Friday, December 18, 2009

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam.... Tahun ini lebih baik dari ...

" Ah.. setahun dah berlalu..." detik hati ustazahlina ... bila menerima sms dari rakan2 yang mengucap Salam Maal Hijrah... " Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya" detik hati ini lagi.. memang itu yang kita harapkan .... sentiasa mencari yang baik dan terbaik... sesuai dengan pesanan Junjungan kita yang bermaksud ...

Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Namun untuk berubah ke arah yang lebih baik dan terbaik bukan hanya diangan-angankan tanpa disusuli dengan usaha dan semangat...

Bersyukur sangat-sangat apabila suami membeli secara online E-book menghafaz mengikut Kaedah Jibril oleh ustaz Asraff al-hafiz...
kupasan yang santai tetapi sangat berkesan memujuk hati , menyuntik semangat dan menangani seribu macam alasan ... dalam menghafaz.... bagi diri ini pula... terasa satu suntikan semangat untuk menghafaz semula ayat-ayat al-Quran sehingga tamat... Tambahan pula buku kaedah Huffaz oleh dr Jh Mohd Shafie al-Muqri' telah pun di beli.....

" Puan, sekiranya puan menghafaz satu hari satu ayat, kesemuanya ada 6236 ayat, puan akan bergelar hafizah 18 tahun dari sekarang iaitu dalam usia 59 tahun...ok tak? "... ucap ustaz Wan Zikri bekas CEO sekolah Imtiaz Terengganu, sewaktu
ustazahlina menghadiri workshop Hafaz Is Easy di My Coaching Zone di Seri Kembangan.

" MasyaAllah..."
itu sahaja yang terkeluar dari mulut ustazahlina.... jauh di sudut hati... timbul perasaan gembira bukan kerana gelaran itu tapi terasa hidup ini pasti akan lebih bermakna....

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
surah al-ankabut :69

Ya Allah moga usaha ini menjadi pembuka kepada kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada tahun ini...

Sunday, August 30, 2009

Peperiksaan Semakin Hampir..... Tips 1

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamuaalaikum ....pelajar2 yang dirahmati Allah....
Debaran makin terasa apabila setiap kali melihat papan tanda "countdown" PMR dan SPM di sekolah. Ustazahlina fikir...bukan sahaja pelajar-pelajar calon peperiksaan, malah cikgu-cikgu, lebih-lebih lagi ibu bapa turut merasa debarannya. jauh di sudut hati...sentiasa mendoakan agar kalian semua dalam keadaan sihat, tenang, fokus dan dapat membuat persediaan dengan baik.

Di sini ustazahlina ingin kongsikan bersama kepada semua pengnjung terutamanya pelajar-pelajar yang dikasihi.... tips dan nasihat yang berguna yang diadaptasi dari blog muallim dan aspirasidiri......




Menjelang Hari-hari peperiksaan

1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.

2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal.
Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan cuaca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Menghadkan menonton TV, CD,
Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.

4. Mengawal
pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.


5. Membuat sebanyak mungkin latih tubi dari pelbagai buku dan sumber. Exercise make perfect.

6. Merebut peluang Ramadan dengan merancang waktu belajar, ibadat dan doa kepada Allah.

Sunday, August 16, 2009

Latih Tubi Pendidikan Islam PMR


Sila download di sini.... set soalan dan jawapannya sekali

Set Latih Tubi Negeri Johor 2009  (lihat juga set latihan 2009 Negeri Selangor di sebelah kiri blog ini)

Sunday, July 19, 2009

Ikatan hati di masjid As Salam...

Apa agaknya yang guru-guru selalu lakukan pada hari pertama persekolah apabila berjumpa dengan pelajar2 baru? Bertaaruf la kan? tanya nama..tinggal di mana.... Tapi tahun ni ustazahlina tambah satu lagi..apa masjid atau surau yang berhampiran dengan kawasan rumah mereka...mencabar juga rupanya soalan tu!....

Bukan tentang taaruf itu yang ustazahlina ingin kongsikan di sini..tetapi, hajat dan harapan ingin melihat agar ramai anak-anak muda (termasukla yang tua) suka dan sedar untuk ke masjid.

Alhamdulillah pada hari ini 18 Julai 2009 , kami (pelajar2 ting 2AN & ustazahlina selaku guru tingkatan) dapat bersama bermalam di masjid As-Salam Taman Sri Manja. Walaupun program ini adalah program tak formal kelas, kami amat terharu kerana sambutan dan layanan pihak masjid yang aaammmmat baik sekali...lebih-lebih lagi menurut pihak masjid ini adalah kunjungan pertama kali kumpulan pelajar hadir memakmurkan dan berqiamullail di masjid.(masjid baru digunakan dalam 2 tahun)
Kuliah maghrib bersama penceramah dari UIA

Pada hemat ustazahlina, pendidikan itu bukan sahaja terbatas dalam ruang lingkup kelas. Kita akan benar-benar dapat melihat gelagat dan telatah anak didik kita apabila kita bersama mereka di luar kelas. Kalau di dalam kelas mereka semua berpakai uniform tapi di luar kelas kita tahu apa jenis pakaian yang mereka pilih...kalau di dalam kelas mereka diam dan mengawal bicara..tetapi di luar kita tahu apa bahasa yang sering digunakan sesama rakan...kita kenal mereka semasa makan..kita kenal mereka semasa mengambil wudhuk...kita kenal mereka semasa hendak tidur (semasa tidur pun ! camna tu ye?) ..dan kita kenal mereka semasa dikejutkan dari tidur...teguran dan bimbingan yang diberikan "there and then" (harap betul istilah ni ) pasti lebih efektif dari bebelan yang pelajar tidak nampak perkaitannya dalam kehidupan mereka.

Tazkirah dan motivasi bersama Tuan Hassan
Qiamullail bersama Tuan Imam haji Umar

Tujuan entry kali ini untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar2 2AN untuk istiqomah dalam kebaikan....mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK Masjid As Salam..Tuan Nazir Haji Sahak...Imam Umar..Tuan Hassan Lujnah dakwah dan tarbiah..Bilai 1..adik-adik kumpulan remaja masjid...ibu bapa yang memberikan sokongan... dan semua yang terlibat...serta bertujuan berkongsi pengalaman bersama pendidik-pendidik lain di luar sana.

Tarbiyah adalah proses yang berterusan....Ustazahlina berharap pogram ini akan diteruskan sebagai program dwi mingguan kelas...minggu hadapan mungkin kita akan mengadakan program Khidmat Dhuha di masjid ini...


Amanat dari Tuan Nazir Maasjid As Salam, Tuan Haji Sahak

Ya Latif..ya Latif...ya Latif...ya Latif..Ya Allah lembutkan jiwa-jiwa kami untuk beribadat kepada Mu Ya Allah..bersihkan hati kami dari riak, buruk sangka dan segala penyakit hati Ya Allah..Amin Ya rabbal A'lamin

Saturday, June 27, 2009

Komik Perjanjian Hudaibiyah (1)

Assalamualaikum... 26 Jun 2009 hari Khamis

"Ustazah, ini tugasan yang ustazah suruh tu.." Asyraf dan Syafiq menunjukkan hasil kerja mereka.
"MasyaAllah cantiknya!"...."cepatnya siap? baru semalam ustazah beri tugasan ni", hati ustazahlina melonjak gembira bila pelajar bersungguh-sungguh dalam kerja sekolah mereka. "Ha, macam ni la pelajar yang cemerlang", puji ustazahlina juga untuk menarik perhatian pelajar lain.
" Ala..ustazah..kami pun dah siap ni tinggal sikit saje lagi.." terdengar suara dari rakan-rakan pelajar yang lain. Mereka pun mahu dipuji juga...hi3

Semalam ustazahlina mengajar tajuk perjanjian Hudaibiyah dengan menggunakan teknik penceritaan serta berbantukan carta aliran dan kadang-kadang melakonkan beberapa watak atau insiden2 tertentu...

Sudah lama ustazah terfikir untuk menghasilkan komik bagi tajuk2 Pendidikan Islam terutamanya dalam tajuk sirah....

Inilah hasil kerja pelajar ustazahlina iaitu Komik tentang kronologi peristiwa perjanjian Hudaibiyah secara ringkas mengikut tahap pembelajaran Tingkatan 3 di sekolah menengah. Jom kita saksikan. (Maaf kalau tulisan mereka tidak dapat dibaca...)

- Latarbelakang peristiwa perjanjian Hudaibiyah
- Rasulullah rindu akan kampung halamannya
- Rasulullah bermimpi melakukan tawaf di Baitullah
- Pada 6 Hijrah, seramai 1400 umat Islam menuju ke Mekah

- Strategi pemergian ke Mekah untuk mengelakkan peperangan
- Tidak melalui jalan biasa
- memakai ihram sejak di Zulhulaifah
- membawa binatang ternakan untuk korban
- Rasulullah sentiasa bermesyuarat bersama para sahabat
- melantik perisik

- Orang Qurasy ingin menghalang umat Islam
- mereka bersedia untuk berperang
- Rasul mengubah haluan ke Hudaibiah
- Rasul menghantar Utman Bin Affan untuk memaklumkan tujuan kedatangan mereka

- berita tersebar mengatakan Uthman di bunuh
- umat Islam mengadakan sumpah setia untuk membela Uthman yang dinamakan Baiah Ridwan
- Quraisy menghantar Suhail Bin Amru berjumpa Rasul
- Berlaku perjanjian Hudaibiah
* Genjatan senjata selama 10 tahun
* umat Islam hanya dibenarkan melakukan umrah pada tahun berikutnya, selama 3 hari sahaja
* Mana-mana pihak boleh mengadakan hubungan baik dengan mana-mana puak
* mana-mana warga Mekah yang pegi ke Madinah tanpa izin wali perlu dipulangkan semula manakala warga madinah yang lari ke Mekah tidak perlu dipulangkan

Pengajaran
* Kita perlu mempunyai strategi sebelum melakukan sebarang tindakan
* Umat Islam perlu sentiasa bermesyurat untuk mendapatkan tindakan yang tepat
* Umat Islam mesti bersatu hati agar tidak ditindas oleh musuh

Dan akhirnya.....Inilah dia artis dan penulis yang menghasilkan komik ini....

Well done Syafiq and Asyraf..You are the best..Barakallhu fi kuma...

Untuk mengkayakan lagi diri kita dengan pengetahuan , bacalah : Perjanjian Hudaibiah

Wednesday, June 24, 2009

Perkongsian Ilmu

Hari ini semua guru SMKTDH didedahkan dengan  WEB2.0 ... termasuklah penggunakan dan manfaat blog...semoga ilmu ini dapat meningkatkan profesionalisme guru-guru..Tahniah kepada semua.


Pengetua (bertudung pink) dan rakan guru SMKTDH mendengar penuh minat
Ustazahlina rasa gembira kerana dijemput untuk kongsi pengalaman bersama guru-guru. Sebenarnya blog ustazahlina  ni usianya tak sampai setahun jagung (bersamaan berapa hari tu ye he3), namun kelebihan dan manfaatnya dapat ustazahlina rasakan.  Kemudahan IT yang patut kita syukuri dengan cara mengambil peluang "memiliki" dan "menggunakannya" 

Melalui penggunan blog ini ustazahlina mendapat banyak maklumat yan g berguna dari rakan-rakan blogger yang lain dan secara tidak lansung mendapat ramai kenalan.  Ustazahlina kongsikan juga kepada mereka blog2 yang sangat ustazahlina suka layari kerana bahan dan gaya penulisannnya seperti  Farid Rashid di Mesir, Y4kuz4 di Jepun, Barukisu di Ukrane , Dr Ummi dan Saifulislam di Malaysia.  Begitu juga blog khusus tentang mata pelajaran Bahasa Arab yang amat membantu.  Ustazahlina berdoa semoga ramai lagi penulis2 blog tampil membawa mesej yang baik untuk kebaikan semua.

Saturday, June 13, 2009

Manfaatkan Diri mu ...

Ustazahlina rasa sangat gembira dan rasa sangat bermanfaat apabila resepi apam dari "dapur Ustazahlina" telah dicuba dengan jayanya oleh Dr Ummi sewaktu beliau berkelah bersama keluarga tercinta...Alhamdulillah. Perkara kecil yang memberi kesan yang besar harapnya!

Gambar hidangan Perkelahan Dr Ummi dan keluarga
(yg hijau tu kuih apam nasi ) ...hmmm best nye! seronok anak2

Terus terlintas di benak fikiran Ustazahlina ....... bahawa ....

Tiada contoh teladan yang terbaik yang dapat kita contohi melainkan dari kekasih Allah, junjungan yang mulia nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.... baginda mengajar kita akidah yang sejahtera , ibadat yang sempurna dan akhlak yang mulia...
Teringat kata-kata Rasulullah yang bermaksud ..."sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain..." ... lalu hati pun berdetik adakah aku memberi manfaat kepada orang lain?

Kalau aku di rumah adakah aku memberi manfaat kepada ibu, ayah dan ahli keluarga ku......?
kalau aku di sekolah adakah aku memberi manfaat kepada rakan2 sekelas / sepejabat atau guru2 ku ...?
kalau aku di laman blog adakah aku memberi manfaat kepada pengunjung blog yang lain...?

Semoga kita semua memberi manfaat kepada alam ini ...

Wednesday, June 10, 2009

JADIkan ia hari yang bermakna...

10 Jun 1993...saat yang amat dinantikan....setelah hampir tiga tahun berumahtangga, akhirnya dikurniakan cahayamata penyeri kehidupan....

Kelahiran Ahmad Nabil Fikri...

Hari ini usianya genap 16 tahun...Happy Birthday To You Nabil.... We all Love You

(to be continue )

Penghargaan..Nikmat atau Ujian?...

Bismillahirrahmanirrahim

Ustazahlina igin mengucapkan ribuan terima kasih kepada NUR , Barukisu dan Pelajar-pelajar SMKTDH atas ingatan dan penghargaan yang diberikan. ustazahlina telah menerima beberapa AWARDs dari mereka semua ni... Jazakumullah khairal jaza...
1. Award dari NURSemoga kebahagian dan ketenangan sentiasa bersama kita...tq sis...

2. Award dari Barukisu


Tuah yang membawa hidayah untuk hidup yang lebih bermakna...terima kasih dik...moga tuah sentiasa bersama kita...

3. Penghargaan dari Warga Pelajar SMK Taman Dato' Harun 2009

ingat pesanan rasul kepada kita semua...sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain...

..."Hormat pada yang tua sayang pada yang muda"...

4. Ingatan dan Penghargaan dari anak-anak didik


Segala puji hanya untuk Allah...Hanya Dia yang berhak menerima segala pujian
Semoga penghargaan dan pujian tidak menjadikan kita Alpa dan Bangga yang akan mengundang BALA... sebaliknya...menjadi suntikan semangat untuk Ikhlas dan Takwa demi mendapat REDHA

Ya Allah aku bersyukur atas segala nikmat yang engkau berikan...aku berlindung agar nikmat ini tidak melalaikan aku dari mengingatiMu...ampuni dosaku dan terimalah aku sebagai hambaMu...

Thursday, May 28, 2009

Cetusan Rasa Seorang Cikgu....

Guru pertama ku ayah dan ibu

Yang mengajar ku bertatih, bercakap dan mengenal quran

Masa di tadika cikgu rajin bercerita

Yang buruk ditinggal yang baik diikut


Disekolah rendah cikgu beri hadiah

Kamus bahasa Ingeris

sehingga kini menjadi kenangan manis


(Cikgu2 SK Sg Hj Dorani 1976 - 1980 : Cikgu Hamzah, Cikgu Karim, Cikgu Zaimah, Cikgu Jariah, Cikgu Amir, Cikgu Bakri)


Masuk tingkatan satu

tinggal di asrama jauh dari ayah ibu

Ayah titipkan surat untuk cikgu

Aku baca dulu sebab nak tahu apa yang terbuku

Surat dari ayah untuk cikgu


Kepada cikgu yang dihormati

Saya serahkan anak saya ini di bawah jagaan cikgu

Didik dan ajarlah dia seperti anak cikgu sendiri

Marah dan rotanlah dia jika tidak mendengar kata


(Cikgu2 Maahad Hamidiah kajang 1981 -1983 : Puan Salamah, Cikgu Zul, Cikgu Amat Kamis, Ustaz Ghazali Hamzah. Cikgu Yazariah, Ustaz Amir, Ustaz Iwadh)


Itulah surat ayah kepada cikgu

Keprihatinan dan layanan cikgu amat baik sekali

Bila ayah pulang ke rahmatullah..perhatian cikgu makin bertambah

Diberikan duit saku dan buku untuk menelaah

Itulah cikgu-cikguku seperti ayah dan ibu


Sajak ini untuk cikgu2 ku yg telah lama tidak ketemu


(Karya Pemburu Syurga)

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau jemu
Menatap wajah sama
Bertanya soalan serupa

Maafkan kami cikgu
Kalau lidahmu kelu
Menegur salah silap
Bimbang dibalas biadap

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau malu
Akan pekerti kami
Yang meresahkan hati

Maafkan kami cikgu
Kalau hatimu rindu
Menunggu berita baru
Dari setiap muridmu

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau bersendu
Kerana kami bisu
Walau di Hari Guru


Kini aku seorang cikgu

Walau tidak pernah menerima surat dari mana-mana ayah ibu murid-murid ku

namun aku telah menjadikan diriku ibu

yang akan mengajar dan mendidik mereka seperti anak-anak ku


ingin melihat mereka berjaya

dihiasi dengan pekerti mulia

menjadi pendukung membangun bangsa


Justeru kepada Allah kupohon sangat-sangat

Keikhlasan, kecekalan dan semangat

Agar sekelumit usaha ku ini mendapat berkat


Ku pohon juga sangat-sangat

semoga tiada jemu yang bertandang..

tiada bosan yang menjengah...

tiada lelah yang menyapa...

kerana aku ingin menjadi

Guru Pembina Negara Bangsa


kepada semua yang pernah mengajar dan mendidik diriku secara formal atau tidak...juga adalah cikgu-cikgu ku..Moga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah...Amin

Sunday, May 17, 2009

Air mata di Hari Guru...


Guru Pembina Negara Bangsa
Kisah ini sungguh menyentuh perasaan... dari blog saudara Muhtar Suhaili...(engineer berjiwa dae') ...ingin ustazahlina kongsikan bersama..agar ramai lagi yang mendapat manfaatnya

Ada seorang guru wanita di sekolah saya. Ada kisah yang meruntun jiwa tentangnya.

Cikgu Siti yang saya kenali memang serius ketika mengajar. Kerap juga dia bercanda dengan kami. Ada masanya, dia akan beri kami duit seringgit kalau dapat jawab kuiz cepu emas yang melucukan. Dulu saya kurang minat dan mahir Bahasa Malaysia tapi kian lama kian mantap.

Saya pernah nampak dia hulur wang RM1 kepada Arifin, kawan sekelas saya yang selalu tak bawa wang ke sekolah. “Makan nasi ya, jangan beli keropok”, ujarnya. Banyak kali juga. Arifin anak yatim. Ibunya meninggal tahun lepas kerana penyakit TB. Walaupun pakaiannya tidak kemas dan sesekali bau hapak, cikgu Siti selalu dakap dan usap rambut Arifin. Kadang-kadang saya nampak dia beri nasihat kepada Arifn supaya jaga kebersihan pakaian dan tubuh badan.

Pagi itu Cikgu Siti masuk ke kelas macam biasa. Tiba-tiba, Arifin muntah. Kami semua panik dan tak kurang juga yang menekup mulut dan hidung. Saya lihat Arifin macam nak pitam. Muka pucatnya menzahirkan dia sakit. Cikgu Siti terus dukung tubuh kurus Arifin dan keluar kelas. Agaknya ke bilik sakit, kami mendesus. Sebelum keluar, sempat cikgu pesan sambung latihan tatabahasa semalam. Kami akur.

Selepas setengah jam, Cikgu pun balik ke kelas. Saya lihat tudung cikgu basah dan ada kesan warna. Bau muntah masih ada. Rupanya di bilik sakit Arifn muntah lagi. Cikgu Siti guru PBSM. Tentu dia dah beri rawatan yang berkaitan. Tapi, muka Cikgu tetap manis. Dia senyum. Tak ada pun suara mengomel tudung maniknya berbau busuk. Sesekali dia mengibas-ngibas tudungnya yang lembab supaya cepat kering, andaian ku.

Sesekali bila teringat kepada Cikgu Siti, saya rasa sangat terharu kerana khabarnya Arifin kini seorang businessman yang berjaya. Dia tidak lagi memakai sepatu yang koyak seperti ke sekolah suatu masa dulu. Bajunya berjenama. Rambutnya yang dulu tidak bersikat kini disisir rapi.

————————————————————————-
Ketika kami berjumpa (reunion) setahun lepas, saya masih ingat ucapannya di hadapan pentas.

“Saya tidak akan pernah lupa seorang guru yang berhati luhur memberi saya makan ketika saya lapar sepiring nasi. Saya tidak akan pernah lupa seorang guru yang berhati luhur mendakap mesra tubuh saya yang kurus dengan penuh kasih sayang dan meminta saya memanggilnya ibu.”

“Saya tidak akan lupa raut seorang guru yang memberi saya harta sebesar dunia (ilmu) dan malah membelikan saya sebatang pensel untuk saya tulis. Kecilnya saya yang kehilangan kasih sayang ibu, tetapi besar saya dianugerah Tuhan pula seorang guru.”

Kami mendengar sambil terdiam. Saya pasti sangat-sangat orang yang dimaksudkannya itu.

“Sewaktu saya pengsan kerana gastrik, seorang guru yang selayaknya ibu telah merawat saya dengan penuh kasih sayang dan ambil berat. Dengan kereta buruknya, dia menghantar saya pulang. Saya masih ingat bunyi decit keretanya ketika terlanggar lopak di jalan.”

“Hari ini saya berdiri sebagai seorang usahawan berjaya. Seorang yang berkelulusan master dari universiti tempatan. Berkereta mewah, bergaji besar. Malah, pen yang kutulis juga beratus harganya.”

“Tapi, aku tak pernah lupa kepada bunyi decit kereta buruk cikgu Siti. Aku tak pernah lupa pada bau hanyir muntah yang kulambak di atas pakaiannya. Aku tak pernah lupa dakapan erat cikgu menenangkan aku ketika aku menangis teringat arwah ibu semasa mendapat keputusan UPSR 4A ketika itu.”

Suara Arifn tertahan-tahan. Sesekali ada juga basah kelopak matanya. Ujarnya lagi….

“Andai suatu hari nanti jika kita bertemu lagi, cikgu…. Akan kulafaz terima kasih sebesar dunia.”

Saya tidak dapat menahan air mata mengenang besarnya pengorbanan seorang guru biasa bernama Cikgu Siti Nazura. Demikian pengaruh beliau kepada anak didiknya.

* Saya kini seorang jurutera kanan sebuah syarikat binaan terkemuka di Selangor. Terima kasih, cikgu!


Guru-guru sekali-kali jangan disalahkan, tidak ada guru yang mendidik anak muridnya kepada kejahatan. Niat mereka semuanya baik dan suci, cuma kadang-kadang guru itu amat pandai membaca kitab, tetapi tidak pandai membaca masyarakat."  - Prof. Hamka

Semoga semua guru diberikan kekuatan untuk pandai "membaca masyarakat...menjadikan kerja sebagai ibadah...berbicara secara hikmah...bersungguh membina ummah...Amin

Wednesday, May 13, 2009

Usaha murni guru...

Malam Khamis lepas ustazahlina bersama cik syazwani "menemani" pelajar-pelajar perempuan T3 dan T5 SMK Taman Dato' Harun SMKTDH untuk kelas ulangkaji malam atau prep...
teringat masa di Maahad Hamidiah Kajang dan juga di KIK...rutin prep yang menjadi satu kewajipan bagi sekolah berasrama... 
tetapi UNIKnya  SMKTDH ini bukan sekolah berasrama!....Usaha murni dan mantap dari pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan juga PIBG mewujudkan kelas malam khas untuk pelajar-pelajar patut disokong dan dipuji...
Apa kata Penolong Kanan 1 Puan Zarina Awang..  " Kita sediakan tempat supaya pelajar dapat berkumpul untuk belajar...kalau tidak pun mereka ni tetap berkumpul (lepak) di kedai-kedai la ...tepi-tepi jalan la..."
Hmm..kemudahan yang patut dihargai oleh pelajar...moga usaha murni sekolah ini dihargai oleh semua pelajar demi untuk kebaikan mereka... 

Ambil peluang.......Kelas bimbingan Cikgu Khairul

Perbincangan berkumpulan....


Minuman panas dan biskut juga disediakan....

Rakan yang bekebolehan membimbing rakan lain...





Friday, May 8, 2009

Semoga berjaya...

Kepada semua anak-anak dan anak didik...yang akan menduduki peperiksaan ..juga yang sedang menjalani latihan perguruan...Di doakan semoga berjaya... Amin
Tiada kejayaan tanpa USAHA dan PENGORBANAN


Tanpa Mereka Siapalah Kita...



Doa dari   Fatimah Solehah..3 tahun...lihat lagi aksi Fatimah Solehah  di sini

Saturday, April 25, 2009

Barakallahu Fi kum...

Dimana ada usaha di situ ada kejayaan...Tahniah kepada semua pelajar SMK Seksyen 18 Shah Alam yang telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 2008... juga tahniah kepada Ahmad Nabil Fikri dan Adib A'fifi ...walaupun mereka tidak dapat bersama dalam majlis ini...

Kawan-kawan yang sekarang di KISAS ..sekolah umi dan ayah dulu...
.. yg tengah tu Afif..pernah datang rumah kita kan?

Suasana dalam dewan
umi nabil dan umi Adib...masing-masing menjadi wakil

hadiah untuk nabil dan Adib... dari sekolah..


Maaf..video nasyid sons of adam ni pendek-pendek je

Johan pertandingan nasyid MTQ daerah Petaling Perdana 2009


Thursday, April 23, 2009

Misi ke CC (Cyber Cafe)...


"siapa tahu kenapa Aman tidak datang sekolah?" tanya ustazahlina kepada pelajar2...bila merasakan muridnya Aman sudah lama tidak ke sekolah...
"Ala ustazah.. dia ada je kat rumah...selalu lepak kat cc" jawab seorang pelajar yang juga jiran kepada Aman.

"Siapa boleh tolong ustazah berjumpa dengan Aman?"...ustazahlina berhasrat ingin berjumpa sendiri dengan Aman...

Petang tadi dalam jam 5.30 pm...ustazahlina ke rumah Haziq...pelajar yang ingin membantu ustazahlina untuk berjumpa Aman di Cyber Cafe...rasa cuak pun ada juga dalam hati ini...ustazahlina tidak pernah masuk ke mana-mana pusat internet dan game...mcm2 gambaran yang ustazahlina gambarkan...penuh dengan budak lelaki?...sesak dengan asap rokok?...tempat gangster?...ish..ish...apalah ustazahlina ni!...

Inilah kali pertama ustazahlina masuk ke cc...Uuuu... mcm2 game ada...patutlah budak-budak ni suka habiskan masa di sini! Jerit hati ustazahlina bila melihat deretan komputer yang terpasang dengan pelbagai aksi game...

"Assalamualaikum Aman" sapa ustazahlina, Aman nampak terkejut...mungkin tak sangka berjumpa ustazahlina di cc... Ustazahlina mengajak Haziq dan Aman ke kedai makan yang berdekatan...

"Dah lama Aman tidak ke sekolah..Aman sihat?" ustazahlina memulakan bicara.  Aman menganggukkan  kepala...senyum...

Dari sesi perbualan ustazahlina dan Aman..bertemankan Haziq... dan air soya untuk membasahkan tekak... Aman merasakan sekolah tempat yang membosankan!...banyak perkara yang hendak ditulis...cikgu selalu perli dan marah-marah...

Ustazahlina mula terfikir-fikir...GuruKahAku jika kata-kataku hanya menyakitkan...GuruKahAku jika tindakan ku hanya menyeksakan...GuruKahAku jika ajaranku hanya membosnkan...

Walaubagaimanapun...anak ini perlu dibimbing...perlu dibetulkan mindanya..bahawa..ILMU dapat mengubah HIDUP nya...

"InsyaAllah saya datang sekolah hari Isnin ni ustazah.." janji Aman yang cukup menggembirakan ustazahina...

( teringatkan anakanda Ahmad Nabil Fikri yang berada jauh diperantauan...semoga tiada jemu yang bertandang...tiada bosan yang menjengah...tiada  lelah yang menyapa...kerana mujahadah mu mendapat restu umi dan ayah ...dan Mardhatillah...)

Ya Allah lembutkan hatinya...bersihkan jiwanya...
bimbinglah dia semoga sentiasa di jalan yang benar...Amin...

Wednesday, April 22, 2009

Kau tidak sendirian...


"Tisa, boleh ustazah jumpa Tisa sekejap?"
habis sahaja kelas pada hari itu ustazahlina ingin sangat berjumpa Tisa...sudah banyak hari Tisa tidak bersekolah...Tisa  terlalu pendiam...wajah Tisa nampak pucat...Tisa senyum pada ustazahlina. 
 "Ada apa ustazah?" tanya Tisa . 
" Duduklah, eh Tisa tak makan ke?" , masa rihat baru sahaja bermula...
"tak lah ustazah, tak lalu nak makan?"
"Tisa sakit ke?, kenapa Tisa tak datang sekolah...Tisa dah banyak tertinggal pelajaran..." bertubi-tubi soalan ustazahlina ajukan...
 Tisa tunduk...doktor mengesahkan dia mengalami tekanan darah rendah...perlu makan ubat dan banyak berehat...tapi dalam perbualan ustazahlina dan Tisa pada hari itu akhirnya Tisa bekata...
"susahlah ustazah nak cakap dengan mak" mata Tisa mula berkaca...air mata bergenang...
"emak Tisa sibuk sangat ke?"  ustazahlina ingin tahu masalah sebenar Tisa...
"emak memang sibuk, kerja ikut shif, tapi sekarang emak lagi sibuk tidak hiraukan kami sebab emak dah ada pakwe", terang Tisa panjang lebar sambil mengesat air mata yang mula gugur...
"Aduhai, malang nya anak ini terpaksa memendam perasaan menanggung kepayahan jiwa dengan karenah ibu..." bisik hati ustazahlina.  Rupa-rupanya Tisa menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga...selama ini ustazahlina syak Tisa pelajar yang malas, sengaja tidak mahu ke sekolah...

"alangkah zalimnya aku jika aku terus menghukum Tisa pelajar yang malas...zalimnya aku jika aku terus memarahi Tisa yang ponteng sekolah...zalimnya aku kerana tidak mengenali dan memahami...." hati ustazahlina berkata-kata dalam sebak...

" Saya tak selesa di rumah kerana pakwe mak selalu ada di rumah...emak dah tak sayang kami lagi...asyik dengan pakwe sahaja...saya rasa sendirian..."

"Tisa, kamu dan adik perlu berani berhadapan dengan emak...suarakan apa isi hati kamu...tapi jaga jangan marah atau tinggikan suara kepada emak..." ustazahlina cuba memberi pandangan

" Tisa, kamu memang budak pandai...emak Tisa sudah ada kehidupannya...Tisa pun berhak mempunyai kehidupan yang baik...kalau Tisa rajin datang ke sekolah...ada ramai yang boleh bantu Tisa...ustazah ada...kawan-kawan pun ada  (Allah pun ada ...detik hati ustazahlina...teringat entry lepas..nasyeed..i am not afraid to  stand a lone)...Tisa tumpukan pada pelajaran...jangan kerana masalah emak, Tisa musnahkan masa hadapan..."

Tisa mengangguk-anggukan kepala sambil tersenyum...hati ustazahlina berbunga gembira...ustazahlina harap dapat jumpa Tisa esok dan seterusnya...

Ya Allah berikan kekuatan  jiwa , kesabaran  dan keazaman untuk cemerlang  kepada  anak ini  dalam menghadapi kehidupan...berikan anak ini petunjuk dan bimbinganMu ya Allah...Amin...

Tuesday, April 21, 2009

I am not afraid to stand alone...

Fahami dan hayati lirik lagu ini

Dengan IMAN kita tidak bersendirian...Dengan ISLAM kita tidak ketinggalan...
Dengan TAQWA kita tidak dihinakan...Dengan JIHAD kita tidak kecundang...
I am not afraid to stand alone I am not afraid to stand alone If Allah is by my side I am not afraid to stand alone Everything is gonna be alright I am not afraid to stand alone Going keep my head up high I am not afraid to stand alone If Allah is by my side Everything is going be alright Going to keep my head up high Single mother raising her children And Now she's a Muslim Started praying and wearing a headscarf It Was a healing for her heart Struggling with no one to lean on But with prayer she would be strong Had a job but then she was laid off Got a better education and it paid off She was called for a job that she dreamed of Close by, great pay -she was in love -- They brought her in -- told her shes the 1 pick You got the job, but you gotta lose the outfit" It's a tough position that you put me in Cause look at my condition, and my two children But I'll continue looking for a job again Cause my faith and my religion I will never bend I am not afraid to stand alone I am not afraid to stand alone If Allah is by my side I am not afraid to stand alone Everything is gonna be alright I am not afraid to stand alone Going keep my head up high I am not afraid to stand alone If Allah is by my side Everything is going be alright Going to keep my head up high Peer pressure, they were insisting And I was resisting Some days.... I felt I would give in Just wanted to fit in I know.....when I'm praying and fasting' They be teasing and laughing So I called to my Lord for the power For the strength every day, every hour... one day there's a new Muslim teacher Single mom and the people respect her Just seeing.... her strength I get stronger They can break my will no longer You don't see me sweatin' when they're jokes cracking Never see me cussing' with my pants saggin' I aint never running Yo Im still standing, sorry I aint jumping on your band wagon, cause... I am not afraid to stand alone I am not afraid to stand alone If Allah is by my side I am not afraid to stand alone Everything is gonna be alright I am not afraid to stand alone Going keep my head up high I am not afraid to stand alone If Allah is by my side Everything is going be alright Going to keep my head up high Now, I'm a tough one, who can bear their blows The rest play dumb, they don't dare say no Scared of being shunned, but its clear they know I aint never gonna run, I aint scared no more.... Man, these sisters be resolute Never stressed when the rest say they wasn't cute And the get the respect of the other youth Come best with the dress yo and thats the truth These sisters are strong gonna hand it down So me Im a brotha gotta stand my ground No fear, Im tough Im the man in town Peer pressure no more, its my planet now Others may fall, but Im hold my own With Allahs help I'll be strong as stone And I'll be the one to let Al Islam be shown Cause I am not afraid yo to stand alone I am not afraid to stand alone I am not afraid to stand alone If Allah is by my side I am not afraid to stand alone Everything is gonna be alright I am not afraid to stand alone Going keep my head up high I am not afraid to stand alone If Allah is by my side Everything is going be alright Going to keep my head up high...


