Saturday, June 27, 2009

Komik Perjanjian Hudaibiyah (1)

Assalamualaikum... 26 Jun 2009 hari Khamis

"Ustazah, ini tugasan yang ustazah suruh tu.." Asyraf dan Syafiq menunjukkan hasil kerja mereka.
"MasyaAllah cantiknya!"...."cepatnya siap? baru semalam ustazah beri tugasan ni", hati ustazahlina melonjak gembira bila pelajar bersungguh-sungguh dalam kerja sekolah mereka. "Ha, macam ni la pelajar yang cemerlang", puji ustazahlina juga untuk menarik perhatian pelajar lain.
" Ala..ustazah..kami pun dah siap ni tinggal sikit saje lagi.." terdengar suara dari rakan-rakan pelajar yang lain. Mereka pun mahu dipuji juga...hi3

Semalam ustazahlina mengajar tajuk perjanjian Hudaibiyah dengan menggunakan teknik penceritaan serta berbantukan carta aliran dan kadang-kadang melakonkan beberapa watak atau insiden2 tertentu...

Sudah lama ustazah terfikir untuk menghasilkan komik bagi tajuk2 Pendidikan Islam terutamanya dalam tajuk sirah....

Inilah hasil kerja pelajar ustazahlina iaitu Komik tentang kronologi peristiwa perjanjian Hudaibiyah secara ringkas mengikut tahap pembelajaran Tingkatan 3 di sekolah menengah. Jom kita saksikan. (Maaf kalau tulisan mereka tidak dapat dibaca...)

- Latarbelakang peristiwa perjanjian Hudaibiyah
- Rasulullah rindu akan kampung halamannya
- Rasulullah bermimpi melakukan tawaf di Baitullah
- Pada 6 Hijrah, seramai 1400 umat Islam menuju ke Mekah

- Strategi pemergian ke Mekah untuk mengelakkan peperangan
- Tidak melalui jalan biasa
- memakai ihram sejak di Zulhulaifah
- membawa binatang ternakan untuk korban
- Rasulullah sentiasa bermesyuarat bersama para sahabat
- melantik perisik

- Orang Qurasy ingin menghalang umat Islam
- mereka bersedia untuk berperang
- Rasul mengubah haluan ke Hudaibiah
- Rasul menghantar Utman Bin Affan untuk memaklumkan tujuan kedatangan mereka

- berita tersebar mengatakan Uthman di bunuh
- umat Islam mengadakan sumpah setia untuk membela Uthman yang dinamakan Baiah Ridwan
- Quraisy menghantar Suhail Bin Amru berjumpa Rasul
- Berlaku perjanjian Hudaibiah
* Genjatan senjata selama 10 tahun
* umat Islam hanya dibenarkan melakukan umrah pada tahun berikutnya, selama 3 hari sahaja
* Mana-mana pihak boleh mengadakan hubungan baik dengan mana-mana puak
* mana-mana warga Mekah yang pegi ke Madinah tanpa izin wali perlu dipulangkan semula manakala warga madinah yang lari ke Mekah tidak perlu dipulangkan

Pengajaran
* Kita perlu mempunyai strategi sebelum melakukan sebarang tindakan
* Umat Islam perlu sentiasa bermesyurat untuk mendapatkan tindakan yang tepat
* Umat Islam mesti bersatu hati agar tidak ditindas oleh musuh

Dan akhirnya.....Inilah dia artis dan penulis yang menghasilkan komik ini....

Well done Syafiq and Asyraf..You are the best..Barakallhu fi kuma...

Untuk mengkayakan lagi diri kita dengan pengetahuan , bacalah : Perjanjian Hudaibiah

7 comments:

  1. salam ustazah,
    tahniah yer sebab memperkenalkan method yang cukup menari bagi mengajar sejarah.. berkesan utnuk anak murid seperti saya yang kurang minat sejarah ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Ummumishkah...
    Banyak cara dalam pengajaran ni, yg penting kita berani mencuba. Terima kasih ummu... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustazah,
    bagus sungguh idea ustazah tu.
    Lain kali ustazah boleh la buat kompilasi,kongsi dengan ustaz ustazah yang lain ^_^

    ReplyDelete
  4. assalaamualaikum ustazah,

    masyaAllah, very nice work! dengan ketelitian warna dan lukisan, saya yakin mereka enjoy menjalankan kerja rumah ini. malah, mungkin mereka sendiri tidak menyangka bahawa dalam banyak2 subjek, subjek pendidikan Islam menjadi tempat mereka mengasah bakat melukis! :D
    tahniah kepada ustazah dan anak2 murid. saya pasti pada masa akan dtg, dengan hanya membayangkan lukisan2 mereka ini, mereka dpt menceritakan kembali kisah sirah dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ustazah,

    masa awal perhimpunan saya ada nampak di tangan pelajar perempuan yg 'dikuarantin' dlm gelanggang futsal pegang tugasan yg sama. Saya tahu sebab siap ada nama Ustazah kat muka depan.. Ingat nak buat camni jugak kat kelas 4KE dan 4AN.. hehe

    Salam.

    ReplyDelete
  6. @Muhammad : InsyaAllah ustazah tengah fikir mcm nak share kan komik2 lain dr student ustazah ni.

    @Luqman San : terima kasih, ustazah pun x sangka ramai yg berbakat melukis...pelajar perempuan pun ada juga siap diletakkan attar (minyak wangi arab ) he..konon nak bagi kesan kearabian. sekarang ustazah tengah usahakan supaya hasil mereka ini boleh dimuatkan dalam majalah sekolah

    @Ustaz Lah : bagus tu , kelas yg banyak conteng2 tu kan lagi bagus , itu la yg ustazah harapkan, idea ini boleh digunakan bukan saja oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) malah guru2 subjek lain pun boleh mencubanya

    ReplyDelete
  7. ustazah, mintak kebenaran nak copy gambar ni boleh.. untuk asgment dekat U

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers