"...sebelum kita ke alam dunia, kita berada di alam rahim..." jelas ustazahlina kepada murid-murid 3BA,
tiba-tiba suasana menjadi sedikit bising... "eh kenapa ni?" ustazahlina kehairanan...
ooo..rupanya mereka mengejek nama ayah salah seorang murid dalam kelas tu ....rahim..
Alhamdulilah murid yang di ejek jenis cool, kalau jenis yang cepat marah, boleh jadi gaduh tu...
Selalunya pergaduhan di peringkat sekolah, asal nya dari ejek mengejek dan kutuk mengutuk...almaklumlah belum matang lagi...
Aduhai murid-murid yg dikasihi...ejek mengejek, hina menghina dan kutuk mengutuk bukan ajaran Islam...bukan ajaran Nabi...
"Rahim tu nama Allah...nama yang baik...bila kita mengejek nama ini seolah-olah kita mengejek nama Allah!" ... nasihat ustazahlina kepada murid...
Nabi Muhammad saw juga menasihati kita dalam sabda baginda
Barang siapa yang beriman kepada hari akhirat hendaklah dia BERKATA yang BAIK ataupun DIAM - Riwayat At Tarmizi
Banyak hadis-hadis yang mengajar kita cara beradab semasa becakap...
* lemah lembut * bahasa yang baik * jelas dan difahami * bercakap yang benar * tidak menyinggung perasaan dengan mengaibkan orang * ada unsur nasihat dan ingat Allah
Allah juga mengingatkan kita melalui nasihat Luqman kepad anaknya dalam Surah LUQMAN
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
Pernah dengar suara keldai? Cuba dengar di bawah ni memang irritating
Cuba saksikan pula apa kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee tentang budi bahasa...
saya dulu 3 Anggerik , 1997
ReplyDelete