Friday, April 17, 2009

Berkata yang Baik atau Diam...

"...sebelum kita ke alam dunia, kita berada di alam rahim..."  jelas ustazahlina  kepada murid-murid 3BA,
tiba-tiba suasana menjadi  sedikit bising... "eh kenapa ni?"  ustazahlina kehairanan... 
ooo..rupanya mereka mengejek nama ayah salah seorang murid dalam kelas tu ....rahim..

Alhamdulilah murid yang di ejek jenis cool,  kalau jenis yang cepat marah, boleh jadi gaduh tu...

Selalunya pergaduhan di peringkat sekolah, asal nya dari ejek mengejek dan kutuk mengutuk...almaklumlah belum matang lagi...

Aduhai murid-murid yg dikasihi...ejek mengejek, hina menghina dan kutuk mengutuk bukan ajaran Islam...bukan ajaran Nabi...

"Rahim tu nama Allah...nama yang baik...bila kita mengejek nama ini seolah-olah kita mengejek nama Allah!" ... nasihat ustazahlina kepada murid...

Nabi Muhammad saw juga menasihati kita  dalam sabda baginda
Barang siapa yang beriman kepada hari akhirat hendaklah dia BERKATA yang  BAIK ataupun DIAM - Riwayat  At Tarmizi

Banyak hadis-hadis yang mengajar kita cara beradab semasa becakap...
*  lemah lembut    *  bahasa yang baik    *  jelas dan difahami  *  bercakap yang benar * tidak menyinggung perasaan dengan mengaibkan orang  *  ada unsur nasihat dan ingat Allah

Allah juga mengingatkan kita melalui nasihat Luqman kepad anaknya dalam Surah LUQMAN

Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Pernah dengar suara keldai?  Cuba dengar di bawah ni memang irritating

Cuba saksikan pula apa kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee tentang budi bahasa...

Saturday, April 11, 2009

Bacakan dia Al-Fatihah...

"Cikgu saya  tak tahu  nak buat apa lagi dengan anak saya ni..."

ungkapan yang  biasa didengari oleh guru dari ibu bapa...habis sudah kah nasihat ... tiada lagi kah teguran... atau tiada lagikah ungkapan doa... sehingga ibu bapa putus harap untuk mendidik anak-anak?

Ceramah Ustaz Mohammad Abdullah Al-Amin di sekolah tadi mengingatkan ustazahlina situasi di atas....  lebih kurang cakap ajuknya...

"hadirin sekalian kita jangan putus asa dari terus berdoa untuk anak-anak...Al-Fatihah bukan sahaja untuk orang mati... kita bacakan juga Al-fatihah khusus ditujukan kepada anak-anak.. atau orang di sekeliling kita"

Ha kalau macam itu, cikgu pun boleh  tujukan al-Fatihah kepada murid-muridnya...dengan memohon sangat-sangat kebaikan untuk mereka...keikhlasan kita untuk melihat mereka berubah ke arah yang lebih baik pasti akan Allah lorongkan...dan permudahkan...

 Ya Allah kurniakan anak-anak dan anak didikku hati yang bersih...jiwa yang lembut...kesungguhan yang tinggi dan kesabaran yang kental....
Amin Ya  Rabbal Alamiin

Berdoalah...

Surah as-Shaffat :100
  • Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak-anak
  •  dari orang-orang yang soleh
surah al-Furqan:74

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

اَللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
“Ya Allah, wahai Tuhan kami! Berilah kefahaman kepadanya dalam agama 
dan ajarkanlah kepadanya memahami al-Quran”.

Doa ini adalah doa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu ‘Abbas r.a.. Berkat doa baginda ini, Ibnu ‘Abbas telah muncul di kalangan sahabat sebagai seorang pentafsir al-Quran yang paling unggul 

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers