Wednesday, May 13, 2009

Usaha murni guru...

Malam Khamis lepas ustazahlina bersama cik syazwani "menemani" pelajar-pelajar perempuan T3 dan T5 SMK Taman Dato' Harun SMKTDH untuk kelas ulangkaji malam atau prep...
teringat masa di Maahad Hamidiah Kajang dan juga di KIK...rutin prep yang menjadi satu kewajipan bagi sekolah berasrama... 
tetapi UNIKnya  SMKTDH ini bukan sekolah berasrama!....Usaha murni dan mantap dari pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan juga PIBG mewujudkan kelas malam khas untuk pelajar-pelajar patut disokong dan dipuji...
Apa kata Penolong Kanan 1 Puan Zarina Awang..  " Kita sediakan tempat supaya pelajar dapat berkumpul untuk belajar...kalau tidak pun mereka ni tetap berkumpul (lepak) di kedai-kedai la ...tepi-tepi jalan la..."
Hmm..kemudahan yang patut dihargai oleh pelajar...moga usaha murni sekolah ini dihargai oleh semua pelajar demi untuk kebaikan mereka... 

Ambil peluang.......Kelas bimbingan Cikgu Khairul

Perbincangan berkumpulan....


Minuman panas dan biskut juga disediakan....

Rakan yang bekebolehan membimbing rakan lain...





8 comments:

  1. Salam ustazah...

    Ustazah mengajar di SMTDH ker? dulu saya tinggal di TDH dan bersekolah di SRATDH...

    tapi sekrg ni dah pindah....

    Tapi x pindah jauhlah....

    kalau camtu leh ler gi rumah ustazah balik mesia nanti, hehe....

    ReplyDelete
  2. Balqis ...Ahlan wa sahlan

    rumah di Taman Buana Perdana

    boleh beri alamat email?

    ReplyDelete
  3. happy belated teacher's day ustazah! :)

    ReplyDelete
  4. salam ustazah
    saya pula murid tua di smk taman dato harun
    cikgu hanifah ada lagi ?
    sampaikan salam saya buat cikgu hanifah.

    ridwanto

    www.muhammadridwanto.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. salam
    ya, silakan.
    Saya amat menghargai jemputan itu.
    mana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasi,
    tempat jatuh lagi di kenang ini kan pula tempat bermain.
    Saya bersyukur kerana pernah menjadi sebahagian dari pelajar SMKTDH.Banyak mengajar saya erti kehidupan.
    Sampaikan salam saya buat semua guru yang pernah mengenali saya.

    ridwanto

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Muhammad..ustazah teringat seorang murid ustazah sekarang tingkatan 3 nama nak sama Rianto...ada waris2 ke?
    Puan hanifah masih mengajar di sini sebagai Penolong Kanan HEM...tak sabar nak pergi sekolah nak maklumkan perkara ni kepada guru2 di SMKTDH! Keep in touch

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers