Video hasil karya Syuhaimi... Finalist Anugerah Hijau Peringkat Kebangsaan 2011 ... di Universiti Malaya pada 29 Oktober 2011 ... Tahniah kerana berjaya menjadi finalist.!!!!! semoga berjaya
Saturday, October 29, 2011
Thursday, October 27, 2011
Slide Sains Tajuk : Ammonia ...
Assalamualaikum semua.... mengapa ada bahan ini pula dalam blog ustazahlina ye... he3... ini ialah tugasan anakanda yang dibantu oleh uminya... ustazahlina sharekan di sini...
Kimia tugasan Nabil
Kimia tugasan Nabil
Kimia tugasan Nabil
Kimia tugasan Nabil
Labels:
Kimia
Wednesday, October 26, 2011
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 Akidah
BAB 1 IMAN MUTIARA HIDUP (Dari blog Nota Pendidikan Islam)
1. Pengertian
- Bahasa : mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakan
- Istilah : membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota
2. Iman boleh bertambah dan berkurang
- Amalan-amalan untuk meningkatkan keimanan
i. Melakukan ketaatan kepada Allah
ii. Menambahkan ilmu pengetahuan
iii. Membanyakkan amal ibadah
iv. Melazimi amalan-amalan sunat
- Ciri-ciri individu yang bertambah iman
i. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya
ii. Banyak melakukan ibadah sunat
iii. Melazimi berzikir
iv. Sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah
- Perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan iman
i. Melakukan maksiat
ii. Melanggar hukum syarak
iii. Gemar melakukan perbuatan yang sia-sia
iv. Menyintai dunia melebihi cintakan akhirat
- Ciri-ciri individu yang berkurang iman:
i. Malas dalam melakukan ibadah
ii. Sentiasa lalai daripada mengingati Allah
iii. Mempunyai akhlak yang buruk
- Cara-cara untuk mencapai tahap iman yang kamil /sempurna
i. Memahami kehendak aqidah
ii. Melakukan ibadah dengan betul
iii. Mendampingi orang-orang yang soleh
iv. Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model/contoh
3. Martabat Iman :
Kategori Iman | Huraian |
Iman tidak bertambah atau berkurang/statik | Iman para malaikat |
Iman sentiasa bertambah | Iman para nabi dan rasul |
Iman bertambah dan berkurang | Iman umat Islam yang melakukan perintah Allah |
Iman sentiasa berkurang | Iman orang fasik dan ‘asi |
Iman yang ditolak | Iman orang munafik dan kafir |
4. Kemanisan Iman
- Takrif :
Berasa gembira melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan RasulNya serta mengutamakan Allah dan Rasul lebih daripada harta benda dunia.
- Cara-cara untuk mendapatkan kemanisan iman :
i. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya.
ii. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
iii. Benci kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka
- Kesan individu yang mendapat kemanisan iman
i. Mendapat kelazatan melakukan ibadah
ii. Membentuk individu yang berakhlak mulia
iii. Tidak akan melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain
iv. Sedia berkhidmat untuk masyarakat
BAB 2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1. Pengertian:
“ Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Qur’an, as-Sunnah Rasulullah s.a.w dan perkara yang dibawa oleh para Sahabat Baginda serta menentang perkara-perkara bid’ah”
2. Nama-nama lain : Ahli Sunnah, al-Jamaah, as-Salafu as-Soleh dan Ahli al-Hadis
3. Bila bermula
a. Selepas berlaku perpecahan di kalangan
umat Islam
b. Nama tersebut dimasyhurkan oleh Abu
al-Hassan al-Asy’ari dan Abu Mansur
al-Maturidi
4. Kenapa dikenali dengan nama….. ?
a. Ahli Sunnah : kerana menerima dan beramal dengan Sunnah Rasulullah s.a.w
b. Al-Jamaah : kerana berkumpul atas kebenaran dan bersatu untuk:
i. Berjihad
ii. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
iii. Menghidupkan sunnah
iv. Menentang bid’ah
5. Prinsip-prinsip:
a. Pegangan : al-Qur’an dan as-Sunnah/al-Hadis
b. Pegangan : prinsip-prinsip as-Salafu as-Soleh
c. Rujukan : al-Qur’an dan as-Sunnah
d. Tidak mencela atau mengkafirkan oran yang tidak sealiran
e. Tidak menghukum tanpa bukti sahih
6. Pandangan:
Perkara | Huraian |
Al-Qur’an | Kalam Allah bersifat Qadim, bukan makhluk |
Melihat Allah/ Rukyatullah | Orang mukmin boleh melihat Allah di akhirat dalam syurga |
Pelaku dosa besar | Tetap dianggap sebagai mukmin, tetapi digelar sebagai fasik |
Iman bertambah dan berkurang | Bergantung kepada ketaatan atau keingkaran individu tersebut |
Qadak dan Qadar | Segala yang berlaku telah ditentukan oleh Allah sejak azali mengikut kebijaksanaanNya |
7. Kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah:
Dapat membersihkan akidah daripada kekeliruan dan kesesatan
b. Asas penerimaan sesuatu amalan
c. Hidup diredhai Allah kerana berada di jalan yang benar
8. Mazhab Syiah
Pengertian :
“Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali k.w. sebagai khalifah Rasulullah s.a.w”
9. Kumpulan-kumpulan :
Kumpulan | Pengenalan | Pegangan |
Syiah Imamiyah | Berpendapat : jawatan pemimpin umat Islam (Imam) hanya layak disandang oleh Ahli al-Bait | · Jawatan ‘Imam’ anugerah Allah, maksum tetapi tidak mendapat wahyu, hanya dari kalangan Ahli al-Bait. · Menolak hadis yang tidak diriwayat oleh Ahli al-Bait · Imam mereka ke-12 sebagai Imam al-Mahdi · Taqiyyah-sembunyikan iktikad apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad · Perkahwinan ‘Mut’ah’: sementara / kontrak |
Syiah Zaidiyah | Sempena pengasasnya: Zaid b Ali Zainal Abidin (cicit Saidina Ali ) | · Kedudukan pelaku dosa besar : antara keimanan dan kekufuran · Perlakuan manusia dilakukan oleh manusia bukan Allah · Tidak percaya Imam bersifat maksum · Menolak ‘Taqiyyah’ · Menolak imam ke12 sebagai Imam al-Mahdi |
Syiah al-Batiniah | Berpendapat : al-Qur’an mempunyai makna zahir dan batin yang hanya difahami oleh imam mereka Dianggap sebagai sesat dan paling radikal | · Saidina Ali dan imam-imam mereka sebagai tuhan · Imam mereka, Muhammad al-Hanafiyah masih hidup · Menghalalkan beberapa kemungkaran (e.g arak) |
10. Khawarij
Pengenalan | Pegangan |
Pada asalnya penyokong Saidina Ali dan menentang Muawiyah b Abu Sufyan, tetapi membelot dan menentang Saidina Ali selepas peristiwa Majlis Tahkim | · Pelaku dosa besar dianggap kafir · Mengkafir dan menghalalkan darah (boleh dibunuh)orang yang berbeza iktikad · Sumber syariat : hanya al-Qur’an |
11. Langkah-langkah memelihara akidah:
a. Mempelajari asas akidah berdasarkan kitabAhli Sunnah wal Jamaah yang muktabar
b. Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang akidah
c. Membina ketahanan akidah dengan berdoa.
d. Menjauhi diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat
e. Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
12. Istilah-istilah asas dalam ilmu akidah
Kafir | Mengingkari prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Qur’an dan al-Hadis |
Musyrik | Menyengutukan Allah pada Zat, Sifat atau perbuatanNya |
Munafik | Menzahirkan keimanan dan meyembunyikan kekufuran dalam hati |
Fasik | Tidak taat kepada Allah dan Rasul, melakukan dosa besar atau berterusan dengan dosa kecil |
Murtad | Keluar dari Islam denga perkataan, perbuatan atau iktikad |
Mulhid | Tidak beragama/atheis |
BAB 3 AJARAN SESAT
1. Definisi :
Ajaran @ amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam, hakikatnya bercanggah dengan al-Qur’an dan as-Sunnah
2. Ciri-ciri :
a. Mencemarkan kesucian al-Qur’an dan as-Sunnah
b. Mendewa-dewakan pemimpin
c. Menolak perkara qat’ie
d. Mengubah bentuk ibadah
e. Mengubah konsep dosa dan pahala
f. Mendakwa boleh melakukan perkara pelik
g. Mendewa-dewakan sesuatu
h. Menolak hadis/anti hadis
3. Kesan/Keburukan :
Aspek | Kesan/Keburukan |
Individu | - Rosak akidah - Masa terbuang - Minda tertutup - Kehidupan tidak stabil |
Masyarakat | - Keruntuhan institusi kekeluargaan - Perpaduan tergugat - Berlaku keganasan |
Negara | - mundur - politik & ekonomi tidak stabil - memerlukan peruntukan yang banyak |
4. Langkah-langkah untuk mengatasi:
a. Kefahaman Islam yang sebenar
b. Penyebaran islam
c. Penguatkuasaan undang-undang
d. Program pemulihan akidah
5. Cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat.
a. Meperlengkapkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar
b. Menjauhkan diri daripada golongan tersebut
c. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksankan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya
6. Contoh-contoh ajaran sesat di Malaysia:
Aspek | Qadyani | Baha’ie | Taslim |
Pengasas | Mirza Ghulam Ahmad | Hussin Ali al-Manzadarani | Hj Muhammad b Syafie@ Hj Muhammad Matahari |
Asal | India | Iran | Bayan Lepas, P/Pinang |
Penyebar di Malaysia | Maulana Muhammad Sadik b Barakatullah | Yan Kee Leong | - |
Tahun di Malaysia | 1949 | 1953 | 1870an |
7. Ciri-ciri Kesesatan Qadyani:
a. Pengasasnya :al-Mahdi, nabi, dan jelman Krisna (Tuhan Hindu)
b. Allah menurunkan Kitab suci al-Tazkirah kepada Mirza Ghulam
c. Mirza Ghulam mempunyai sejuta mukjizat
d. Menghapuskan jihad
e. Mengubah ayat al-Qur’an
f. Malaikat pancaindera Allah
g. Qadyani tempat suci dan tempat untuk menunaikan ibadah haji
h. Nabi Isa mati dan dikebumikan di Srinagar, India
i. Menghukum kafir selain penganut Qadyani
8. Ciri-ciri Kesesatan Bahai
a. Pengasasnya: jelmaan Allah
b. Semua agama sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai
c. Alam ini bersifat baqa’/ kekal
d. Nabi Isa mati disalib
e. Menggunakan kod 19 sehingga al-Quran dipengaruhi dengan kod tersebut
f. Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka
g. Memansuhkan ajaran Islam
h. Acre di Palestine : kiblat baru
i. Mengubah ibadah : puasa 19 hari, solat : 9 rakaat 3 kali sehari dan wuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan ‘Bismillah al-athar (5kali)
j. Menghapuskan jihad
9. Ciri-ciri Kesesatan Taslim:
a. Pengasas : pemimpin yang maksum
b. Diri batin manusia : Allah, dan diri zahir manusia:nur Muhammad
c. Alam bersifat qadim (sediakala)
d. Mentafsir ayat al-Qur’an mengikut hawa nafsu
e. Mengharuskan zina melalui nikah batin
f. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka
g. Soal secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan rukun fi’li (perbuatan)
Labels:
Akidah
Saturday, October 22, 2011
Koleksi Soalan Percubaan Analisis dan Latihan Pendidikan Islam SPM 2011
Assalamulaikum semua... semoga anak-anak calon SPM menggunakan masa dengan baik pada masa cuti sekolah ni.... di sini ustazahlina sharekan analisis / koleksi soalan percubaan Pendidikan Islam SPM 2011. (Jenguk-jenguklah selalu kerana ustazahlina akan updatekan lagi bahan-bahan khusus untuk SPM 2011)
1. Koleksi soalan pecubaan Pendidikan Islam SPM 2011 (negeri-negeri)
2..Analisis / Koleksi Soalan Hadis SPM 2011 ... seperti di bawah adalah untuk memudahkan ulangkaji...
Pecutan Spm Hadis
3. Analisis Tajuk Soalan Percubaan SPM Negeri-negeri 2011
Analisis Tajuk 2011
4. Analisis Soalan Percubaan 2011 negeri-negeri - Ayat Hafazan
hafazan
1. Koleksi soalan pecubaan Pendidikan Islam SPM 2011 (negeri-negeri)
2..Analisis / Koleksi Soalan Hadis SPM 2011 ... seperti di bawah adalah untuk memudahkan ulangkaji...
Pecutan Spm Hadis
3. Analisis Tajuk Soalan Percubaan SPM Negeri-negeri 2011
Analisis Tajuk 2011
4. Analisis Soalan Percubaan 2011 negeri-negeri - Ayat Hafazan
hafazan
Labels:
Latihan
Wednesday, October 12, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)