Thursday, January 21, 2010

Cikgu pun kena jadi pelakon...


Ustazahlina : Assalamualaikum murid-murid... ini gambar apa? (ustazahlina melukis gambar rumah di papan putih)...

Murid : rumah

Ustazahlina : Orang yang tinggal dalam rumah ni dipanggil apa?

Murid : Tuan rumah

Ustazahlina : Baguuus!!.... orang yang datang pula .... kita panggil apa?

Murid : Tetamu

Ustazahlina : ok murid-murid...hari ini kita nak tahu macamana adab-adab bila kita menerima tetamu....

Begitulah antara dialog dan aktiviti ustazahlina bersama murid-murid dalam sesi pembelajaran bertajuk Adab Melayan Tetamu.. nampak macam senang je kan?... Tapi bila hendak diajar dan diharapkan murid dapat menghayati... ia menjadi satu tugas yang agak mencabar lebih-lebih lagi kerana ... 

1) tajuk ini boleh membosankan...sebab macam semua orang dah tahu... ye ke?
2) pelajar ustazalina adalah kumpulan pelajar yang agak istimewa kerana mereka mendapat markah kurang dari 10% semasa peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 tahun lepas..... bayangkan...
3) mereka agak hiperaktif... memang pun...

4) sering di label sebagai pelajar lemah... kasihan

Apabila ustazahlina menunjukkan video di bawah ini, mereka tidak menunjukkan respon yang baik... mereka tak gelak sangat pun macam murid dari kelas A .. dalam bahasa mudahnya... mereka agak "blur" dengan dialog-dialog sinis dari video ini... lantas ustazahlina dapat merasakan bahawa video ini kurang sesuai untuk mereka... So ustazahlina tukar ke plan B.....

Ustazahlina : Murid-murid tadi kita lihat mereka berlakon kan?... apa kata sekarang kita pulak berlakon... ok... ustazah jadi tuan rumah...siapa nak jadi tetamu...


Murid : saya...saya...saya..!!!! ustazah sediakan minuman betul2 tau?...


Ustazahlina : ala...kita kan berlakon...tapi kalau ada sesiapa yang lulus dalam peperiksaan ujian Kemajuan 1 nanti dapat markah 40 keatas.... ustazah jemput kamu datang ke rumah ustazah....ok?


Murid : ok...ok...ok !!!


Akhirnya berlaku lah sesi lakonan...yang lebih simple... menarik... dan pelajar lebih faham... sebab selepas itu pelajar menghasilkan nota peta minda mereka dengan menggunakan pensil warna yang ustazahlina bekalkan.... 

Alhamdulillah... Moga ada kebaikannya



2 comments:

  1. Assalammmu'alaikum ustazah.. tahniah ustazah kerana dpt menjayakan satu lagi sesi P&P yang mana bagi satu proses yang cukup menarik. Bak kata, dari orang yang istimewa buat yang istimewa. Apapun, kita meraikan mereka kerana mereka memerlukan satu kaedah yang khusus bagi menarik mereka untuk belajar. Seperti teori pembelajaran yang dibuat oleh Edgar Dale, "Student will be learn 90% of what they say and do, 70% of what they say, 50% of what they hear and see, 30% of what they they see, 20% what they hear and lastly 10% what they read", maka sebenarnya sebagai seorang guru kita ada pilihan yang terbaik untuk anak didik kita.

    Seperti yang ustazah lakukan, pelajar melakukan dan mengatakan tentang sesuatu topik itu, dan wasilahnya ialah berlakon. Alhamdulillah, secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan.

    Namun ustazah, sekiranya kita menghadapi situasi dimana pelajar begitu nakal dan kita sendiri agak sukar untuk mengawal mereka, apakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mendekati mereka, agar mereka juga turut sama2 merasa diraikan dalam proses P&P kita.

    Syukran ustazah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teknologi dlm Pendidikan Islam
      *Noor Fadilah binti Md Aslie
      *IEB090061

      Delete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers