Thursday, April 2, 2009

RAHSIA di dalam AIR

"Eh apa yang kecoh tu!" terdetik hati ustazahlina sewaktu masuk ke bilik guru... melihat beberapa rakan guru sedang rancak bercakap... macam ada yang tak kena.
Bukan la nak jadi busy body tapi nak tahu juga..., mana la tahu kalau-kalau  boleh membantu.

"Kenapa Zek?" 

"budak ugut Zek la kak, masa dalam kelas tadi"

Terkejut berbaur sedih kerana tidak menyangka insiden pelajar mengugut guru berlaku pada rakan sejawat.  Lebih terkejut lagi bila ustazahlina kenal sangat dengan pelajar itu...malah pernah bercakap dengan ibu dan bapanya sewaktu ustazahlina mengajarnya di tingkatan dua.

"sebenarnay apa yang Zek dah buat pada budak tu, sampai dia ugut ? Ustazahlina ingin mengetahui situasi sebenar.

"Mungkin dia tidak puas hati bila Zek tegur dia kerana tidur dalam kelas...lagipun kak kelas 3G tu susah betul lah nak kawal...bising" Zek meluahkan apa yang terpendam.

Ustazahlina berfikir sejenak... bagaimana ingin aku bantu...? Ha! ini satu amalan yang sering ustazahlina amalkan dan rasanya berkesan...!

"Zek, setiap kali masuk kelas...langkah dengan kaki kanan dan berilah salam...niatkan dalam hati Zek beri salam kepada semua pelajar dan makhluk yang ada dalam kelas itu dan kalau boleh "imagine" kan salam tu sampai ke hati pelajar.  Seperkara lagi, Zek kena berhati-hati dengan kata-kata Zek..."  ustazahlina kongsikan petua 

" Bukan apa Zek, bila kita beri salam, kita sebenarnya telah membuka jalan dan ruang yang mudah untuk berkomunikasi dengan pelajar, dari kita terjah je..." tambah ustazahlina lagi sebagai penjelasan.  

"Tindakan pelajar tu memang tidak wajar, InsyaAllah Zek, jika akak jumpa pelajar tu akak akan nasihatkan dia" Ustazahlina  cuba meredakan kebimbangan cikgu Zek...

Alhamdulillah...sebentar tadi ustazahlina membaca entry tentang RAHSIA  di dalam AIR dari y4ku24,  walaupun telah lama tahu tentang rahsia air tetapi penyampaian  dan pengupasannya amat berkesan.  Terfikir untuk kongsikan bersama rakan-rakan guru sebagai satu cara menangani masalah pelajar...

Bacalah!
Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Secara ringkasnya molekul air berubah menjadi cantik apabila diberikan kata-kata yang baik dan bertukar menjadi buruk apabila diperdengarkan ungkapan-ungkapan yang buruk.  Berdasarkan kajian Dr. Masaru Emoto, molekul air yang tercantik ialah yang diberikan kata "Love and Gratitude"

Bentuk Kristal yang cantik dari air yang diberikan kata-kata yang baik
Bentuk kristal air yang buruk kesan dari ungkapan yang tidak baik

APA KAITANNYA DENGAN PELAJAR KITA?

70%  dari badan manusia adalah air, justeru kalau kita sentiasa memberikan ungkapan yang baik maka seluruh air dalam tubuh manusia akan bertukar menjadi molekul yang cantik.  kecantikan dari dalam ini akan terserlah pada wajah , sikap dan perwatakannya... Subhanallah.. dalam Islam kita ada banyak kalimah yang cantik... yang boleh kita ungkapkan untuk diri kita sendiri dan anak-anak didik kita... Guru-guru yang mengungkapkan kata-kata yang baik bukan sahaja mencantikkan molekul bendalir dalam tubuhnya malah orang di sekelilingnya!

BUKTI AL QURAN


 “...Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup...”(QS. Al-Anbiya : 30)

4 comments:

  1. salam

    ish ish, sedih dengar insiden-insiden seperti ini. semoga kesudahannya adalah baik.

    benar kata-kata ustazahlina, ungkapan yang baik insyaAllah mengundang perkara yang baik juga. mungkin disebabkan itu sampai sekarang kita memberi ucapan seperti 'good morning!' dan 'assalaamualaikum!' dan masih memberi kesan gembira kepada si pemberi dan si penerima, walaupun disebut tanpa feeling kerana selalu sangat sebut!

    bila berbincang tentang ini, saya selalu ingat tentang amalan masyarakat kita yang suka bawa botol air kosong ketika baca yasin. walaupun memang tiada di dalam sunnah Nabi saw, saya yakin masih ada kesan pada air tersebut! :)

    ReplyDelete
  2. To NuR : sama-sama kita jadikan amalan dan sebar-sebarkan

    To warungkampung : Alhamdulilah cikgu yg terlibat (itu bukan nama sebenar) nampak dah cool down, pelajar tu pun dah datang sekolah tadi...cuma harap-harap tiada lagi dendam berpanjangan.. anyway thanks 4 the respons

    ReplyDelete
  3. Izzah (2AN)
    masya ALLAH..hebatnya kuasa ALLAH!!!
    x sangka....hanya dengan ungkapan sahaja..
    dapat memberi kesan kepada molekul air..

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers