Saturday, June 27, 2009

Komik Perjanjian Hudaibiyah (1)

Assalamualaikum... 26 Jun 2009 hari Khamis

"Ustazah, ini tugasan yang ustazah suruh tu.." Asyraf dan Syafiq menunjukkan hasil kerja mereka.
"MasyaAllah cantiknya!"...."cepatnya siap? baru semalam ustazah beri tugasan ni", hati ustazahlina melonjak gembira bila pelajar bersungguh-sungguh dalam kerja sekolah mereka. "Ha, macam ni la pelajar yang cemerlang", puji ustazahlina juga untuk menarik perhatian pelajar lain.
" Ala..ustazah..kami pun dah siap ni tinggal sikit saje lagi.." terdengar suara dari rakan-rakan pelajar yang lain. Mereka pun mahu dipuji juga...hi3

Semalam ustazahlina mengajar tajuk perjanjian Hudaibiyah dengan menggunakan teknik penceritaan serta berbantukan carta aliran dan kadang-kadang melakonkan beberapa watak atau insiden2 tertentu...

Sudah lama ustazah terfikir untuk menghasilkan komik bagi tajuk2 Pendidikan Islam terutamanya dalam tajuk sirah....

Inilah hasil kerja pelajar ustazahlina iaitu Komik tentang kronologi peristiwa perjanjian Hudaibiyah secara ringkas mengikut tahap pembelajaran Tingkatan 3 di sekolah menengah. Jom kita saksikan. (Maaf kalau tulisan mereka tidak dapat dibaca...)

- Latarbelakang peristiwa perjanjian Hudaibiyah
- Rasulullah rindu akan kampung halamannya
- Rasulullah bermimpi melakukan tawaf di Baitullah
- Pada 6 Hijrah, seramai 1400 umat Islam menuju ke Mekah

- Strategi pemergian ke Mekah untuk mengelakkan peperangan
- Tidak melalui jalan biasa
- memakai ihram sejak di Zulhulaifah
- membawa binatang ternakan untuk korban
- Rasulullah sentiasa bermesyuarat bersama para sahabat
- melantik perisik

- Orang Qurasy ingin menghalang umat Islam
- mereka bersedia untuk berperang
- Rasul mengubah haluan ke Hudaibiah
- Rasul menghantar Utman Bin Affan untuk memaklumkan tujuan kedatangan mereka

- berita tersebar mengatakan Uthman di bunuh
- umat Islam mengadakan sumpah setia untuk membela Uthman yang dinamakan Baiah Ridwan
- Quraisy menghantar Suhail Bin Amru berjumpa Rasul
- Berlaku perjanjian Hudaibiah
* Genjatan senjata selama 10 tahun
* umat Islam hanya dibenarkan melakukan umrah pada tahun berikutnya, selama 3 hari sahaja
* Mana-mana pihak boleh mengadakan hubungan baik dengan mana-mana puak
* mana-mana warga Mekah yang pegi ke Madinah tanpa izin wali perlu dipulangkan semula manakala warga madinah yang lari ke Mekah tidak perlu dipulangkan

Pengajaran
* Kita perlu mempunyai strategi sebelum melakukan sebarang tindakan
* Umat Islam perlu sentiasa bermesyurat untuk mendapatkan tindakan yang tepat
* Umat Islam mesti bersatu hati agar tidak ditindas oleh musuh

Dan akhirnya.....Inilah dia artis dan penulis yang menghasilkan komik ini....

Well done Syafiq and Asyraf..You are the best..Barakallhu fi kuma...

Untuk mengkayakan lagi diri kita dengan pengetahuan , bacalah : Perjanjian Hudaibiah

Wednesday, June 24, 2009

Perkongsian Ilmu

Hari ini semua guru SMKTDH didedahkan dengan  WEB2.0 ... termasuklah penggunakan dan manfaat blog...semoga ilmu ini dapat meningkatkan profesionalisme guru-guru..Tahniah kepada semua.


Pengetua (bertudung pink) dan rakan guru SMKTDH mendengar penuh minat
Ustazahlina rasa gembira kerana dijemput untuk kongsi pengalaman bersama guru-guru. Sebenarnya blog ustazahlina  ni usianya tak sampai setahun jagung (bersamaan berapa hari tu ye he3), namun kelebihan dan manfaatnya dapat ustazahlina rasakan.  Kemudahan IT yang patut kita syukuri dengan cara mengambil peluang "memiliki" dan "menggunakannya" 

Melalui penggunan blog ini ustazahlina mendapat banyak maklumat yan g berguna dari rakan-rakan blogger yang lain dan secara tidak lansung mendapat ramai kenalan.  Ustazahlina kongsikan juga kepada mereka blog2 yang sangat ustazahlina suka layari kerana bahan dan gaya penulisannnya seperti  Farid Rashid di Mesir, Y4kuz4 di Jepun, Barukisu di Ukrane , Dr Ummi dan Saifulislam di Malaysia.  Begitu juga blog khusus tentang mata pelajaran Bahasa Arab yang amat membantu.  Ustazahlina berdoa semoga ramai lagi penulis2 blog tampil membawa mesej yang baik untuk kebaikan semua.

Saturday, June 13, 2009

Manfaatkan Diri mu ...

Ustazahlina rasa sangat gembira dan rasa sangat bermanfaat apabila resepi apam dari "dapur Ustazahlina" telah dicuba dengan jayanya oleh Dr Ummi sewaktu beliau berkelah bersama keluarga tercinta...Alhamdulillah. Perkara kecil yang memberi kesan yang besar harapnya!

Gambar hidangan Perkelahan Dr Ummi dan keluarga
(yg hijau tu kuih apam nasi ) ...hmmm best nye! seronok anak2

Terus terlintas di benak fikiran Ustazahlina ....... bahawa ....

Tiada contoh teladan yang terbaik yang dapat kita contohi melainkan dari kekasih Allah, junjungan yang mulia nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.... baginda mengajar kita akidah yang sejahtera , ibadat yang sempurna dan akhlak yang mulia...
Teringat kata-kata Rasulullah yang bermaksud ..."sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain..." ... lalu hati pun berdetik adakah aku memberi manfaat kepada orang lain?

Kalau aku di rumah adakah aku memberi manfaat kepada ibu, ayah dan ahli keluarga ku......?
kalau aku di sekolah adakah aku memberi manfaat kepada rakan2 sekelas / sepejabat atau guru2 ku ...?
kalau aku di laman blog adakah aku memberi manfaat kepada pengunjung blog yang lain...?

Semoga kita semua memberi manfaat kepada alam ini ...

Wednesday, June 10, 2009

JADIkan ia hari yang bermakna...

10 Jun 1993...saat yang amat dinantikan....setelah hampir tiga tahun berumahtangga, akhirnya dikurniakan cahayamata penyeri kehidupan....

Kelahiran Ahmad Nabil Fikri...

Hari ini usianya genap 16 tahun...Happy Birthday To You Nabil.... We all Love You

(to be continue )

Penghargaan..Nikmat atau Ujian?...

Bismillahirrahmanirrahim

Ustazahlina igin mengucapkan ribuan terima kasih kepada NUR , Barukisu dan Pelajar-pelajar SMKTDH atas ingatan dan penghargaan yang diberikan. ustazahlina telah menerima beberapa AWARDs dari mereka semua ni... Jazakumullah khairal jaza...
1. Award dari NURSemoga kebahagian dan ketenangan sentiasa bersama kita...tq sis...

2. Award dari Barukisu


Tuah yang membawa hidayah untuk hidup yang lebih bermakna...terima kasih dik...moga tuah sentiasa bersama kita...

3. Penghargaan dari Warga Pelajar SMK Taman Dato' Harun 2009

ingat pesanan rasul kepada kita semua...sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain...

..."Hormat pada yang tua sayang pada yang muda"...

4. Ingatan dan Penghargaan dari anak-anak didik


Segala puji hanya untuk Allah...Hanya Dia yang berhak menerima segala pujian
Semoga penghargaan dan pujian tidak menjadikan kita Alpa dan Bangga yang akan mengundang BALA... sebaliknya...menjadi suntikan semangat untuk Ikhlas dan Takwa demi mendapat REDHA

Ya Allah aku bersyukur atas segala nikmat yang engkau berikan...aku berlindung agar nikmat ini tidak melalaikan aku dari mengingatiMu...ampuni dosaku dan terimalah aku sebagai hambaMu...

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers