Sunday, December 7, 2008

Hari penyatuan Umat dan Munajat

PADANG Arafah yang sebelum ini sepi dan hanya menjadi kawasan ziarah atau persinggahan jemaah yang menunaikan umrah hari ini bertukar menjadi lautan manusia. Mereka datang dengan pelbagai kenderaan - bas, van, kereta atau teksi. Ada antara mereka menumpang di atas bumbung kenderaan bagi memasuki Arafah dan tidak kurang juga berjalan kaki.

Semuanya berpakaian serba putih - berbalut dua lembar kain putih (pakaian ihram). Tidak ada yang lebih daripada itu.

Waktu wukuf bermula dari gelincir matahari (Zuhur) pada hari ini 9 Zulhijah sehinggalah terbit fajar (Subuh) 10 Zulhijah.

Hari ini di Arafah umat Islam yang datang dari seluruh pelosok dunia semuanya sama - tanpa mengira pangkat, kedudukan, bangsa atau warna kulit. Mereka ‘meninggalkan’ sementara identiti sosial, budaya, politik, ekonomi, ideologi, suku bangsa, gender, warna kulit dan bahasa. Amat mengharukan kerana suasana di Arafah ini menggambarkan bahawa manusia jika berada di hadapan Allah adalah sama kedudukannya. Mungkin apa yang membezakan antara mereka hanyalah ketakwaan diri masing-masing.

Dianggarkan tiga juta umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di padang itu tahun ini untuk wukuf, iaitu kemuncak ibadah haji. Namira, sebuah masjid tersergam indah yang juga sepi sebelum ini kerana dibuka setahun sekali penuh sesak dengan jemaah untuk beribadah. Setiap saf tidak dibiarkan kosong. Ia melimpah sehingga ke luar kawasan masjid.

Padang Arafah yang terletak kira-kira 22 kilometer di bahagian timur kota Mekah mempunyai keluasan 10.4 kilometer persegi.

Di sinilah, wukuf perlu dilakukan kerana ia merupakan salah satu Rukun Haji. Tanpa menghadirkan diri di padang itu pada hari ini, maka seseorang jemaah itu tidak mendapat haji.


Tuesday, December 2, 2008

Sakaratul Maut

Dunia pendidikan dikejutkan apabila  para guru diperingatkan agar tidak menayangkan video sakaratul maut  kepada murid-murid terutama  murid sekolah rendah.  Namun realitinya maut adalah sunnatullah yang wajib dilalui oleh setiap yang bernyawa. Semasa kem Bina Insan di sekolah, ramai pelajar yang menangis dan insaf apabila video ini di tontonkan kepada mereka.Apabila ditanya mengapa, antara jawapan meraka;  " Saya banyak dosa la ustazah" " saya tak solat penuh la ustazah"  Alhamdulillah, ini  satu perubahan yang positif . Malah ada yang inginkan "copy" untuk tontonan keluarga mereka.  

"Mengingati mati bukan untuk mati tetapi untuk hidup yang lebih bermakna di dunia dan akhirat"

video


Sajak Kematian Untuk Semua Yang Masih Hidup

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiii…

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

(Dipetik dari Hermean Samsudeen@ Pemuda Wilayah)

Friday, November 28, 2008

Bagai Air Menitis di batu - Berlatihlah




Walaupun bercuti, pelajaran jangan ditinggalkan. Cuba latihtubi yang disediakan.

" Air  yang menitis ke batu lama kelamaan bisa memecahkannya"


Thursday, November 27, 2008

Kerahmatan Cuti

Perkemahan d KLCC Janda Baik
My princess Fatimah  Solehah and ayah



Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyak anak-anak pelajar dan rakan-rakan gurukan? Cuti sekolah!   Sejauhmana ia menjadi satu rahmat kepada kita? Semuanya bergantung kepada bagaimana cara kita memenuhi masa yang terluang ini. Yang penting ciri-ciri ini mesti ada:  ENJOY dan BERMANFAAT.

Awal Kalam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers