahan yang sangat bermanfaat ini dari blog berikut


http://hadithpsikologi.blogspot.com/

... Pengajaran Hadis di bawah ini juga boleh dipraktiskan dalam mendidik anak-anak.

Nabi Muhammad adalah seorang ketua dan juga trainer. Dalam hadith di bawah ini Nabi Muhammad menjalankan tugas sebagai seorang trainer kepada sekumpulan trainee.

Beliau menunjukkan teknik yang betul apabila mahu membetulkan kesilapan kerja yang dilakukan oleh trainee-trainee yang belum pandai menjalankan kerja-kerja secara profesional.

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Samurah melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah datang kepada beliau dan beberapa orang lain. Nabi Muhammad berkata kepada mereka, “Mengapakah saya lihat saudara-saudara mengangkat tangan macam kuda nakal semasa sedang bersembahyang? Bertenanglah semasa sedang bersembahyang.” Kemudian Nabi Muhammad datang lagi, kali ini beliau melihat mereka berdiri dalam bulatan. Nabi Muhammad berkata, “Mengapakah saya lihat saudara-saudara berkelompok-kelompok?” Selepas itu, Nabi Muhammad datang lagi kepada mereka, lalu berkata, “Buat barisan, macam cara malaikat berbaris di sisi Tuhan.” Mereka pun bertanya kepada Nabi Muhammad “Wahai Rasul Allah, bagaimana cara malaikat berbaris di sisi Tuhan?” Nabi Muhammad menjawab, “Barisan pertama mereka lurus, dan barisan-barisan mereka rapat-rapat.” - Hadith No. 331 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Dalam peristiwa di atas, sekumpulan orang bersembahyang, tetapi mereka belum pandai melakukan sembahyang dengan cara yang profesional.

Mereka melakukan 2 kesilapan kerja:
a. Cara mereka mengangkat tangan tidak betul.
b. Cara mereka berbaris tidak betul.

Nabi Muhammad mununjukkan cara yang betul apabila mengangkat tangan dan apabila berbaris.

Hasil analisis hadith di atas menunjukkan Nabi Muhammad menggunakan teknik-teknik berikut:

a. Kesalahan itu dibetulkan serta-merta, yakni tidak menunggu lama selepas kesilapan itu dilakukan barulah mahu dibetulkan.

b. Nabi Muhammad memberitahu kesilapan itu dengan spesifik, kemudian diberitahu cara yang betul.

c. Nabi Muhammad tidak menyalahkan diri orang yang melakukan kesilapan itu, beliau cuma menerangkan kesilapan itu sahaja.

d. Apabila menerangkan kesilapan, Nabi menggunakan anologi.

e. Apabila menerangkan cara yang betul, Nabi juga menggunakan anologi.

Saturday, October 29, 2011

Anugerah Hijau 2011 - Finalist Syuhaimi

Video hasil karya Syuhaimi... Finalist Anugerah Hijau Peringkat Kebangsaan 2011 ... di Universiti Malaya pada 29 Oktober 2011 ... Tahniah kerana berjaya menjadi finalist.!!!!! semoga berjaya

Thursday, October 27, 2011

Slide Sains Tajuk : Ammonia ...

Assalamualaikum semua.... mengapa ada bahan ini pula dalam blog ustazahlina ye... he3... ini ialah tugasan anakanda yang dibantu oleh uminya... ustazahlina sharekan di sini...

Kimia tugasan Nabil

Kimia tugasan Nabil

Wednesday, October 26, 2011

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 Akidah

BAB 1 IMAN MUTIARA HIDUP  (Dari blog Nota Pendidikan Islam)
1. Pengertian
  1. Bahasa : mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakan
  1. Istilah : membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota
2. Iman boleh bertambah dan berkurang
  1. Amalan-amalan untuk meningkatkan keimanan
i. Melakukan ketaatan kepada Allah
ii. Menambahkan ilmu pengetahuan
iii. Membanyakkan amal ibadah
iv. Melazimi amalan-amalan sunat
  1. Ciri-ciri individu yang bertambah iman
i. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya
ii. Banyak melakukan ibadah sunat
iii. Melazimi berzikir
iv. Sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah
  1. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan iman
i. Melakukan maksiat
ii. Melanggar hukum syarak
iii. Gemar melakukan perbuatan yang sia-sia
iv. Menyintai dunia melebihi cintakan akhirat
  1. Ciri-ciri individu yang berkurang iman:
i. Malas dalam melakukan ibadah
ii. Sentiasa lalai daripada mengingati Allah
iii. Mempunyai akhlak yang buruk
  1. Cara-cara untuk mencapai tahap iman yang kamil /sempurna
i. Memahami kehendak aqidah
ii. Melakukan ibadah dengan betul
iii. Mendampingi orang-orang yang soleh
iv. Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model/contoh
3. Martabat Iman :
Kategori Iman
Huraian
Iman tidak bertambah atau berkurang/statik
Iman para malaikat
Iman sentiasa bertambah
Iman para nabi dan rasul
Iman bertambah dan berkurang
Iman umat Islam yang melakukan perintah Allah
Iman sentiasa berkurang
Iman orang fasik dan ‘asi
Iman yang ditolak
Iman orang munafik dan kafir
4. Kemanisan Iman
  1. Takrif :
Berasa gembira melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan RasulNya serta mengutamakan Allah dan Rasul lebih daripada harta benda dunia.
  1. Cara-cara untuk mendapatkan kemanisan iman :
i. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya.
ii. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
iii. Benci kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka
  1. Kesan individu yang mendapat kemanisan iman
i. Mendapat kelazatan melakukan ibadah
ii. Membentuk individu yang berakhlak mulia
iii. Tidak akan melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain
iv. Sedia berkhidmat untuk masyarakat
BAB 2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1. Pengertian:
“ Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Qur’an, as-Sunnah Rasulullah s.a.w dan perkara yang dibawa oleh para Sahabat Baginda serta menentang perkara-perkara bid’ah”
2. Nama-nama lain : Ahli Sunnah, al-Jamaah, as-Salafu as-Soleh dan Ahli al-Hadis
3. Bila bermula
a. Selepas berlaku perpecahan di kalangan
umat Islam
b. Nama tersebut dimasyhurkan oleh Abu
al-Hassan al-Asy’ari dan Abu Mansur
al-Maturidi
4. Kenapa dikenali dengan nama….. ?
a. Ahli Sunnah : kerana menerima dan beramal dengan Sunnah Rasulullah s.a.w
b. Al-Jamaah : kerana berkumpul atas kebenaran dan bersatu untuk:
i. Berjihad
ii. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
iii. Menghidupkan sunnah
iv. Menentang bid’ah
5. Prinsip-prinsip:
a. Pegangan : al-Qur’an dan as-Sunnah/al-Hadis
b. Pegangan : prinsip-prinsip as-Salafu as-Soleh
c. Rujukan : al-Qur’an dan as-Sunnah 
d. Tidak mencela atau mengkafirkan oran yang tidak sealiran
      e. Tidak menghukum tanpa bukti sahih
6. Pandangan:
Perkara
Huraian
Al-Qur’an
Kalam Allah bersifat Qadim, bukan makhluk
Melihat Allah/ Rukyatullah
Orang mukmin boleh melihat Allah di akhirat dalam syurga
Pelaku dosa besar
Tetap dianggap sebagai mukmin, tetapi digelar sebagai fasik
Iman bertambah dan berkurang
Bergantung kepada ketaatan atau keingkaran individu tersebut
Qadak dan Qadar
Segala yang berlaku telah ditentukan oleh Allah sejak azali mengikut kebijaksanaanNya

7. Kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah:
 Dapat membersihkan akidah daripada kekeliruan dan kesesatan
b. Asas penerimaan sesuatu amalan
c. Hidup diredhai Allah kerana berada di jalan yang benar
8. Mazhab Syiah
Pengertian :
“Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali k.w. sebagai khalifah Rasulullah s.a.w”
9. Kumpulan-kumpulan :
Kumpulan
Pengenalan
Pegangan
Syiah Imamiyah
Berpendapat : jawatan pemimpin umat Islam (Imam) hanya layak disandang oleh Ahli al-Bait
· Jawatan ‘Imam’ anugerah Allah, maksum tetapi tidak mendapat wahyu, hanya dari kalangan Ahli al-Bait.
· Menolak hadis yang tidak diriwayat oleh Ahli al-Bait
· Imam mereka ke-12 sebagai Imam al-Mahdi
· Taqiyyah-sembunyikan iktikad apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad
· Perkahwinan ‘Mut’ah’: sementara / kontrak
Syiah Zaidiyah
Sempena pengasasnya: Zaid b Ali Zainal Abidin (cicit Saidina Ali )
· Kedudukan pelaku dosa besar : antara keimanan dan kekufuran
· Perlakuan manusia dilakukan oleh manusia bukan Allah
· Tidak percaya Imam bersifat maksum
· Menolak ‘Taqiyyah’
· Menolak imam ke12 sebagai Imam al-Mahdi
Syiah al-Batiniah
Berpendapat : al-Qur’an mempunyai makna zahir dan batin yang hanya difahami oleh imam mereka
Dianggap sebagai sesat dan paling radikal
· Saidina Ali dan imam-imam mereka sebagai tuhan
· Imam mereka, Muhammad al-Hanafiyah masih hidup
· Menghalalkan beberapa kemungkaran (e.g arak)
10. Khawarij
Pengenalan
Pegangan
Pada asalnya penyokong Saidina Ali dan menentang Muawiyah b Abu Sufyan, tetapi membelot dan menentang Saidina Ali selepas peristiwa Majlis Tahkim
· Pelaku dosa besar dianggap kafir
· Mengkafir dan menghalalkan darah (boleh dibunuh)orang yang berbeza iktikad
· Sumber syariat : hanya al-Qur’an
11. Langkah-langkah memelihara akidah:
a. Mempelajari asas akidah berdasarkan kitabAhli Sunnah wal Jamaah yang muktabar
b. Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang akidah
c. Membina ketahanan akidah dengan berdoa.
d. Menjauhi diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat
e. Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
12. Istilah-istilah asas dalam ilmu akidah
Kafir
Mengingkari prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Qur’an dan al-Hadis
Musyrik
Menyengutukan Allah pada Zat, Sifat atau perbuatanNya
Munafik
Menzahirkan keimanan dan meyembunyikan kekufuran dalam hati
Fasik
Tidak taat kepada Allah dan Rasul, melakukan dosa besar atau berterusan dengan dosa kecil
Murtad
Keluar dari Islam denga perkataan, perbuatan atau iktikad
Mulhid
Tidak beragama/atheis
BAB 3 AJARAN SESAT
1. Definisi :
Ajaran @ amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam, hakikatnya bercanggah dengan al-Qur’an dan as-Sunnah
2. Ciri-ciri :
a. Mencemarkan kesucian al-Qur’an dan as-Sunnah
b. Mendewa-dewakan pemimpin
c. Menolak perkara qat’ie
d. Mengubah bentuk ibadah
e. Mengubah konsep dosa dan pahala
f. Mendakwa boleh melakukan perkara pelik
g. Mendewa-dewakan sesuatu
h. Menolak hadis/anti hadis
3. Kesan/Keburukan :
Aspek
Kesan/Keburukan
Individu
- Rosak akidah
- Masa terbuang
- Minda tertutup
- Kehidupan tidak stabil
Masyarakat
- Keruntuhan institusi kekeluargaan
- Perpaduan tergugat
- Berlaku keganasan
Negara
- mundur
- politik & ekonomi tidak stabil
- memerlukan peruntukan yang banyak
4. Langkah-langkah untuk mengatasi:
a. Kefahaman Islam yang sebenar
b. Penyebaran islam
c. Penguatkuasaan undang-undang
d. Program pemulihan akidah
5. Cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat.
a. Meperlengkapkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar
b. Menjauhkan diri daripada golongan tersebut
c. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksankan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya
6. Contoh-contoh ajaran sesat di Malaysia:
Aspek
Qadyani
Baha’ie
Taslim
Pengasas
Mirza Ghulam Ahmad
Hussin Ali al-Manzadarani
Hj Muhammad b Syafie@ Hj Muhammad Matahari
Asal
India
Iran
Bayan Lepas, P/Pinang
Penyebar di Malaysia
Maulana Muhammad Sadik b Barakatullah
Yan Kee Leong
-
Tahun di Malaysia
1949
1953
1870an
7. Ciri-ciri Kesesatan Qadyani:
a. Pengasasnya :al-Mahdi, nabi, dan jelman Krisna (Tuhan Hindu)
b. Allah menurunkan Kitab suci al-Tazkirah kepada Mirza Ghulam
c. Mirza Ghulam mempunyai sejuta mukjizat
d. Menghapuskan jihad
e. Mengubah ayat al-Qur’an
f. Malaikat pancaindera Allah
g. Qadyani tempat suci dan tempat untuk menunaikan ibadah haji
h. Nabi Isa mati dan dikebumikan di Srinagar, India
i. Menghukum kafir selain penganut Qadyani
8. Ciri-ciri Kesesatan Bahai
a. Pengasasnya: jelmaan Allah
b. Semua agama sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai
c. Alam ini bersifat baqa’/ kekal
d. Nabi Isa mati disalib
e. Menggunakan kod 19 sehingga al-Quran dipengaruhi dengan kod tersebut
f. Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka
g. Memansuhkan ajaran Islam
h. Acre di Palestine : kiblat baru
i. Mengubah ibadah : puasa 19 hari, solat : 9 rakaat 3 kali sehari dan wuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan ‘Bismillah al-athar (5kali)
j. Menghapuskan jihad
9. Ciri-ciri Kesesatan Taslim:
a. Pengasas : pemimpin yang maksum
b. Diri batin manusia : Allah, dan diri zahir manusia:nur Muhammad
c. Alam bersifat qadim (sediakala)
d. Mentafsir ayat al-Qur’an mengikut hawa nafsu
e. Mengharuskan zina melalui nikah batin
f. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka
            g. Soal secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan rukun fi’li (perbuatan)

Saturday, October 22, 2011

Koleksi Soalan Percubaan Analisis dan Latihan Pendidikan Islam SPM 2011

Assalamulaikum semua... semoga anak-anak calon SPM menggunakan masa dengan baik pada masa cuti sekolah ni.... di sini ustazahlina sharekan analisis / koleksi soalan percubaan Pendidikan Islam SPM 2011.  (Jenguk-jenguklah selalu kerana ustazahlina akan updatekan lagi bahan-bahan khusus untuk SPM 2011)

1.   Koleksi soalan pecubaan Pendidikan Islam SPM 2011  (negeri-negeri) 

2..Analisis  / Koleksi  Soalan  Hadis SPM 2011 ... seperti di bawah adalah untuk memudahkan ulangkaji...

Pecutan Spm Hadis






3.   Analisis  Tajuk Soalan Percubaan SPM Negeri-negeri 2011

Analisis Tajuk 2011


4.   Analisis Soalan Percubaan 2011 negeri-negeri - Ayat Hafazan





hafazan

Tuesday, August 23, 2011

Majlis Tadarus Perdana , Khatam al-Quran dan Bubur Lambuk SMKTDH




Alhamdulillah syukur ya Allah... kerana mempermudahkan segala urusan sehingga majlis berjalan dengan jayanya... meriah pulak tu kan...



Terimakasih kepada semua peserta tadarus .... 1AN 2AN 4AN 4BR 4KE 5AN 5BA 5BR 5CP 5DH 5KG dan yang lain-lain


Terima kasih kepada semua peserta khatam al-Quran... pasti ia menjadi kenangan yang manis buat kalian...

Terima kasih ustaz ustazah dan cikgu-cikgu yang membantu menyediakan segala keperluan

Terima kasih kepada group memasak bubur lambuk...cikgu Syukur..ustaz Khalid ... Encik Ali dan yang lain-lain


Terima kasih kepada pengetua Tn Haji Ghumiat Kamdi dan barisan pentadbir... Pn Saidatul... Pn Hanifah ... Cik Hjh Norsinta...

Terima kasih kepada pengacara majlis.. saudara ikmal... dan pembaca doa ...saudara Fitri...

"Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam syurga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dalm kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dalam mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlak dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy"

Wednesday, July 27, 2011

Amali sembelihan di SMKTDH



Alhamdulillah rasa syukur yang amat sangat ... bila dapat menulis semula...

"Berhati-hati dengan ayam yang kita beli di kedai, kerana mengejarkan keuntungan ada ramai yang tidak amanah sewaktu menyembelih.."

Kata-kata daripada Tuan Haji Muhammad, tukang sembelih yang bertauliah amat menggerunkan perasaan ustazahlina. Berapa banyak ayam yang dijual dipasaran yang mungkin diragukan kesahihan halalnya?


Sebagai satu usaha untuk menyedarkan para pelajar tentang kepentingan makanan yang halal dan baik serta indahnya Islam dalam mengatur cara pemakanan umatnya... maka dilaksanakan satu amali sembelihan di sekolah kami.

sebanyak 70 ekor ayam telah disembelih oleh tukang sembelih , guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Terima kasih kepada semua yangmenjayakan program ini. Moga ada kebaikannya....

" yang halal dan baik datangnya daripada Allah"

Sunday, March 20, 2011

Kertas cadangan Kajian Tindakan

Assalamualaikum ... Contoh kertas Cadangan Kajian Tindakan untuk di kongsi bersama... jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan... harap maklumkan ya... moga ada kebaikannya untuk semua.

1. Nama Dan Alamat Penuh Organisasi

SMK TAMAN DATO’ HARUN, KM 12, JALAN KLANG LAMA, 46000, 
 PETALING JAYA , SELANGOR.

2. Penyelidik
SALINA BINTI BUSROWI

3. Tajuk Kajian
Meningkatkan kemahiran penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah murid tingkatan 5 dengan menggunakan Kaedah
‘ Diari Haji dan Umrah ‘

4. Refleksi masalah / Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu
Berdasarkan hasil kerja murid dan sesi soal jawab , 20 orang murid tingkatan 5 tidak dapat menjawab soalan latihan yang berkaitan dengan tatacara ibadat Haji dan Umrah. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah secara tepat dan betul serta tidak dapat memahami aliran tatacara ibadat Haji dan Umrah ini secara menyeluruh.


5. Fokus Kajian
Melibatkan 20 orang murid Tingkatan 5 yang belum menguasai tatacara ibadat Haji dan Umrah.

6. Objektif Kajian ( Am Dan Khusus )

6.1 Objektif Am
i ) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak menguasai tatacara ibadat Haji dan Umrah.

ii) Mempertingkatkan penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah dalam kalangan 
murid

6.2 Objektif Khusus
i ) 20 orang murid menguasai dan memahami tatacara ibadat haji dan Umrah.
ii) 20 orang murid yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan 
 dengan ibadat haji dan Umrah.

7. Kumpulan Sasaran
Melibatkan 20 orang murid tingkatan 5 SMK Taman Dato’ Harun.


8. Tindakan yang dicadangkan
i. Mengadakan Ujian - Pra kepada murid sasaran untuk mengenal pasti masalah 
 asas murid.

ii. Memberi bimbingan kemahiran penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah 
 dengan menggunakan Kaedah dan Bahan Inovasi.

iii. Memberi latih tubi menjawab soalan kepada murid-murid.

iv. Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana 
 keberkesanan Kaedah dan Bahan Inovasi yang digunakan.

v. Membuat analisis data hasil ujian Pos.

vi. Membuat Laporan Kajian berkaitan dengan kekuatan dan kekurangan aktiviti 
 pengajaran dan pembelajaran.

9. Bahan Dan Anggaran Kos
BIL JENIS ALAT /BAHAN KOS (RM)
1 Kertas A4 = 10 x RM13.00 130.00
2 Kos percetakan ( dakwat printer ) 150.00
3 Fail murid = 20 x RM2.50 50.00
4 Komputer riba
5 LCD projektor
6 CD = 20 keping 30.00
JUMLAH 360.00

10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt

BIL AKTIVITI TARIKH
1 Penyediaan kertas Cadangan 21 Mac 2011
2 Merancang Kajian 22 Mac 2011
3 Menyediakan soalan Ujian- Pra dan soalan soal selidik 28 Mac 2011
4 Melaksana Ujian- Pra 4 April 2011
5 Pemprosesan Data Ujian-Pra 6 April 2011
6 Melaksana Soal selidik dan temu bual 11 April 2011
7 Pemprosesan data soal selidik dan temubual 13 April 2011
8 Perancangan Tindakan 15 April 2011
9 Pelaksanaan Tindakan 1 18 April 2011
10 Refleksi Tindakan 1 19 April 2011
11 Pelaksanaan Tindakan 2 20 April 2011
12 Refleksi Tindakan 2 21 April 2011
13 Pelaksanaan Tindakan 3 22 April 2011
14 Refleksi Tindakan 3 23 April 2011
15 Pelaksanaan Tindakan 4 25 April 2011
16 Refleksi Tindakan 4 26 April 2011
17 Perancangan dan Pelaksanaan Ujian-Post 3 Mei 2011
18 Pemprosesan Data Ujian-Post 5 Mei 2011
19 Penilaian kendiri / renungan / Refleksi 12 Mei 2011
20 Penulisan Laporan Kajian Tindakan 13 Mei 2011
21 Pemurnian Laporan 16 Mei 2011
22 Pembentangan Laporan 21 Mei 2011
23 Penyerahan Laporan 23 Mei 2011




Lampiran 1 : Borang Soal Selidik

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling sesuai menandakan tahap persetujuaan anda mengikut skala nilaian yang disediakan.

Skala :
1 = Tidak setuju
2 = Kurang setuju
3 = Setuju
4 = Sangat setuju

BIL ITEM NILAIAN
1 2 3 4
1 Saya suka belajar tajuk ibadat haji dan umrah
2 Saya dapat memahami tajuk ibadat haji dan umrah ini dengan baik
3 Saya boleh mengenal pasti istilah-istilah yang terdapat dalam tajuk ibadat haji dan umrah
4 Saya dapat memahami dan menggambarkan perjalanan tatacara ibadat haji dan umrah secara menyeluruh yang dilakukan oleh jemaah haji sewaktu musim haji
5 Saya dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan ibadat haji dan umrah dengan baik
6 Ibubapa saya sering membimbing saya menjawab soalan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam
7 Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang sangat saya minati

Tuesday, February 15, 2011

Ya Rasulullah Ya Habiballah ....


محمد أشرف الأعراب والعجم
محمد خيـــــــر من يمشي على قــــدم
Nabi Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan ‘Ajam
Nabi Muhammad lah sebaik-baik manusia , berjalan di bumi ini
محمــد باسط المعروف جامعه
محمـــــد صاحب الإحســان والكــــرم
Nabi Muhammad adalah luas kebaikannya, dialah pengumpulnya
Nabi Muhammad lah penghulu kebaikan dan kemuliaan
محمــد تاج رسل الله قاطبــــة
محمـــــــد صــــــادق الأقوال والكلـــم
Nabi Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Nabi Muhammad adalah benar pada kata-katanya
محمــــــد ثابت الميثاق حافظــه
محمـــــــد طيــب الأخــلاق والشيــــم
Nabi Muhammad adalah tetap pada janjinya
Nabi Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya
محمـــد رُوِيَت بالنور طينتُــــهُ
محمــــد لم يــــزل نــــــوراً من القِدم
Nabi Muhammad, tanah semadinya disirami dengan Nur
Nabi Muhammad, dia masih bercahaya, semenjak azali
محمــــد حاكم بالعدل ذو شرفٍ
محمـــــد معــــدن الإنعام والحكــــــم
Nabi Muhammad seorang hakim yang adil, punya kemuliaan
Nabi Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah
محمد خير خلق الله من مضـــــر
محمــــد خيـــر رســـــل الله كلهـــــم
Nabi Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah, dari kaum Mudhar
Nabi Muhammad itulah semulia-mulia Rasul Allah, seluruhnya
محمــــــد دينه حـــق نديـــن بـــه
محمــــــــد مجمــــلاً حقاً على علــــم
Nabi Muhammad, agamanya adalah kebenaran, yang kita anuti,
Nabi Muhammad, adalah kebenaran, sebenar-benarnya
محمـــد ذكـــره روح لأنفسنــــــــا
محمد شكره فــــرض على الأمــــم
Nabi Muhammad, mengingatinya adalah seperti ruh bagi kita,
Nabi Muhammad, wajib kita berterima kasih padanya
محمد زينة الدنيا وبهجتهـــــــــــا
محمــــــــد كاشــــــف الغمات والظلم
Nabi Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya,
Nabi Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan
محمــــد سيـــــــد طابت مناقبـــــهُ
محمــــد صاغه الرحمــــــن بالنعـــــم
Nabi Muhammad , penghulu, yang suci perbuatannya
Nabi Muhammad, diberikan sebaik-baik nikmat oleh Allah
محمــــد صفـــوة الباري وخيرتـــــه
محمــــد طاهـــــــر من سائر التهـــم
Nabi Muhammad , adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Nabi Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan
محمـــد ضاحــــك للضيف مكرمــــه
محمـــــــــد جـــــــاره والله لم يضـــم
Nabi Muhammad, tersenyum buat tetamunya, bahkan memuliakannya
Nabi Muhammad , jirannya – demi Allah – tidak dizalimi
محمــــد طابـــــت الدنيــــا ببعثتــــه
محمـــــد جـــاء بالآيـــات والحكـــــــم
Nabi Muhammad, alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Nabi Muhammad, telah datang dengan mukjizat (ayat) dan hikmah-hikmah
محمــــد يـــوم بعث النــــاس شافعنــــا
محمـــــــد نوره الهــــادي من الظلــــم
Nabi Muhammad, kelak di hari kebangkitan, dialah pemberi syafaat kita (umatnya)
Nabi Muhammad , nurnya ibarat penyuluh hidayah, dari kegelapan
محمــــــــد قائـــــــــــم لله ذو همـــــــــم
محمـــــــد خاتـــــــم للرســــــل كلهــــم
Nabi Muhammad , tidak putus-putus menghadap Allah, dengan penuh harapan,
Nabi Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah seluruhnya
مولاي صل و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم
Wahai Tuhanku, selawat dan salam sentiasa,
Ke atas kekasihmu, sebaik-baik makhluk, seluruhnya


My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers