Thursday, December 11, 2014

Stop and Think...?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Dalam  keterujaan para guru dan murid  berkenalan dengan  peta-peta  i-Think  .... ustazahlina come across dengan istilah di bawah yang merupakan satu program membina sahsiah diri murid-murid di negara Barat ... menarik program ni

 stop and Think


Dalam program ini murid dilatih dengan modul-modul khas supaya bertindak secara rasional , berfikir dahulu sebelum bertindak dan sentiasa positif.  Baguskan? Inilah nilai sebenar manusia... apabila mereka dapat menggunakan akal dengan bijak... bukan setakat pandai ... tetapi bijak..

Ustazahlina mula terfikir..... Islam dah ajar semua ni .... tapi kita tidak  mengajar anak-anak kita secara bersturktur ... siap dengan modul.... 


Cuba perhatikan rESpON DAN rEAkSI  KITA .... anda yang mana satu ?

Bila orang kutuk : .... kutuk balik atau diam ..senyum?
Bila  berjaya : ... yey!!! menjerit2 gembira ... atau bersyukur?
Bila terjatuh sebab terlanggar batu  : menyumpah batu tu ... atau ucap astaghfirullah?

Jika kita kita menggunakan  TEKNIK ... StoP and Think .... kita akan sempat menentukan rESpON DAN rEAkSI   ... tidak lah ImPulSivE ...

Jadi ... apa yang ISLAM AjaR ? 

1 ) Ingatlah Allah



2) Berzikirlah 



Indahnya Islam ... dalam setiap yang berlaku pada insan pasti ada doa-doa yang mengiringi ...

Rasulullah SAW telah mengajar kita doa yang patut diucapkan apabila mendapat sesuatu yang kita SUKA dan juga yang kita TIDAK SUKA


" MasyaAllah... Islam dah ajar yang terbaik untuk kita rupanya .." itulah yang terlintas di hati ustazahlina sewaktu sesi perbincangan  dengan murid-murid 5BR ... cara-cara mendapat hidayah Allah... 

Dalam sesi brainstorming murid-murid memberi jawapan dalam bentuk peta i-Think  seperti dalam gambar di bawah
 Ayat Kefahaman Tingkatan 5 ..Hidayah Allah ... surah An-Nur : 53

Maksudnya .... jika kita  Berzikir ... kita akan ingat Allah ... kita akan bertenang ... dan kita mampu berfikir ... maka kita akan bertindak dengan betul ... sama natijahnya dengan program Stop and Think .

Moga ada kebaikannya

1 comment:

  1. Semoga bermanfaat buat pelajar2 di luar negara. Saya mempunyai anak yg belajar di negara Barat. Saya kira saya telah memberikan pendidikan agama yg cukup buat dirinya, malangnya saya gagal mendidik. Anak yang selama ini taat pd ibubapa, solat tidak pernah tinggal, sentiasa cemerlang dlm pelajaran, menghafal dan membaca al-quran.. Rupa-rupanya lalai dan berubah tatkala tinggal di negara Barat. Hancur luluh apabila mendapat tahu dia meneguk arak, berzina dan mengunjungi kelab malam. Bila dimarahi, dia melawan malah mengugut utk tidak pulang ke Malaysia. Sy serahkan semua kpd Allah kerana sy percaya masih ada iman di dalam hatinya dan suatu hari nnti pasti dia akan sedar akan kesilapannya. Nasihat sy, awasi anak-anak anda. Siasat facebook, twitter, instagram dan sbg. Siasat dia buat apa, pakai apa, pergi mana. Bukan semua orang kuat utk menghadapi cabaran di negara barat. Tiada azan, arak merata-rata dan perempuan di mana2.. Itulah budaya Barat. Semoga masih belum terlambat untuk menegur dan membimbing mereka ke arah kebaikan.

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers