Wednesday, April 22, 2009

Kau tidak sendirian...


"Tisa, boleh ustazah jumpa Tisa sekejap?"
habis sahaja kelas pada hari itu ustazahlina ingin sangat berjumpa Tisa...sudah banyak hari Tisa tidak bersekolah...Tisa  terlalu pendiam...wajah Tisa nampak pucat...Tisa senyum pada ustazahlina. 
 "Ada apa ustazah?" tanya Tisa . 
" Duduklah, eh Tisa tak makan ke?" , masa rihat baru sahaja bermula...
"tak lah ustazah, tak lalu nak makan?"
"Tisa sakit ke?, kenapa Tisa tak datang sekolah...Tisa dah banyak tertinggal pelajaran..." bertubi-tubi soalan ustazahlina ajukan...
 Tisa tunduk...doktor mengesahkan dia mengalami tekanan darah rendah...perlu makan ubat dan banyak berehat...tapi dalam perbualan ustazahlina dan Tisa pada hari itu akhirnya Tisa bekata...
"susahlah ustazah nak cakap dengan mak" mata Tisa mula berkaca...air mata bergenang...
"emak Tisa sibuk sangat ke?"  ustazahlina ingin tahu masalah sebenar Tisa...
"emak memang sibuk, kerja ikut shif, tapi sekarang emak lagi sibuk tidak hiraukan kami sebab emak dah ada pakwe", terang Tisa panjang lebar sambil mengesat air mata yang mula gugur...
"Aduhai, malang nya anak ini terpaksa memendam perasaan menanggung kepayahan jiwa dengan karenah ibu..." bisik hati ustazahlina.  Rupa-rupanya Tisa menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga...selama ini ustazahlina syak Tisa pelajar yang malas, sengaja tidak mahu ke sekolah...

"alangkah zalimnya aku jika aku terus menghukum Tisa pelajar yang malas...zalimnya aku jika aku terus memarahi Tisa yang ponteng sekolah...zalimnya aku kerana tidak mengenali dan memahami...." hati ustazahlina berkata-kata dalam sebak...

" Saya tak selesa di rumah kerana pakwe mak selalu ada di rumah...emak dah tak sayang kami lagi...asyik dengan pakwe sahaja...saya rasa sendirian..."

"Tisa, kamu dan adik perlu berani berhadapan dengan emak...suarakan apa isi hati kamu...tapi jaga jangan marah atau tinggikan suara kepada emak..." ustazahlina cuba memberi pandangan

" Tisa, kamu memang budak pandai...emak Tisa sudah ada kehidupannya...Tisa pun berhak mempunyai kehidupan yang baik...kalau Tisa rajin datang ke sekolah...ada ramai yang boleh bantu Tisa...ustazah ada...kawan-kawan pun ada  (Allah pun ada ...detik hati ustazahlina...teringat entry lepas..nasyeed..i am not afraid to  stand a lone)...Tisa tumpukan pada pelajaran...jangan kerana masalah emak, Tisa musnahkan masa hadapan..."

Tisa mengangguk-anggukan kepala sambil tersenyum...hati ustazahlina berbunga gembira...ustazahlina harap dapat jumpa Tisa esok dan seterusnya...

Ya Allah berikan kekuatan  jiwa , kesabaran  dan keazaman untuk cemerlang  kepada  anak ini  dalam menghadapi kehidupan...berikan anak ini petunjuk dan bimbinganMu ya Allah...Amin...

3 comments:

  1. teacher is not a person who teach, but he/she also a motivator..

    mcm mana nak adapt cara kak ina ngajar/slow talk with students..? cu tgh cari jalan ni...huhu!tapi dah try tadi bagi nasihat dgn meminta diaorg berfikir secara logik.. menjadi skit je tadi... :)

    ReplyDelete
  2. fisrt niat kita mmg nak tolong dia..jauh dari sudut hati minta Allah bantu...kalau anak-anak kecil lagi la kita kena slow2 ikut aras pemikiran depa...insyaAllah keikhlasan kita memudahkan caranya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt,

    Memang berat tugasan guru. Aduhai, mengajar, mendidik dan memahami sekaligus. Semoga Ustazahlina berjaya mendidik anak-anak bangsa dengan baik, InsyaAllah!!

    Salam perkenalan dari saya,
    Balqis. (^_^)

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers