Tuesday, February 10, 2009

Peliharalah Allah, Allah Pasti Memeliharamu


Setiap muslim dituntut untuk Memelihara segala perintah Allah walau dalam apa jua keadaan.Ini termasuklah  Menjadikan solat satu kewajipan yang ditunaikan walaupun  ketika sakit. Keyakinan dan keimanan yang jitu bahawa  hanya Allah yang berhak disembah dan segala sesuatu datang dari Allah akan menjadikan kita hamba yang sentiasa memohon dan berharap kepadaNYA.
Peliharalah Allah, Allah pasti memeliharamu
Amali solat ketika sakit pelajar-pelajar SMK Taman Dato' Harun 2009

Cara-cara Solat Ketika Sakit:
1.  Secara Duduk:
        -   Duduk seperti duduk antara dua sujud mengحadap arah kiblat
        -   Rukuk dengan menundukkan kepala setentang dengan tempat sujud
        -   Sujud seperti biasa, jika tidak mampu tundukkan kepala lebih rendah dari rukuk
     




Posisi solat secara baring terlentang

2.  Secara Baring Terlentang
   -   Baring terlentang kaki lurus menghadap kiblat
   -   Kepala dan muka ditinggi sedikit supaya menghadap kiblat
   -   Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala, mata atau hati


Posisi solat secara baring mengiring di rusuk kanan
3.   Secara baring mengiring
       -   Baring di atas rusuk kanan
       -   Muka dan dada menghadap kiblat
       -   Rukuk dan sujud menggunakan isyarat mata, kepala atau hati

Monday, February 9, 2009

Fatimah Az-Zahra II

Hasil Karya cetusan minda pelajar-pelajar 3BA  SMK Taman Dato' Harun (2009) dalam menghayati apa yang telah mereka pelajari.....
Keepsake Pearl Jewelry Bracelets

Fatimah Az-Zahra
puteri bungsu
wajahnya putih berseri bak mutiara
berjiwa kental tempuhi cabaran

Fatimah Az-Zahra
ketabahanmu menjadi panduan
ketaatanmu kepada ayahmu
sungguh mengharukan

Fatimah Az-Zahra
kemuliaan dirimu sentiasa dilihat
tiap perbuatanmu diserikan cahaya
redha kehilangan ahli keluarga tercinta

Fatimah Az-Zahra
kehilanngan ayahanda menguji kesabaran
namun..
mengukir senyuman apabila mengetahui
bakal menyusul ayahanda menemui ilahi....
(Farah Farahana Ayu Lina)

Fatimah Az-Zahra I


Antalogi Pantun Fatimah Az-Zahra
Hasil Karya Pelajar 3BR 2009
SMK Taman Dato’ Harun Petaling Jaya


Az-Zahra

Putih berseri umpama mutiara
Fatimah Az-zahra puteri tercinta
Makkah al-Mukarramah tempat kelahirannya
Kota bersejarah tempat yang mulia
(Asyraf M & Syafiq N)

Puteri Rasulullah umpama mutiara
Telah berkahwin dengan sepupu baginda
Mas kahwinnya sederhana sahaja
Ali bin Abi-Talib suami tercinta
(SYAFIQ & FAIZAL)SYA-ZAL

Kelahiranya disambut gembira
menjadi puteri rasulullah yang tercinta
Quraisy nama keturunanya
Kaum dihormati,dipandang mulia
(nasrul&najmie)

berkahwin dengan sepupu nabi
saidina Ali itulah namanya
taat setia kepada suami
pendukung dakwah islam tercinta
(azliza&fadzlielah)

Husin, Hassan & Zainab cahaya mata,
Anak yang soleh pemimpin negara,
Taat Allah, kasih ibu bapa,
Akhlak mulia ikutan manusia
( Faiz & Rianto )

Putih berseri gelaran diberi,
Beliau seorang yang merendah diri,
Mempunyai akhlak yang terpuji,
20 Jamadilakhir lahirlah puteri
( Azam & Ubai & Asyraf N )

Fatimah Az-zahra bersifat mulia,
Beliau juga isteri tercinta,
Muka berseri bagaikan purnama,
Beliau dijanjikan penghulu syurga
( Zulhafiz & Malek & Hamdan )

Sabar dan tabah menghadapi dugaan,
Taat setia kepada ayahanda dan suami,
Sentiasa redha dalam kesusahan,
Itulah contoh untuk diteladani
( Shahida & Nabila & Shamimi )

Mukanya cantik penuh bercahaya,
Berbudi bahasa penuh bicara,
Bersifat mulia seperti ayahnya,
Itulah dia Fatimah Az-zahra

Hidup penuh dengan cabaran,
Ditinggal oleh ayahanda kesayangan,
Namun tabah dengan dugaan,
Redha menghadapi segala kesusahan

Rupanya cantik berbudi pekerti,
Kehidupanmu juga sentiasa diuji,
Sangat menghormati Saidina Ali,
Suaminya yang amat disayangi


Puteri bongsu kesayangan ayahnya,
Bondanya wafat menemui ilahi,
Sangat bertanggungjawab kepada ayahnya,
Ummu Abihah gelaran diberi
( Yuliyanah & Nabilah )

2 putera seorang puteri,
Hassan, Hussin & Zainab nama diberi,
Dididik dengan budi pekerti,
Sehingga menjadi ulama yang disegani
( Khairunnisa & Mazliati )

4 Jamadilawal 11 hijrah,
Enam bulan selepas kewafatan Rasulullah,
Inilah tarikh wafat Fatimah Az-zahra,
Janji Allah termakbul lah sudah
( Aina & Nadzirah )
(Azam,Faizal,Faiz,Nasrul & Syafiq)

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers