Guru pertama ku ayah dan ibu
Yang mengajar ku bertatih, bercakap dan mengenal quran
Masa di tadika cikgu rajin bercerita
Yang buruk ditinggal yang baik diikut
Disekolah rendah cikgu beri hadiah
Kamus bahasa Ingeris
sehingga kini menjadi kenangan manis
(Cikgu2 SK Sg Hj Dorani 1976 - 1980 : Cikgu Hamzah, Cikgu Karim, Cikgu Zaimah, Cikgu Jariah, Cikgu Amir, Cikgu Bakri)
Masuk tingkatan satu
tinggal di asrama jauh dari ayah ibu
Ayah titipkan
Aku baca dulu sebab nak tahu apa yang terbuku
Kepada cikgu yang dihormati
Saya serahkan anak saya ini di bawah jagaan cikgu
Didik dan ajarlah dia seperti anak cikgu sendiri
Marah dan rotanlah dia jika tidak mendengar kata
(Cikgu2 Maahad Hamidiah kajang 1981 -1983 : Puan Salamah, Cikgu Zul, Cikgu Amat Kamis, Ustaz Ghazali Hamzah. Cikgu Yazariah, Ustaz Amir, Ustaz Iwadh)
Itulah
Keprihatinan dan layanan cikgu amat baik sekali
Bila ayah pulang ke rahmatullah..perhatian cikgu makin bertambah
Diberikan duit saku dan buku untuk menelaah
Itulah cikgu-cikguku seperti ayah dan ibu
Sajak ini untuk cikgu2 ku yg telah lama tidak ketemu
Maafkan kami cikgu
Kalau engkau jemu
Menatap wajah sama
Bertanya soalan serupa
Maafkan kami cikgu
Kalau lidahmu kelu
Menegur salah silap
Bimbang dibalas biadap
Maafkan kami cikgu
Kalau engkau malu
Akan pekerti kami
Yang meresahkan hati
Maafkan kami cikgu
Kalau hatimu rindu
Menunggu berita baru
Dari setiap muridmu
Maafkan kami cikgu
Kalau engkau bersendu
Kerana kami bisu
Walau di Hari Guru
Kini aku seorang cikgu
Walau tidak pernah menerima
namun aku telah menjadikan diriku ibu
yang akan mengajar dan mendidik mereka seperti anak-anak ku
ingin melihat mereka berjaya
dihiasi dengan pekerti mulia
menjadi pendukung membangun bangsa
Justeru kepada Allah kupohon sangat-sangat
Keikhlasan, kecekalan dan semangat
Agar sekelumit usaha ku ini mendapat berkat
Ku pohon juga sangat-sangat
semoga tiada jemu yang bertandang..
tiada bosan yang menjengah...
tiada lelah yang menyapa...
kerana aku ingin menjadi
Guru Pembina Negara Bangsa
kepada semua yang pernah mengajar dan mendidik diriku secara formal atau tidak...juga adalah cikgu-cikgu ku..Moga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah...Amin
Sungguh merasa terharu membaca cetusan rasa ustazah. Semoga dapat mendidik anak bangsa dengan baik, InsyaAllah!
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah. harap sihat selalu InsyaAllah...
ReplyDeleteSebenarnya datang ini membawa hajat kecil. Hendak memberitahu ustazah dapat award. Nanti andai ada masa, datanglah ambil di blog saya, ya!
Wassalam...
terima kasih Balqis, cetusan rasa tu cerita sebenar akak...masa sambutan hari guru baru ni akak diminta untuk buat persembahan....he3
ReplyDeleteAssalamualaikum .. sebut nama guru2 maahad hamidiah tu terkenang pulak saya pada semua.. maklumlah 5 tahun di sana 83-87 . moga Allah merahmati mereka semua... amin. kini kita mewarisi tugas mulia mereka pula ..
ReplyDelete