Thursday, May 28, 2009

Cetusan Rasa Seorang Cikgu....

Guru pertama ku ayah dan ibu

Yang mengajar ku bertatih, bercakap dan mengenal quran

Masa di tadika cikgu rajin bercerita

Yang buruk ditinggal yang baik diikut


Disekolah rendah cikgu beri hadiah

Kamus bahasa Ingeris

sehingga kini menjadi kenangan manis


(Cikgu2 SK Sg Hj Dorani 1976 - 1980 : Cikgu Hamzah, Cikgu Karim, Cikgu Zaimah, Cikgu Jariah, Cikgu Amir, Cikgu Bakri)


Masuk tingkatan satu

tinggal di asrama jauh dari ayah ibu

Ayah titipkan surat untuk cikgu

Aku baca dulu sebab nak tahu apa yang terbuku

Surat dari ayah untuk cikgu


Kepada cikgu yang dihormati

Saya serahkan anak saya ini di bawah jagaan cikgu

Didik dan ajarlah dia seperti anak cikgu sendiri

Marah dan rotanlah dia jika tidak mendengar kata


(Cikgu2 Maahad Hamidiah kajang 1981 -1983 : Puan Salamah, Cikgu Zul, Cikgu Amat Kamis, Ustaz Ghazali Hamzah. Cikgu Yazariah, Ustaz Amir, Ustaz Iwadh)


Itulah surat ayah kepada cikgu

Keprihatinan dan layanan cikgu amat baik sekali

Bila ayah pulang ke rahmatullah..perhatian cikgu makin bertambah

Diberikan duit saku dan buku untuk menelaah

Itulah cikgu-cikguku seperti ayah dan ibu


Sajak ini untuk cikgu2 ku yg telah lama tidak ketemu


(Karya Pemburu Syurga)

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau jemu
Menatap wajah sama
Bertanya soalan serupa

Maafkan kami cikgu
Kalau lidahmu kelu
Menegur salah silap
Bimbang dibalas biadap

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau malu
Akan pekerti kami
Yang meresahkan hati

Maafkan kami cikgu
Kalau hatimu rindu
Menunggu berita baru
Dari setiap muridmu

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau bersendu
Kerana kami bisu
Walau di Hari Guru


Kini aku seorang cikgu

Walau tidak pernah menerima surat dari mana-mana ayah ibu murid-murid ku

namun aku telah menjadikan diriku ibu

yang akan mengajar dan mendidik mereka seperti anak-anak ku


ingin melihat mereka berjaya

dihiasi dengan pekerti mulia

menjadi pendukung membangun bangsa


Justeru kepada Allah kupohon sangat-sangat

Keikhlasan, kecekalan dan semangat

Agar sekelumit usaha ku ini mendapat berkat


Ku pohon juga sangat-sangat

semoga tiada jemu yang bertandang..

tiada bosan yang menjengah...

tiada lelah yang menyapa...

kerana aku ingin menjadi

Guru Pembina Negara Bangsa


kepada semua yang pernah mengajar dan mendidik diriku secara formal atau tidak...juga adalah cikgu-cikgu ku..Moga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah...Amin

4 comments:

  1. Sungguh merasa terharu membaca cetusan rasa ustazah. Semoga dapat mendidik anak bangsa dengan baik, InsyaAllah!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustazah. harap sihat selalu InsyaAllah...

    Sebenarnya datang ini membawa hajat kecil. Hendak memberitahu ustazah dapat award. Nanti andai ada masa, datanglah ambil di blog saya, ya!

    Wassalam...

    ReplyDelete
  3. terima kasih Balqis, cetusan rasa tu cerita sebenar akak...masa sambutan hari guru baru ni akak diminta untuk buat persembahan....he3

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum .. sebut nama guru2 maahad hamidiah tu terkenang pulak saya pada semua.. maklumlah 5 tahun di sana 83-87 . moga Allah merahmati mereka semua... amin. kini kita mewarisi tugas mulia mereka pula ..

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers