Friday, April 10, 2009

Tahniah Ahmad Nabil Fikri

Berilah penghargaan walau ucapan terima kasih...  walau cuma senyuman ikhlas... 

"Terima kasih kerana tolong bawakan beg ustazah... banyak pahala kamu hari ini..."

"Bagus, kamu bawa buku hari ni...moga senang kamu belajar nanti..."

MUDAH bukan?

Alam juga memberikan senyuman...
Penghargaan dan pengiktirafan  sebagai motivasi ekstrinsik amat penting dalam kehidupan manusia...
Semua orang ingin dihargai... dirasai kewujudannya..
Penghargaan dapat  meningkatkan yakin diri dan menggalak perubahan positif...
Perlakuan baik atau pencapaian positif walaupun kecil perlu dihargai agar perlakuan baik itu akan terus diamalkan...

Berilah penghargaan kepada mereka yang berada di sekeliling kita teruatamanya ahli keluarga...anak-anak...anak didik...

Alfu Mabruk Ya Nabil...
Alhamdulillah hari ini  ini ustazahlina menerima sepucuk surat...Jemputan untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Seksyen 18 Shah Alam 2009...  penghargaan dan pengiktirafan pihak sekolah untuk anakda yang berjaya dalam PMR ....Alhamdulillah anakanda Nabil dijemput untuk menerima hadiah PMR  8A... tapi anakanda jauh di Yaman.. InsyaAllah umi dan ayah akan wakilkan....
Surat jemputan untuk Ahmad Nabil Fikri PMR (8A) 2008

No comments:

Post a Comment

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers