Sunday, March 1, 2009

Tahniah Pelajar-pelajar SMK Taman Dato' Harun

Tahniah dan setinggi penghargaan kepada pelajar-pelajar SMKTDH yang mewakili sekolah ke pertandingan MTQ peringkat firqah 1 Daerah Petaling Utama kerana telah menaikkan nama sekolah apabila dinobatkan sebagai  Johan keseluruhan Firqah 1. Mana tidaknya mereka telah memenangi 4 acara dari 8 acara yang dipertandingkan iaitu ; Johan Tilawah Lelaki dan Perempuan, Johan Hafazan Perempuan dan Naib Johan Nasyid.  Teruskan usaha kalian untuk peringkat yang lebih tinggi. Barakallah fikum.

Bergambar kenangan bersama Piala Pusingan
Setiap insan yang dijadikan Allah ada kelebihan masing-masing.   Cuma kita sahaja yang belum meneroka / menyedari / mengeluarkan potensi diri yang kita ada.   
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

2 comments:

  1. ya, kami pernah menang pertandingan syarahan peringkat daerah, sampai juga kami ke peringkat negeri selangor
    tapi tewas kepada budak kisas.
    Rasanya guru penasihat kami dulu sudah menjadi penyelia petang . Ustazah maznah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, ustazah salina, semoga kejayaan
    demi kejayaan terus diraih Panitia PI di bawah
    pimpinan Ustzh,salam semua daripada saya

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers