Saturday, March 30, 2024

SET INDUKSI HADIS TING 5 : Setiap orang Adalah Pemimpin ...


Semasa mula nak menulis e-RPH minggu ke 3 ... tercari-cari idea apa ye set induksi yang nak dibuat untuk tajuk ni .. tiba-tiba rasa macam baru je mengajar kan .. eheheh

Tajuk hadis ni nampak macam simple je .. tapi kalau tidak dimulakan dengan baik natijahnya pun mesti kurang memasak ke dalam jiwa murid.

Akhir nya inilah ide set induksi yang Allah ilhamkan ... terima kasih Allah... 

"siapa pemimpian Negara Kita?" 
"siapa pemimpin Agama negara kita?"
"siapa pemimpian Negeri kita?"
"siapa pemimpin Daerah kita?"
"siapa pemimpin masjid kita?"
"siapa pemimpin kawasan tempat tinggal kamu / flat?"
"siapa pemimpin sekolah kita?"
"siapa pemimpin rumah kamu?"
"siapa pemimpin kelas kita?"
"siapa pemimpin diri kamu?"

Jangan terkejut ya ... macam2 jawapn nnti keluar dari murid2 tau ๐Ÿ˜‘.. yang kelakar pun ada ๐Ÿ˜‚yang nak geram pun ada๐Ÿ˜ฉ

Ada ke murid cakap ... pemimpin masjid ialah suami ustazah ๐Ÿ˜ซ

Suami ustazah tu pemimpin rumah ustazah leeee.๐Ÿ˜


SET INDUKSI LAGI?


Idea Untuk Set Induksi ...
Kenapa set induksi ye .. penting sangat ke set induksi ni...

Jika guru dapat menarik perhatian murid pada awal2 pembelajaran .. dapat menarik fokus murid kepada apa yang ingin dipelajari ... itu akan memudahkan  murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya...

Set Induksi sepatutnya membentuk rasa ingin tahu dalam diri murid .. kerana .. rasa ingin tahu inilah nnti akan menjadi momentum untuk murid terus kekal dalam pembelajaran.


Pada hemat ustazahlina .. set induksi ini  adalah merupakan satu usaha utk menggembling kuasa , mengadun rasa ... menggabung  nilai  ....  yg ada pada  OTAK  dan HATI ... that is why ..dia sangat penting ๐Ÿ’—๐Ÿ˜


Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Wednesday, November 29, 2023

BOLEH SAYA PELUK USTAZAH ... ?


Boleh saya peluk ustazah
...? permintaan murid ini membuatkan ustazahlina terkedu ... termangu-mangu.. kenapa ye?

Saya terharu ustazah... saya kesian kat ustazah ... ustazah bagi nasihat ..tapi dia orang tu ... main-main je.

Ooohhh .. MasyaAllah ..Tabarakalllah ... terima kasih kerana memahami ... tapi itulah tugas ustazah tak boleh  berhenti  menegur, menasihat .. kalau tak buat begitu ..mereka tak belajar kan ... kesian kat mereka.. 


Cerita Bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam Tingkatan 4 pagi tadi. Murid-murid kelas 4 Ekonomi, 4 Dinamik, 4 Abstrak dan 4 Apresiasi.

Terima kasih Allah kerana titipkan murid yang prihatin semoga  dia menjadi murid yang cemerlang dunia dan akhirat.  Empangan air mata guruku hampir melimpah...



Monday, March 14, 2022

PdPR Lagi? - Jom Lihat Sudut Positifnya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang






"ala PdPR lagi .. tak best la .. susah la ... pishang la .." 

Pelbagai komen yang kita akan dengar baik daripada pihak murid, ibu bapa mahupun guru apabila diumumkan sesi persekolahan 2022 dimulakan secara PdPR.

Secara  peribadi ustazahlina melihat PdPR  mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan dengan betul dan berkesan.

1. Penggunaan masa  PdP yang optimum.

Di sekolah kan cikgu perlu ambil masa berjalan dari blok ke blok dan tingkat ke tingkat๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ

2. Bekonsepkan one to one teaching.

Murid hanya nampak guru dan bahan sahaja , ini dapat mengelak dan  mengurangkang gangguan rakan sekelas sebenarnya๐Ÿ˜†

3. Tiada alasan nak  direkacipta.๐Ÿ˜‚

Tiada isu tertinggal buku teks,  tak bawa nota dan lain-lain sebab semuanya  ada di rumah. So boleh la buat latihan dan tugasan yang cikgu berikan dengan cepat.

Kita boleh senaraikan banyak lagi  sudut positif PdPR ni .. namun pokok pangkalnya ..guru , murid, serta ibu bapa perlu bekerjasama untuk memastikan  anak-anak murid dapat belajar dengan berkesan.


#hendakSeribuDaya
#FikirBaikBertindakBaikDapatBaik

BANTU DAKU ALLAH - Kisah PdPR

Friday, February 12, 2021

Tips Mengurus Group Kelas PdPR - 1

"Ustazah boleh tolong send semula  tugasan yang ustazah bagi... saya x jumpa la mesej ustazah tu .."

"x jumpa la  ustazah ... susah nak cam ... mesej macam sama je ...."

"maaf ustazah saya x perasan mesej ustazah masuk"

Cikgu-cikgu ada tak hadapi situasi seperti ini? 

Mesej penting  tentang kelas / subjek pada hari itu murid x perasan atau x dapat kesan?


So .. kali ini ustazahlina  ingin kongsikan cara mengenalpasti  atau memberi pengenalan kepada MESEJ / INFO KELAS PdPR agar murid dapat cam dengan mudah.

Tipsnya :

1. Berikan mesej tentang kelas pada waktu atau masa yang STANDARD ⏰... selaraskan waktunya ...

contoh untuk kelas pada hari ESOK ... ustazahlina akan masukkan mesej dalam group pada jam 9.00 malam ... jangan ikut dan je ye ๐Ÿ˜ฌ

2. Letakkan trade mark  / simbol sebagai  pembukaaan untuk setiap mesej  utama yang berkaitan dengan arahan / tugasan kelas .

Contohnya sebelum masukkan mesej tentang kelas ... send kan dahulu emoji / icon sebagai pembahagi atau sebagai intro  ๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’๐Ÿ’ž





"If you fail to plan you are plaining to fail"

Saturday, February 6, 2021

TAARUF DULU YE ...

Mama : Along siapa yang ajar along subjek agama?

Along : Ustazah yang rendah-rendah kecik-kecik tu mama

Murid 1 : Ustazah apa maksud mesej ustazah ni ....?๐Ÿ˜“

Ustazah:  eh! itu bukan mesej daripada ustazah ... kamu tersilap cikgu ni murid ...๐Ÿ˜…


Beberapa orang murid  tersilap mesej kepada ustazah.  Mereka fikir ustazah  mengajar Pendidikan Islam , ustazah jugalah yang mengajar KKQ ustazah jugalah yang mengajar Bahasa Arab.

Itulah cabaran mengajar secara PdPR , atas talian kepada murid2 baharu .... yang  sememangnya belum penah berjumpa... terutamanya murid tingkatan 1 yang baru masuk ke sekolah kita.


Apa sepatutnya cikgu-cikgu perlu buat? Ye bertaaruf , berkenalan .... 

Kenalilah murid2 kita  terlebih dahulu dan perkenalkan diri kita kepada murid ... 

"ุงู„ุณู„ุงู… ู‚ุจู„ ุงู„ูƒู„ุงู… " 

ucap salam ... sapa ... bertanya kabar ... berkenalan ...sebelum berkata-kata 

pada 20/1/2021 antara tugasan yang ustazahlina berikan kepada murid-murid ialah menghasilkan video taaruf.  Dapatannya sangat menarik. Kita dapat mengetahui skill yang murid-murid kita miliki.








#mencari redha Allah
#anakSoleh
#BePositive
#StaySafe












Friday, February 5, 2021

TERIMA KASIH ALLAH


 Terima kasih ya Allah

Banyak sangat  nikmat yang  Dikau kurniakan , Kehidupan ..... keluarga ... kesihatan ...anak2 ... harta ... masa ... ketengan ...  teknologi ... Allah banyak ... tidak terhitung ...

Habis tu kami yang sakit ... yang x cukup duit ni ... macamana pulak ustazah?

Sakit itu rezeki .... rezeki untuk dapat kekuatan hati ...rezeki untuk mendapat penghapusan dosa

Tidak  cukup duit?  Rezeki juga kah ?

Rezeki ... sebab masih ada juga duit ... yang menyebab tidak cukupnya  ialah kita ... pengurusan diri kita


"Ya Allah bantu daku  agar daku sentiasa  mengingati Mu ,  bersyukur kepada  Mu  dan  memperelokan ibadah kepada Mu"


Wednesday, February 3, 2021

MULAKAN DENGAN BISMILLAH


DENGAN NAMA MU YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Sabda Rasulullah saw

ูƒู„ُّ ุฃู…ุฑٍ ุฐูŠ ุจุงู„ٍ ู„ุง ูŠُุจุฏَุฃُ ููŠู‡ِ ุจุจุณู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑุญู…ู†ِ ุงู„ุฑุญูŠู… ูู‡ูˆ ุฃู‚ْุทَุนُ


Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, maka amalan tersebut akan terputus.

Riwayat Ibnu Majah (1894)

Monday, September 7, 2020

Berdoalah agar pagimu dan harimu sentiasa bermakna ...

Mahukah anda semua  mempelajari doa yang dibaca oleh Rasulullah saw pada setiap pagi?

Doa ini Berdasarkan hadis Sahih yang 


ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†ِّูŠ ุฃَุณْุฃَู„ُูƒَ ุนِู„ْู…ًุง ู†َุงูِุนًุง ูˆَุฑِุฒْู‚ًุง ุทَูŠِّุจًุง ูˆَุนَู…َู„ุงً ู…ُุชَู‚َุจَّู„ุงً

Monday, March 4, 2019

JOURNAL DIRI ...

Rasa sangat seronok , bersyukur dan ada juga rasa cemburu bila lihat ramai yang menghasilkan Journal sebagai usaha utk mendidik diri.   Lebih-lebih lagi Journal untuk menanam nilai-nilai murni dalam diri anak2.   Jounal Diri yang saya hasilkan ini berdasarkan idea-idea dari laman web
Boleh klik   Big Life Journal  untuk dapatkan idea tentang Jounal.

Jounal Diri
Melatih Diri bersifat sederhana dan syukur















Thursday, March 17, 2016

Menjadi Baik Bukan PILIHAN

Hidup adalah ujian ... semua orang tanpa terkecuali

Orang yang nak jadi baik duji
nak jad jahat juga di uji

kan bijak jika kita diuji dalam usaha untuk menjadi baik ...

Usaha kita dalam menjadi baik di uji kerana  ...

jika ... segala kesusahan dan keperitan ... itu tanda kasih sayang Allah  ... terbukti kitanak kasih sayang ...

Jika
jika ada kesoilapan ... nak cucc dari dosa

Jika ... nak beri pahala


kehinaan dan kepedihan

Usaha utuk menjadi baik bukan satu pilihan walau seberat seperih mana pun yang kita hadapi


Thursday, December 11, 2014

Stop and Think...?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Dalam  keterujaan para guru dan murid  berkenalan dengan  peta-peta  i-Think  .... ustazahlina come across dengan istilah di bawah yang merupakan satu program membina sahsiah diri murid-murid di negara Barat ... menarik program ni

 stop and Think


Dalam program ini murid dilatih dengan modul-modul khas supaya bertindak secara rasional , berfikir dahulu sebelum bertindak dan sentiasa positif.  Baguskan? Inilah nilai sebenar manusia... apabila mereka dapat menggunakan akal dengan bijak... bukan setakat pandai ... tetapi bijak..

Ustazahlina mula terfikir..... Islam dah ajar semua ni .... tapi kita tidak  mengajar anak-anak kita secara bersturktur ... siap dengan modul.... 


Cuba perhatikan rESpON DAN rEAkSI  KITA .... anda yang mana satu ?

Bila orang kutuk : .... kutuk balik atau diam ..senyum?
Bila  berjaya : ... yey!!! menjerit2 gembira ... atau bersyukur?
Bila terjatuh sebab terlanggar batu  : menyumpah batu tu ... atau ucap astaghfirullah?

Jika kita kita menggunakan  TEKNIK ... StoP and Think .... kita akan sempat menentukan rESpON DAN rEAkSI   ... tidak lah ImPulSivE ...

Jadi ... apa yang ISLAM AjaR ? 

1 ) Ingatlah Allah



2) Berzikirlah 



Indahnya Islam ... dalam setiap yang berlaku pada insan pasti ada doa-doa yang mengiringi ...

Rasulullah SAW telah mengajar kita doa yang patut diucapkan apabila mendapat sesuatu yang kita SUKA dan juga yang kita TIDAK SUKA


" MasyaAllah... Islam dah ajar yang terbaik untuk kita rupanya .." itulah yang terlintas di hati ustazahlina sewaktu sesi perbincangan  dengan murid-murid 5BR ... cara-cara mendapat hidayah Allah... 

Dalam sesi brainstorming murid-murid memberi jawapan dalam bentuk peta i-Think  seperti dalam gambar di bawah
 Ayat Kefahaman Tingkatan 5 ..Hidayah Allah ... surah An-Nur : 53

Maksudnya .... jika kita  Berzikir ... kita akan ingat Allah ... kita akan bertenang ... dan kita mampu berfikir ... maka kita akan bertindak dengan betul ... sama natijahnya dengan program Stop and Think .

Moga ada kebaikannya

Berapakah Saiz Hati guruKu ?


Hari itu sebelum waktu pembelajaran ustazahlina telah serahkan LCD dan kabel  kepada murid lebih awal dari biasa.   Murid-murid ustazahlina ni memang dah pakar memasang LCD.   Sejak dari tingkatan 1 lagi mereka dah biasa memasang LCD. 

Bila loceng berbunyi ustazahlina pun bergegas ke kelas dengan buku latih tubi sarat  di tangan. 

Terserempak dengan murid-murid di koridor, mereka terus masuk ke kelas , bimbang agaknya  dimarahi ustazahlina.  

Terus terdetik di dalam hati persoalaan demi persoalan


" eh mereka ni, tak nampak kah aku sedang membawa buku yang banyak ni?"
" tidak ada kah perasaan mereka hendak menolong"
" tidak bersimpatikah mereka dengan guru mereka"
" ah! mereka ni memang pentingkan diri sendiri"
" mereka ni tak hargai pun guru mereka yang bersungguh-sungguh mengajar mereka"

Bila kaki mula melangkah masuk , terpandang pada LCD  dan kabel yang masih belum pun terpasang,  masih di dalam beg....

Sekali lagi hati terdetik ....

" hmm.. memanglah mereka ni tak kesah pun"
" tak ada rasa nak membantu "
" tidak prihatin "

berbagai-bagai lagi perasaan dan fikiran negatif dicucuk-cucuk oleh nafsu marah , sedih dan kecewa... 
terasa sangat sebak di dada... air mata seperti empangan air yang telah penuh ....

Ustazahlina mula bersuara " Ustazah rasa sangat sedih hari ini........ lain kali ustazah tak nak lah bawa lagi alat-alat ni...."

Terpapar wajah kesedihan dan rasa bersalah pada wajah murid-murid....

Ustazahlina mula mengajar dalam nada dan rentak yang  ustazahlina sendiri tidak suka.... suara yang tersekat-sekat kerana menahan air mata dan sebak .... 

"  ุงู„ุตุจุฑ ุถูŠุงุก "    antara ayat Hadis yang dipelajari pada hari itu ialah ....
" SABAR itu CAHAYA ..... "



Astaghfirullah al-azim  ..... apa yang telah aku lakukan ni? 

Ya Allah... rupanya Engkau ingin mendidik ku  ... engkau hanya  memberikan ku ujian yang sangat kecil ... Engkau ingin melatih sifat sabarku....

Ya Allah Engkau ingin mengingat kepadaku bahawa ....  Bersihkan jiwa ... ikhlaskan hati...

Haraplah redha Allah .... bukan  redha manusia
Dambakanlah pujian Allah .... bukan pujian manusia
Nantikanlah perhatian Allah ... bukannya perhatian manusia   kerana ....

Manusia yang BESAR JIWAnya  hanya mengharapkan redha , pujian , pandangan dan perhatian ALLAH ....














Berita baik untuk penghafaz al-Quran 1 ... ( Otak Anugerah Allah )

Subhanallah , Alhamdulillah , MashaAllah... banyak sungguh nikmat yang Allah kurniakan kepada diriku ...

detik hati kecil ustazahlina apabila mendengar ceramah.. " potensi otak dan bagaimana mengaktifkan otak kiri dan otak kanan " .... menarik bukan?

 

Tapi Apa kaitannya dengan penghafaz al-Quran ? 

Dalam ceramah tersebut baru ustazahlina tahu bahawa ada kajian mengatakan bahawa kebanyakan para penghafaz ( hafiz al quran ) menggunakan otak kiri mereka untuk menghafaz al Quran ...

Justeru hampir 60% al hafiz kurang berkeyakinan dengan hafazan mereka.
(suatu yang kita kena akur jika ia berdasarkan kajian)

Apa pula berita baiknya?

Berita baiknya ialah jika kita menghafaz al Quran dengan mengoptimumkan penggunaan otak kiri dan otak kanan.... maka hafazan kita akan lebih mantap !!!


Bagaimana tu?

Teknik Hafazan menggunakan Kaedah Nadi Neurofisiologi al Baghdadi dapat melakukan perkara tersebut.   Ustazahlina akan kongsikan lagi berita gembira ini dalam dalam entry akan datang....

Moga ada kebaikannya

Sunday, October 21, 2012

Kisah Guru: Surat buang sekolah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡  ูˆุจุฑูƒุงุชู‡....

" murid 4K lagi detik hatiku... kali ini apa pula? ... oh!   murid 4K ini telah mendapat surat buang sekolah... guru disiplin sendiri yang menghulur surat  buang sekolah itu kepada murid tersebut di dalam kelasnya....persoalannya... apa isu penting yang ustazahlina hendak kongsikan dalam kisah guru kali ini? ...."

sebaik sahaja murid ini menerima surat berhenti tersebut... dia melipatkannya dengan kemas... dan memasukkannya kedalam poket bajunya.... lalu mengeluarkan  sekotak rokok... mempelawa kepada rakan-rakan sekelasnya....dia  mengeluarkan sebatang rokok .... dan menyalakan rokok tersebut.... menghisapnya dengan penuh bergaya sambil melangkah keluar kelas dengan penuh bergaya tanpa mengindahkan guru matapelajaran yang berusaha menghalang tindakannya...

Astaghfirullah al azim ... itulah ucapan yang dapat ustazahlina ucapkan apabila mengetahui kisah ini.....  

Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada murid ini, semoga surat tersebut dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada murid tersebut dan murid-murid yang lain.  Ya Allah Engkai lembutkan hati murid ini untuk mudah menerima nasihat dan berubah kearah yang lebih baik.









Kisah Guru : Meja yang terbailik ...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡  ูˆุจุฑูƒุงุชู‡....

"  Ustazahlina you nak tau satu cerita tak?"   Dengan penuh semangat seorang rakan guru ustazahlina tidak sabar-sabar untuk kongsikan kisahnya.

" Tadi masa I nak masuk kelas 4K.. cikgu L yang baru keluar dari kelas tersebut  ucapkan kepada I (All the best).. I pun suspend lah... bila I masuk kelas , ada dua meja terbalik... I minta murid betulkan tetapi sorang pun tidak mahu buat, I tanya lagi siapa yang buat dan tolong betulkan... you nak tahu apa yang berlaku? .... seorang murid  pergi ke muka pintu lalu melaung kepada cikgu L ... "  

Hoi!  betulkan meja ni!

Ustazahlina terkedu, kelu, sambil senyum pahit .... seorang murid melaung kepada guru supaya betulkan meja yang guru tersebut telah terbalikkan.... pasti guru ini terlalu marah sehingga dia bertindak sedemikian.... pasti ada sesutu yang berlaku dalam kelas sebelum ini....  dalam fikiran ustazahlina berligar-berligar banyak perkara .... terfikir dalam hati ... kalau ini terjadi kepadaku... ada meja terbalik semasa kita  melangkah masuk kelas.... apa agaknya yang patut kita lakukan...?

Pesanan kepada diri

Kita tidak perlu mencari siapa yang salah atau siapa yang betul tetapi sebaliknya kita  sama-sama berusaha membetulkan apa yang salah.  Moga ada kebaikannya


[ Gambar hiasan:  Sekolah di Wilayah Tengah Cina meminta ibu bapa membawa meja dan kerusi untuk anak mereka ke sekolah]




Kisah Guru : Mengharap keajaiban ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
 ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ...

 " ustazahlina , tahun hadapan tolong ajar kelas 4K ye, saya dah tak sanggup dah, saya dah buat macam-macam tapi budak tu tetap tidak berubah...." 

 Begitulah keluhan seorang rakan guru ustazahlina apabila berhadapan dengan seorang murid yang dikatakan sangat "taiko" di dalam kelas. Hampir kesemua guru yang mengajar di dalam kelas itu merungut dan tidak tahan dengan sikap pelajar tersebut.

 " Apa yang dia buat?" tanya ustazahlina ingin mengenali murid tersebut

 ... dia kan keluar masuk kelas sesuka hati, tidak pernah memberi perhatian dalam kelas malah mengajak kawan-kawan berbual / bising / keluar dari kelas.... apabila ditegur dia kan membalas semula dengan kata-kata yang sangat kesat bercampur sinis ... pendek kata murid ini sangat biadab dengan guru...

 " murid ini sudah membesar lama dengan sikapnya.... ibu bapanya telah membentuk sikap murid ini sejak dari kecil.... kita baru berjumpa dia sewaktu dia berusia 16 tahun....sukar untuk kita mengubahnya dalam masa yang singkat... Justeru kita perlu sabar dan teruskan berdoa.... bukannya hanya mengharapkan keajaiban berlaku dalam keselip mata "  pujuk ustazahlina kepada diri dan juga rakan-rakan guru yang terlibat....

Namun jauh di sudut hati ustzahlina berbicara .... Ya Allah ... bantulah aku ... apa yang perlu aku lakukan untuk murid ini pada tahun hadapan jika aku menjadi gurunya ... kelas 5K ... aku mohon ya Allah... apa jua tindakan, kata-kata dan sikap aku terhadap murid tersebut adalah dalam bimbingan dan redhaMu ya Allah... kerana yang terbaik adalah dariMu


Wednesday, April 18, 2012

Dimensi Baru memahami dan meneladani Hadis Rasulullah

Rasa Syukur  kerana bertemu dengan blog Psikologi Hadis ini . Rasa sangat kerdil diri ini dan banyak kesilapan yang dilakukan sebagai seorang guru.   Semoga perkongsian memahami hadis Rasulullah ini menjadi pedoman kepada semua terutamanya guru-guru yang mendidik anak bangsa.
Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Muhammad, 

"Wahai Rasul Allah, siapakah manusia yang paling bahagia kerana mendapat syafaat tuan pada hari kiamat?" 

Nabi Muhammad menjawab, "Sesungguhnya saya menyangka, wahai Abu Hurairah, bahawa tidak akan ada seorang pun yang bertanya kepada saya tentang hadith ini lebih dahulu daripada saudara. 

Saya lihat saudara amat serius tentang hadith. 

Manusia yang paling bahagia mendapat syafaat saya pada hari kiamat adalah sesiapa yang berkata La ilaha illa Allah dengan ikhlas dari lubuk jiwanya." - 

Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith autentik al-Bukhari

Aplikasi hadith:
Hadith ini sessuai digunakan dalam proses mengajar.
1. Puji pelajar yang paling awal bertanya.
2. Puji perbuatan dia bertanya itu,  ( nyatakan dengan jelas  tingkahlaku baik yang dilakukan)
3.  kemudian baru jawab pertanyaannya.

*  ( yang dalam kurungan ... ustazahlina tambahkan sedikit maklumat dari maklumat asal)

Teknik Nabi Muhammad:

1. Nabi Muhammad mendahulukan memuji perbuatan Abu Hurairah bertanya, kemudian barulah beliau menjawab pertanyaan Abu Hurairah itu.
2. Isi kandungan kata-kata pujian Nabi Muhammad kepada Abu Hurairah itu ada 2 bahagian:
i. Beliau memang sudah menduga Abu Hurairah menjadi orang yang pertama sekali bertanya.
ii. Bahawa Abu Hurairah seorang yang sangat serius tentang hadith.
Teknik dalam hadith ini dapat mendorong pelajar-pelajar berebut-rebut menjadi orang pertama bertanya.

Pasti ada kebaikannya

Tuesday, April 17, 2012

Mudah Sahaja Bagi Allah

Firman Allah SWT : Surah al-a'raf : 57


Maksudnya : Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).




"Apakah perumpamaan ... perbandingan ... yang Allah sebut dalam ayat ini..?"  


Terkebil-kebil mata anak-anak murid ustazahlina bila dengar  ungkapan di atas...


"  Owh.. susah agaknya mereka nak faham dan nak jelaskan.. konsep hari kebangkitan ni"  bisik hati ustazahlina


Alangkah bagusnya, apabila kita menggunakan sedikit kemahiran yang ada dengan menggunakan bahan multimedia untuk menjelaskan kepada mereka  sesuatu konsep yang sukar mereka faham.


" Ye lah... kalau cakap sahaja... mana murid nampak.... kita kena tunjuk... " bisik hati ustazahlina.


Maka timbullah idea untuk menghasilkan bahan multimedia seperti di bawah


Slide 1 =  Persoalan :-  Apakah yang akan berlaku kepada manusia yang telah mati?

Bayangkan jika arnab itu ialah manusia.... yang akhirnya hanya tinggal tulang belulang

Slide 2 :  Persoalan :-  Adakah mereka boleh dihidupkan semula?

Slide 3 :  Pernyataan :  Manusia yang tidak beriman meragui kekuasaan Allah  menghidupkan semula manusia



Slide 4 :  maksud ayat :  "lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)"


Slide 5  :  Paparan bumi yang kering kontang, tumbuhan dan hidupan mati  (umpama manusia yang mati)






















Slide 6 :  Hujan turun membasahi bumi ... bermula dengan angin yang membawa berita gembira


Slide 7 :  Bumi menjadi basah .... lalu tumbuhan pun hidup




Slide 8 : Video menunjukkan biji benih yang  hidup tumbuh menjadi pokok.






Slide 9 :  Kesimpulannya :  Allah Maha berkuasa menghidupkan semula orang yang telah mati  ( dengan mudah ) sama seperti mudahnya Allah menghidupkan tumbuhan di bumi yang tandus.






Hari kebangkitan semula ..... Mudah sahaja bagi Allah


Slide Bahan Bantu Belajar







Moga ada kebaikannya

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers