Saturday, March 30, 2024

SET INDUKSI HADIS TING 5 : Setiap orang Adalah Pemimpin ...


Semasa mula nak menulis e-RPH minggu ke 3 ... tercari-cari idea apa ye set induksi yang nak dibuat untuk tajuk ni .. tiba-tiba rasa macam baru je mengajar kan .. eheheh

Tajuk hadis ni nampak macam simple je .. tapi kalau tidak dimulakan dengan baik natijahnya pun mesti kurang memasak ke dalam jiwa murid.

Akhir nya inilah ide set induksi yang Allah ilhamkan ... terima kasih Allah... 

"siapa pemimpian Negara Kita?" 
"siapa pemimpin Agama negara kita?"
"siapa pemimpian Negeri kita?"
"siapa pemimpin Daerah kita?"
"siapa pemimpin masjid kita?"
"siapa pemimpin kawasan tempat tinggal kamu / flat?"
"siapa pemimpin sekolah kita?"
"siapa pemimpin rumah kamu?"
"siapa pemimpin kelas kita?"
"siapa pemimpin diri kamu?"

Jangan terkejut ya ... macam2 jawapn nnti keluar dari murid2 tau πŸ˜‘.. yang kelakar pun ada πŸ˜‚yang nak geram pun ada😩

Ada ke murid cakap ... pemimpin masjid ialah suami ustazah 😫

Suami ustazah tu pemimpin rumah ustazah leeee.😍


SET INDUKSI LAGI?


Idea Untuk Set Induksi ...
Kenapa set induksi ye .. penting sangat ke set induksi ni...

Jika guru dapat menarik perhatian murid pada awal2 pembelajaran .. dapat menarik fokus murid kepada apa yang ingin dipelajari ... itu akan memudahkan  murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya...

Set Induksi sepatutnya membentuk rasa ingin tahu dalam diri murid .. kerana .. rasa ingin tahu inilah nnti akan menjadi momentum untuk murid terus kekal dalam pembelajaran.


Pada hemat ustazahlina .. set induksi ini  adalah merupakan satu usaha utk menggembling kuasa , mengadun rasa ... menggabung  nilai  ....  yg ada pada  OTAK  dan HATI ... that is why ..dia sangat penting πŸ’—πŸ˜


Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Wednesday, November 29, 2023

BOLEH SAYA PELUK USTAZAH ... ?


Boleh saya peluk ustazah
...? permintaan murid ini membuatkan ustazahlina terkedu ... termangu-mangu.. kenapa ye?

Saya terharu ustazah... saya kesian kat ustazah ... ustazah bagi nasihat ..tapi dia orang tu ... main-main je.

Ooohhh .. MasyaAllah ..Tabarakalllah ... terima kasih kerana memahami ... tapi itulah tugas ustazah tak boleh  berhenti  menegur, menasihat .. kalau tak buat begitu ..mereka tak belajar kan ... kesian kat mereka.. 


Cerita Bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam Tingkatan 4 pagi tadi. Murid-murid kelas 4 Ekonomi, 4 Dinamik, 4 Abstrak dan 4 Apresiasi.

Terima kasih Allah kerana titipkan murid yang prihatin semoga  dia menjadi murid yang cemerlang dunia dan akhirat.  Empangan air mata guruku hampir melimpah...



Monday, March 14, 2022

PdPR Lagi? - Jom Lihat Sudut Positifnya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang






"ala PdPR lagi .. tak best la .. susah la ... pishang la .." 

Pelbagai komen yang kita akan dengar baik daripada pihak murid, ibu bapa mahupun guru apabila diumumkan sesi persekolahan 2022 dimulakan secara PdPR.

Secara  peribadi ustazahlina melihat PdPR  mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan dengan betul dan berkesan.

1. Penggunaan masa  PdP yang optimum.

Di sekolah kan cikgu perlu ambil masa berjalan dari blok ke blok dan tingkat ke tingkatπŸƒπŸƒπŸƒ

2. Bekonsepkan one to one teaching.

Murid hanya nampak guru dan bahan sahaja , ini dapat mengelak dan  mengurangkang gangguan rakan sekelas sebenarnyaπŸ˜†

3. Tiada alasan nak  direkacipta.πŸ˜‚

Tiada isu tertinggal buku teks,  tak bawa nota dan lain-lain sebab semuanya  ada di rumah. So boleh la buat latihan dan tugasan yang cikgu berikan dengan cepat.

Kita boleh senaraikan banyak lagi  sudut positif PdPR ni .. namun pokok pangkalnya ..guru , murid, serta ibu bapa perlu bekerjasama untuk memastikan  anak-anak murid dapat belajar dengan berkesan.


#hendakSeribuDaya
#FikirBaikBertindakBaikDapatBaik

BANTU DAKU ALLAH - Kisah PdPR

Friday, February 12, 2021

Tips Mengurus Group Kelas PdPR - 1

"Ustazah boleh tolong send semula  tugasan yang ustazah bagi... saya x jumpa la mesej ustazah tu .."

"x jumpa la  ustazah ... susah nak cam ... mesej macam sama je ...."

"maaf ustazah saya x perasan mesej ustazah masuk"

Cikgu-cikgu ada tak hadapi situasi seperti ini? 

Mesej penting  tentang kelas / subjek pada hari itu murid x perasan atau x dapat kesan?


So .. kali ini ustazahlina  ingin kongsikan cara mengenalpasti  atau memberi pengenalan kepada MESEJ / INFO KELAS PdPR agar murid dapat cam dengan mudah.

Tipsnya :

1. Berikan mesej tentang kelas pada waktu atau masa yang STANDARD ⏰... selaraskan waktunya ...

contoh untuk kelas pada hari ESOK ... ustazahlina akan masukkan mesej dalam group pada jam 9.00 malam ... jangan ikut dan je ye 😬

2. Letakkan trade mark  / simbol sebagai  pembukaaan untuk setiap mesej  utama yang berkaitan dengan arahan / tugasan kelas .

Contohnya sebelum masukkan mesej tentang kelas ... send kan dahulu emoji / icon sebagai pembahagi atau sebagai intro  πŸ’–πŸ’—πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’πŸ’ž





"If you fail to plan you are plaining to fail"

Saturday, February 6, 2021

TAARUF DULU YE ...

Mama : Along siapa yang ajar along subjek agama?

Along : Ustazah yang rendah-rendah kecik-kecik tu mama

Murid 1 : Ustazah apa maksud mesej ustazah ni ....?πŸ˜“

Ustazah:  eh! itu bukan mesej daripada ustazah ... kamu tersilap cikgu ni murid ...πŸ˜…


Beberapa orang murid  tersilap mesej kepada ustazah.  Mereka fikir ustazah  mengajar Pendidikan Islam , ustazah jugalah yang mengajar KKQ ustazah jugalah yang mengajar Bahasa Arab.

Itulah cabaran mengajar secara PdPR , atas talian kepada murid2 baharu .... yang  sememangnya belum penah berjumpa... terutamanya murid tingkatan 1 yang baru masuk ke sekolah kita.


Apa sepatutnya cikgu-cikgu perlu buat? Ye bertaaruf , berkenalan .... 

Kenalilah murid2 kita  terlebih dahulu dan perkenalkan diri kita kepada murid ... 

"Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… Ω‚Ψ¨Ω„ Ψ§Ω„ΩƒΩ„Ψ§Ω… " 

ucap salam ... sapa ... bertanya kabar ... berkenalan ...sebelum berkata-kata 

pada 20/1/2021 antara tugasan yang ustazahlina berikan kepada murid-murid ialah menghasilkan video taaruf.  Dapatannya sangat menarik. Kita dapat mengetahui skill yang murid-murid kita miliki.








#mencari redha Allah
#anakSoleh
#BePositive
#StaySafe












My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers