Idea Untuk Set Induksi ...
Kenapa set induksi ye .. penting sangat ke set induksi ni...
Jika guru dapat menarik perhatian murid pada awal2 pembelajaran .. dapat menarik fokus murid kepada apa yang ingin dipelajari ... itu akan memudahkan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya...
Set Induksi sepatutnya membentuk rasa ingin tahu dalam diri murid .. kerana .. rasa ingin tahu inilah nnti akan menjadi momentum untuk murid terus kekal dalam pembelajaran.
Pada hemat ustazahlina .. set induksi ini adalah merupakan satu usaha utk menggembling kuasa , mengadun rasa ... menggabung nilai .... yg ada pada OTAK dan HATI ... that is why ..dia sangat penting 💗😁
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
No comments:
Post a Comment