Wednesday, April 18, 2012

Dimensi Baru memahami dan meneladani Hadis Rasulullah

Rasa Syukur  kerana bertemu dengan blog Psikologi Hadis ini . Rasa sangat kerdil diri ini dan banyak kesilapan yang dilakukan sebagai seorang guru.   Semoga perkongsian memahami hadis Rasulullah ini menjadi pedoman kepada semua terutamanya guru-guru yang mendidik anak bangsa.
Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Muhammad, 

"Wahai Rasul Allah, siapakah manusia yang paling bahagia kerana mendapat syafaat tuan pada hari kiamat?" 

Nabi Muhammad menjawab, "Sesungguhnya saya menyangka, wahai Abu Hurairah, bahawa tidak akan ada seorang pun yang bertanya kepada saya tentang hadith ini lebih dahulu daripada saudara. 

Saya lihat saudara amat serius tentang hadith. 

Manusia yang paling bahagia mendapat syafaat saya pada hari kiamat adalah sesiapa yang berkata La ilaha illa Allah dengan ikhlas dari lubuk jiwanya." 

Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith autentik al-Bukhari

Aplikasi hadith:
Hadith ini sessuai digunakan dalam proses mengajar.
1. Puji pelajar yang paling awal bertanya.
2. Puji perbuatan dia bertanya itu,  ( nyatakan dengan jelas  tingkahlaku baik yang dilakukan)
3.  kemudian baru jawab pertanyaannya.

*  ( yang dalam kurungan ... ustazahlina tambahkan sedikit maklumat dari maklumat asal)

Teknik Nabi Muhammad:

1. Nabi Muhammad mendahulukan memuji perbuatan Abu Hurairah bertanya, kemudian barulah beliau menjawab pertanyaan Abu Hurairah itu.
2. Isi kandungan kata-kata pujian Nabi Muhammad kepada Abu Hurairah itu ada 2 bahagian:
i. Beliau memang sudah menduga Abu Hurairah menjadi orang yang pertama sekali bertanya.
ii. Bahawa Abu Hurairah seorang yang sangat serius tentang hadith.
Teknik dalam hadith ini dapat mendorong pelajar-pelajar berebut-rebut menjadi orang pertama bertanya.

Pasti ada kebaikannya

Tuesday, April 17, 2012

Mudah Sahaja Bagi Allah

Firman Allah SWT : Surah al-a'raf : 57


Maksudnya : Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).




"Apakah perumpamaan ... perbandingan ... yang Allah sebut dalam ayat ini..?"  


Terkebil-kebil mata anak-anak murid ustazahlina bila dengar  ungkapan di atas...


"  Owh.. susah agaknya mereka nak faham dan nak jelaskan.. konsep hari kebangkitan ni"  bisik hati ustazahlina


Alangkah bagusnya, apabila kita menggunakan sedikit kemahiran yang ada dengan menggunakan bahan multimedia untuk menjelaskan kepada mereka  sesuatu konsep yang sukar mereka faham.


" Ye lah... kalau cakap sahaja... mana murid nampak.... kita kena tunjuk... " bisik hati ustazahlina.


Maka timbullah idea untuk menghasilkan bahan multimedia seperti di bawah


Slide 1 =  Persoalan :-  Apakah yang akan berlaku kepada manusia yang telah mati?
video

Bayangkan jika arnab itu ialah manusia.... yang akhirnya hanya tinggal tulang belulang

Slide 2 :  Persoalan :-  Adakah mereka boleh dihidupkan semula?

Slide 3 :  Pernyataan :  Manusia yang tidak beriman meragui kekuasaan Allah  menghidupkan semula manusia



Slide 4 :  maksud ayat :  "lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)"


Slide 5  :  Paparan bumi yang kering kontang, tumbuhan dan hidupan mati  (umpama manusia yang mati)






















Slide 6 :  Hujan turun membasahi bumi ... bermula dengan angin yang membawa berita gembira


Slide 7 :  Bumi menjadi basah .... lalu tumbuhan pun hidup




Slide 8 : Video menunjukkan biji benih yang  hidup tumbuh menjadi pokok.






Slide 9 :  Kesimpulannya :  Allah Maha berkuasa menghidupkan semula orang yang telah mati  ( dengan mudah ) sama seperti mudahnya Allah menghidupkan tumbuhan di bumi yang tandus.
video






Hari kebangkitan semula ..... Mudah sahaja bagi Allah


Slide Bahan Bantu Belajar







Moga ada kebaikannya

Sunday, April 15, 2012

Interesting Islamic Game from Madrasah Irsyad Singapore

Khalifah

A very good effort for our kids. Congratulation to http://www.irsyad.sg/

Khalid al-Walid ... Saifullah al-Maslul



Video di atas ustazahlina edit daripada Youtube .... rakan-rakan guru boleh dapatkan bahan slidenya di bawah atau kunjungilah box.net ustazahlina .... cuba clik Bahan Bantu Belajar Ustazahlina yang ada di kanan blog ini.

Adab Terhadap Ibu Bapa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .  Semoga semua dalam Rahmat dan Peliharaan Allah.



Bila ditanya kepada murid-murid kita ...  siapakah ibu bapa?  bagaimana cara kita menghormati mereka? .. bagaimana cara kita berbakti kepada mereka? ...

rata-rata hampir semua murid  kita boleh jawab kan?  Ye kerana mereka mereka semua pandai :)

Namun realitinya di rumah...

Apabila ibu panggil  atau suruh sesuatu ... bagaimana agaknya jawapan anak? ...

" Ye!! Apa !... nak Apa ?  Along tengah sibuk ni! ....  Ala mak ni.... asyik-asyik  acik je yang kena beli barang ....  nape tak suruh ucu?   (Ucu sedang minum susu dalam buai???)

Maksud ustazahlina ... murid-murid kita sangat tahu apa jawapan berhubung dengan Adab terhadap ibu bapa... namun dari segi amalan dan penghayatannya amat jauh sekali.... anak-anak sering tidak menghormati ibu bapa, berkasar dan sering meninggikan suara...

Lantaran video ini ustazahlina cuba hasilkan dengan cetusan idea dari anak murid ustazahlina dari universiti Malaya sebagai satu usaha untuk mengetuk pintu hati dan minda anak-anak agar mereka lebih kasih kepada ibu bapa mereka.


Moga ada kebaikannya

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers