Monday, February 9, 2009

Fatimah Az-Zahra I


Antalogi Pantun Fatimah Az-Zahra
Hasil Karya Pelajar 3BR 2009
SMK Taman Dato’ Harun Petaling Jaya


Az-Zahra

Putih berseri umpama mutiara
Fatimah Az-zahra puteri tercinta
Makkah al-Mukarramah tempat kelahirannya
Kota bersejarah tempat yang mulia
(Asyraf M & Syafiq N)

Puteri Rasulullah umpama mutiara
Telah berkahwin dengan sepupu baginda
Mas kahwinnya sederhana sahaja
Ali bin Abi-Talib suami tercinta
(SYAFIQ & FAIZAL)SYA-ZAL

Kelahiranya disambut gembira
menjadi puteri rasulullah yang tercinta
Quraisy nama keturunanya
Kaum dihormati,dipandang mulia
(nasrul&najmie)

berkahwin dengan sepupu nabi
saidina Ali itulah namanya
taat setia kepada suami
pendukung dakwah islam tercinta
(azliza&fadzlielah)

Husin, Hassan & Zainab cahaya mata,
Anak yang soleh pemimpin negara,
Taat Allah, kasih ibu bapa,
Akhlak mulia ikutan manusia
( Faiz & Rianto )

Putih berseri gelaran diberi,
Beliau seorang yang merendah diri,
Mempunyai akhlak yang terpuji,
20 Jamadilakhir lahirlah puteri
( Azam & Ubai & Asyraf N )

Fatimah Az-zahra bersifat mulia,
Beliau juga isteri tercinta,
Muka berseri bagaikan purnama,
Beliau dijanjikan penghulu syurga
( Zulhafiz & Malek & Hamdan )

Sabar dan tabah menghadapi dugaan,
Taat setia kepada ayahanda dan suami,
Sentiasa redha dalam kesusahan,
Itulah contoh untuk diteladani
( Shahida & Nabila & Shamimi )

Mukanya cantik penuh bercahaya,
Berbudi bahasa penuh bicara,
Bersifat mulia seperti ayahnya,
Itulah dia Fatimah Az-zahra

Hidup penuh dengan cabaran,
Ditinggal oleh ayahanda kesayangan,
Namun tabah dengan dugaan,
Redha menghadapi segala kesusahan

Rupanya cantik berbudi pekerti,
Kehidupanmu juga sentiasa diuji,
Sangat menghormati Saidina Ali,
Suaminya yang amat disayangi


Puteri bongsu kesayangan ayahnya,
Bondanya wafat menemui ilahi,
Sangat bertanggungjawab kepada ayahnya,
Ummu Abihah gelaran diberi
( Yuliyanah & Nabilah )

2 putera seorang puteri,
Hassan, Hussin & Zainab nama diberi,
Dididik dengan budi pekerti,
Sehingga menjadi ulama yang disegani
( Khairunnisa & Mazliati )

4 Jamadilawal 11 hijrah,
Enam bulan selepas kewafatan Rasulullah,
Inilah tarikh wafat Fatimah Az-zahra,
Janji Allah termakbul lah sudah
( Aina & Nadzirah )
(Azam,Faizal,Faiz,Nasrul & Syafiq)

5 comments:

  1. ustazah ...mne ustzah dpt pantun fatimah az-zahra...

    ReplyDelete
  2. Salam Syahiran...pantun tu semuanya hasil karya pelajar ustazahlina yg bijak bestari

    ReplyDelete
  3. pendekatan yang menarik...rupanya inilah bakat2 yang terpendam

    ReplyDelete
  4. What's up everyone, it's my first pay a visit at this web site, and article is genuinely fruitful for
    me, keep up posting these articles or reviews.


    My homepage ... http://www.nydsign.com/stories/1289658/Enduros_Male_Enhancement_Free_Trial.html

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Video Ustazahlina

Loading...

Welcome

Followers