A very good effort for our kids. Congratulation to http://www.irsyad.sg/
Showing posts with label Untaian Hari. Show all posts
Showing posts with label Untaian Hari. Show all posts
Sunday, April 15, 2012
Tuesday, August 23, 2011
Majlis Tadarus Perdana , Khatam al-Quran dan Bubur Lambuk SMKTDH
Alhamdulillah syukur ya Allah... kerana mempermudahkan segala urusan sehingga majlis berjalan dengan jayanya... meriah pulak tu kan...
Terimakasih kepada semua peserta tadarus .... 1AN 2AN 4AN 4BR 4KE 5AN 5BA 5BR 5CP 5DH 5KG dan yang lain-lain
Terima kasih kepada semua peserta khatam al-Quran... pasti ia menjadi kenangan yang manis buat kalian...
Terima kasih ustaz ustazah dan cikgu-cikgu yang membantu menyediakan segala keperluan
Terima kasih kepada group memasak bubur lambuk...cikgu Syukur..ustaz Khalid ... Encik Ali dan yang lain-lain
Terima kasih kepada pengetua Tn Haji Ghumiat Kamdi dan barisan pentadbir... Pn Saidatul... Pn Hanifah ... Cik Hjh Norsinta...
Terima kasih kepada pengacara majlis.. saudara ikmal... dan pembaca doa ...saudara Fitri...
"Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam syurga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dalm kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dalam mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlak dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy"
Labels:
Pendidikan Islam,
Untaian Hari
Sunday, January 23, 2011
Kursus Pengurusan Unit Kokurikulum SMKTDH...
Alhamdulillah... dalam kesibukan tugas dan kerja, ustazahlina dapat menunaikan amanah menyampaikan ceramah motivasi untuk para pelajar pemimpin Unit Kokurikulum SMK Taman Dato' Harun ... mereka merupakan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari untuk setiap unit Kokurikulum sekolah. Kursus ini bertujuan untuk menyuntik semangat mereka sebagai pemimpin yang terpilih untuk bertugas dengan baik disamping memahami aspek-aspek lain seperti pengurusan persatuan, mesyuarat, sistem fail dan banyak lagi... yang penting mereka nampaknya ceria dan gembira sepanjang kursus satu hari itu... Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat !..
YouTube di bawah ni merupakan My First Project menggunakan iMovie ... Alhmdllh... menjadi juga akhirnya..... banyak lagi yang nak kena belajar ni...
Labels:
Untaian Hari
Sunday, January 16, 2011
Mudahnya Di TIPU.... dan MENIPU

(Gambar hiasa sahaja tiada kena mengena dengan cerita ini)
Assalamualaikum semua... ustazahlina baru pulang dari pasar pagi Taman Medan hari ini... sedih..hairan..geram nak tergelak pun ada.... betapa mudahnya kita ditipu dan betapa zalimnya orang yang menipu..
" jangan takut dengan ular kerana ular mengganggu kita hanya apabila kita panik... cuba lihat kalau ada ular di sini..."
Eh! apa tu? Macam best je... bisik hati ustzahlina... apabila terdengar suara salah seorang penjaja .....teruja ingin mengetahui apa yang berlaku... ustazahlina menuju ke tempat yang telah dikerumi oleh ramai orang...
" adik baju merah mari sini...tolong buka kain tutup ini... ada ular tak di dalamnya"
penjaja tersebut meminta serang budak lelaki yang ada di situ untuk membantunya...
Ha!! kebetulan budak lelaki itu anak murid ustazahlina!... so ... lagi la ustazahlina tidak berganjak dan ingin tahu kesudahan cerita penjaja ni ... macamana nak cerita ye supaya senang difahami apa yang berlaku... Oh! kena ada ilustrasi.... dan tulis guna point ... :)

1. penjaja menunjukkan baldi kecil yang ditutup dengan kain... di buka dengan cara yang begitu menguja dan penuh unsur suspen... kalau-kalau ada ular di dalamnya... memang tiada ular.
2. Satu baldi yang agak besar dari baldi pertama tadi, dalam keadaan terlangkup dipusing-pusingkan di atas baldi pertama dan diletakkan menutup baldi kecil yang pertama.... gimmik dia ... cerita dia... memang betul-betul suspen...
3. baldi tadi ditutup dengan kain... dan penjaja meminta pelajar lelaki tadi mengetuk belakang baldi dengan beg kecil yang berisi cincin sebanyak tiga kali... penjaja tadi masih dengan cerita-cerita yang memukau.... dan menteranya... antara yang ustazahlina ingat... wahai ghaib... minta merah datang merah... merah putih datang putih... dan bunyi... SsssssSSssssSSSssss ... seperti suara ular...
4. penjaja memberi sebentuk cincin dari beg tersebut kepada pelajar lelaki sebagai pendinding.....apabila di buka kain penutup dan baldi yang besar.. maka terdapat seekor ular kecil bewarna kuning di dalam baldi kecil tu!... masa ini ustazahlina hanya dengar orang bercakap sahaja .. tak dapat tengok sebab ramai sangat yang kerumun baldi tu... he3
Part yang paling best ... "mari-mari abang kakak... saya bagi cincin ini seorang satu..siapa cepat dia dapat... kalau masuk hutan... ular jadi takut... boleh hilangkan bisa-bisa penyakit.. kalau anak demam.... boleh rendamkan dalam air... minum airnya ..... bagi saya RM1.00....
Fuh!... ramai nya yang ambil cincin tu... dan bayar RM1.oo... hanya kerana percaya cincin itu dapat menyembuh dan menyelamatkan?!??!!
La... dia nak jual cincin rupannya!... bisik hati kecil ustazahlina..... TETAPI ... malang dan RUGI sungguh mereka yang membeli cincin itu..... KERANA ...
Unsur penipuan yang dapat dikenalpasti
1. Baldi kedua di pegang secara terlangkup dan tidak ditunjukkan kepada orang ramai isinya terlebih dahulu.
2. Belakang baldi yang besar itu diketuk supaya apa yang terlekat di dalamnya akan jatuh ke dalam baldi kecil.
3. Objek yang dikatakan ular itu tidak bergerak-gerak seperti ular yang sepatutnya... macam ular plastik je..
4. Baldi yang besar hanya dibuka cepat dan sekejap macam memang tak nak bagi tengok ular tu betul2.. sepatutnya masa tu lah dia boleh tunjuk kehebatan cincin dia tu kan? ish3...
Dan yang PALING SEDIH nya... bukan kerugian kerana tergadai RM1.00 tapi keRUGIan kerana mengGADAI AKIDAH dengan nilai RM1.00 ....
Ya Allah lindungi kami dari segala bentuk kejahilan.....
Labels:
Untaian Hari
Monday, August 9, 2010
Terima kasih kepada semua .....

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke blog ini..... lama ustazahlina tidak "mengupdate" blog yang semakin usang ini.... InsyaAllah... doakan moga selepas ini ustazahlina akan menulis kembali....
Labels:
Untaian Hari
Friday, May 14, 2010
Terima Kasih kerana Tidak merempit...
Malam itu ustazahlina bersama suami menaiki kereta menuju ke PJS One yang terkenal sebagai tempat yang sesuai untuk merempit kerana jalannya yang lurus.... kalau ade yang mati... inilah yang dikatakan mati di jalan yang lurus.... he3
Alkisahnya... ketika suami sedang memandu , sekonyong-konyong 5 buah motosikal dipandu dengan laju meluru dari arah belakang kami.... terperanjat dibuatnya kerana mamat moto ni tiba-tiba sahaja berada betul-betul di hadapan kereta kami... terpaksalah suami menekan break secara mengejut... dari 5 buah motorsikal yang ditunggang itu... dua darinya memperlahankan motor mereka dan tidak memintas kereta kami.... bila ustazahlina amati rupa-rupanya wajah yang ustazahlina kenal dan cam... " seperti wajah anak murid ku "... bisik hati ustazahlina.. macam kenal je... cuma ustzahlina tidak mengajar mereka...
3 lagi penunggang motor semakin menunjukkkan kehebatan mereka dan membuat aksi yang membahayakan diri sambail melambai-lambai seolah-olah mempermainkan kami.... sabar je la ... bisik hati ku lagi...
Ustazahlina terfikir-fikir.... bagaimana nak bertemu dengan anak-anak yang terlibat ini... nak cakap apa.... nak nasihat macamana....
Keesokan harinya, di sekolah.... di pendekkan cerita... seorang pelajar lelaki sedang dimarahi oleh guru disiplin kerana ponteng kelas... Eh... ini lah budak yang naik motorsikal malam tadi ... bisik hati ustazahlina.... "Erm... nanti selepas ni ustazah nak jumpa kamu ye..." aju ustazahlina kepada pelajar tadi.
Mengapa ?.... kata pelajar tersebut sambil berwajah masam kerana baru selepas berjumpa guru disiplin.... " Jemput la duduk"... kata ustzahlina apabila melihat pelajar tersebut seperti sedang dalam kemarahan.... "bagi dia duduk relaks dulu bagi dia cool dulu".... bisik hati ustazahlina...
"Sebenarnya ustzah nak ucap terima kasih kepada kamu"... ustzahlina mula membuka bicara.. Nape lak?... jawab pelajar tadi dengan nada dan wajah keliru... " Malam tadi, kan kamu bawa moto laju... tapi bila kamu nampak kereta ustazah kamu pun perlahankan moto kamu dan tidak memintas kereta ustazah"... wajah yang tadi agak keras bertukar lembut.... "Owh ustazah... yang lain tu bukan pelajar sekolah kita, itu budak luar..". pelajar tersebut memberikan penjelasan
Oooo... itu la sebabnye ustazah nak ucap terima kasih kepada kamu, sebab kamu hormat ustazah walaupun berada diluar sekolah.... ustazah yakin pelajar-pelajar sekolah kita memang menghormati guru-guru"... Ini lah perkara yang ingin ustazahlina sampaikan kepada pelajar ini supaya dia dapat merasakan bahawa nilai baik yang ada dalam dirinya itu dihargai dan perlu dikembangkan lagi... "Bukan apa.... tindakan kamu dan kawan-kawan kamu membahaya diri kamu sendiri... tak apa lah... taolong sampaikan salam ustzah kepada kawan kamu itu ye"... ustazahlina menutup bicara yang penuh dengan harap semoga ada kebaikannya untuk pelajar ini nanti...

Wednesday, February 3, 2010
Dimensi Berbeza.....

Kehidupan manusia penuh rencam..... mistik.... rahsia... ghaib... dendam... pasrah... tawakkal...yakin... itulah yang terdetik dalam hati ustazahlina apabila membaca blog yang memiliki keunikannya sendiri .... cerita-cerita ibrah kehidupan manusia yang dikongsikan dari pengalaman sebenar perawat perubatan alternatif.... tahniah kepada penulis blog... Tinta Aura... yang penting kita sebagai hamba tidak akan putus asa dari rahmat NYA...
Labels:
Untaian Hari
Tuesday, January 26, 2010
Saya lapar cikgu...
Murid 1 : Cikgu ada budak "pau" saya.... (sambil mengesat air mata)

Guru Bertugas : mana budak tu?... panggil dia...

Guru Bertugas : Awak "pau" duit dia ye? Berapa yang awak minta? Kecik-kecik dah nak jadi samseng ye?
Murid 2 : saya minta dia 20 sen cikgu... (sambil tunduk...sedih ... atau takut.... mungkin la).. saya nak beli air....
Guru Bertugas : Ish kamu ni!! ... nak beli makanan pun nak "pau"... nanti makanan tu jadi darah daging kamu?... tu yang susah nak belajar... hati dah jadi gelap... dah!.. lain kali jangan buat lagi.... salam dengan kawan dan minta maaf...
Ya Allah... "pau" kawan 20 sen je?... he3 kenapa tak "pau" banyak-banyak baru la berbaloi kena marah.... terlintas fikiran tak baik dalam hati ni... Astagfirullahal a'zim.....
Kebetulan..... murid 2 tadi lalu di hadapanku sewaktu keluar dari bilik guru....
" Adik.. mari sini sekejap.... adik dah makan?... adik tak ada duit ke nak beli makanan? (kerenung wajah kecil itu..... kulihat ... matanya berkaca-kaca... air mata hampir mengalir....) adik... lain kali kalau adik lapar ... tak ada duit... jangan "pau" kawan ye... datang jumpa cikgu-cikgu...mesti ada yang nak tolong adik... "pau" ni sama dengan mencuri... makanan yang kita beli jadi haram ... tak elok kita makan... nah ! ambil ni buat belanja ye..."
Murid 2 : Terima kasih cikgu.....

Ya Allah kurniakan hikmah dan bijak sana kepada kami dan anak-anak ini supaya kami dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh kasih sayang.......
Labels:
Untaian Hari
Tuesday, January 19, 2010
Jangan la skema sangat cikgu....
"Apakah hikmah beribadat kepada Allah?"...
pertanyaan guru ini menarik hati ustazahlina untuk curi-curi dengar sesi pengajarannya (tak berdosakan?..he3) ... owh murid tingkatan satu rupanya... berulang-ulang kali guru menanyakan soalan yang sama dengan stuktur ayat yang sama.. tetapi pelajar nampaknya diam sahaja... akhirnya guru pun memberi jawapan kepada pelajar.......
Terdetik dalan hati ustazahlina... mengapa skema sangat cikgu ni?... macam ayat syarahan je bunyi nya!!... cuba lah buat ayat yang lain... atau tanya la dalam gaya bahasa murid...lebih-lebih lagi murid-murid tingkatan satu...susah juga mereka nak fahamkan ayat tu...

Sebagai contoh... mungkin guru boleh bertanya
" siapa yang solat subuh pagi tadi?"...
murid yang solat tu mesti tak sabar-sabar nak angkat tangan dengan bangganya.... biasa la kan..
" Ha..bagus Amin, kamu solat subuh ye ? Alhamdulillah..."... Nanti mesti Allah sayang kamu kan?
dan seterusnya pertanyaan yang akhir...
"Amin, kamu rasa apa kebaikan yang kamu dapat bila kamu solat ye?...
inilah jawapan yang kita tunggu...mungkin Amin akan jawab..
" Nanti Allah sayang cikgu"...
ok la tu. betul jawapannya... Antara hikmah beribadat ialah mendapat kasih sayang Allah....

Semoga semua cikgu dipermudahkan segala urusan....
Labels:
Untaian Hari
Friday, December 18, 2009
Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam.... Tahun ini lebih baik dari ...
" Ah.. setahun dah berlalu..." detik hati ustazahlina ... bila menerima sms dari rakan2 yang mengucap Salam Maal Hijrah... " Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya" detik hati ini lagi.. memang itu yang kita harapkan .... sentiasa mencari yang baik dan terbaik... sesuai dengan pesanan Junjungan kita yang bermaksud ...
Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Namun untuk berubah ke arah yang lebih baik dan terbaik bukan hanya diangan-angankan tanpa disusuli dengan usaha dan semangat...
Bersyukur sangat-sangat apabila suami membeli secara online E-book menghafaz mengikut Kaedah Jibril oleh ustaz Asraff al-hafiz... kupasan yang santai tetapi sangat berkesan memujuk hati , menyuntik semangat dan menangani seribu macam alasan ... dalam menghafaz.... bagi diri ini pula... terasa satu suntikan semangat untuk menghafaz semula ayat-ayat al-Quran sehingga tamat... Tambahan pula buku kaedah Huffaz oleh dr Jh Mohd Shafie al-Muqri' telah pun di beli.....
" Puan, sekiranya puan menghafaz satu hari satu ayat, kesemuanya ada 6236 ayat, puan akan bergelar hafizah 18 tahun dari sekarang iaitu dalam usia 59 tahun...ok tak? "... ucap ustaz Wan Zikri bekas CEO sekolah Imtiaz Terengganu, sewaktu ustazahlina menghadiri workshop Hafaz Is Easy di My Coaching Zone di Seri Kembangan.
" MasyaAllah..." itu sahaja yang terkeluar dari mulut ustazahlina.... jauh di sudut hati... timbul perasaan gembira bukan kerana gelaran itu tapi terasa hidup ini pasti akan lebih bermakna....
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
surah al-ankabut :69
Ya Allah moga usaha ini menjadi pembuka kepada kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada tahun ini...
Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Namun untuk berubah ke arah yang lebih baik dan terbaik bukan hanya diangan-angankan tanpa disusuli dengan usaha dan semangat...
Bersyukur sangat-sangat apabila suami membeli secara online E-book menghafaz mengikut Kaedah Jibril oleh ustaz Asraff al-hafiz... kupasan yang santai tetapi sangat berkesan memujuk hati , menyuntik semangat dan menangani seribu macam alasan ... dalam menghafaz.... bagi diri ini pula... terasa satu suntikan semangat untuk menghafaz semula ayat-ayat al-Quran sehingga tamat... Tambahan pula buku kaedah Huffaz oleh dr Jh Mohd Shafie al-Muqri' telah pun di beli.....
" Puan, sekiranya puan menghafaz satu hari satu ayat, kesemuanya ada 6236 ayat, puan akan bergelar hafizah 18 tahun dari sekarang iaitu dalam usia 59 tahun...ok tak? "... ucap ustaz Wan Zikri bekas CEO sekolah Imtiaz Terengganu, sewaktu ustazahlina menghadiri workshop Hafaz Is Easy di My Coaching Zone di Seri Kembangan.
" MasyaAllah..." itu sahaja yang terkeluar dari mulut ustazahlina.... jauh di sudut hati... timbul perasaan gembira bukan kerana gelaran itu tapi terasa hidup ini pasti akan lebih bermakna....
surah al-ankabut :69

Labels:
Untaian Hari
Sunday, July 19, 2009
Ikatan hati di masjid As Salam...
Apa agaknya yang guru-guru selalu lakukan pada hari pertama persekolah apabila berjumpa dengan pelajar2 baru? Bertaaruf la kan? tanya nama..tinggal di mana.... Tapi tahun ni ustazahlina tambah satu lagi..apa masjid atau surau yang berhampiran dengan kawasan rumah mereka...mencabar juga rupanya soalan tu!....
Bukan tentang taaruf itu yang ustazahlina ingin kongsikan di sini..tetapi, hajat dan harapan ingin melihat agar ramai anak-anak muda (termasukla yang tua) suka dan sedar untuk ke masjid.
Alhamdulillah pada hari ini 18 Julai 2009 , kami (pelajar2 ting 2AN & ustazahlina selaku guru tingkatan) dapat bersama bermalam di masjid As-Salam Taman Sri Manja. Walaupun program ini adalah program tak formal kelas, kami amat terharu kerana sambutan dan layanan pihak masjid yang aaammmmat baik sekali...lebih-lebih lagi menurut pihak masjid ini adalah kunjungan pertama kali kumpulan pelajar hadir memakmurkan dan berqiamullail di masjid.(masjid baru digunakan dalam 2 tahun)
Pada hemat ustazahlina, pendidikan itu bukan sahaja terbatas dalam ruang lingkup kelas. Kita akan benar-benar dapat melihat gelagat dan telatah anak didik kita apabila kita bersama mereka di luar kelas. Kalau di dalam kelas mereka semua berpakai uniform tapi di luar kelas kita tahu apa jenis pakaian yang mereka pilih...kalau di dalam kelas mereka diam dan mengawal bicara..tetapi di luar kita tahu apa bahasa yang sering digunakan sesama rakan...kita kenal mereka semasa makan..kita kenal mereka semasa mengambil wudhuk...kita kenal mereka semasa hendak tidur (semasa tidur pun ! camna tu ye?) ..dan kita kenal mereka semasa dikejutkan dari tidur...teguran dan bimbingan yang diberikan "there and then" (harap betul istilah ni ) pasti lebih efektif dari bebelan yang pelajar tidak nampak perkaitannya dalam kehidupan mereka.
Tujuan entry kali ini untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar2 2AN untuk istiqomah dalam kebaikan....mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK Masjid As Salam..Tuan Nazir Haji Sahak...Imam Umar..Tuan Hassan Lujnah dakwah dan tarbiah..Bilai 1..adik-adik kumpulan remaja masjid...ibu bapa yang memberikan sokongan... dan semua yang terlibat...serta bertujuan berkongsi pengalaman bersama pendidik-pendidik lain di luar sana.
Tarbiyah adalah proses yang berterusan....Ustazahlina berharap pogram ini akan diteruskan sebagai program dwi mingguan kelas...minggu hadapan mungkin kita akan mengadakan program Khidmat Dhuha di masjid ini...
Ya Latif..ya Latif...ya Latif...ya Latif..Ya Allah lembutkan jiwa-jiwa kami untuk beribadat kepada Mu Ya Allah..bersihkan hati kami dari riak, buruk sangka dan segala penyakit hati Ya Allah..Amin Ya rabbal A'lamin

Wednesday, June 24, 2009
Perkongsian Ilmu
Hari ini semua guru SMKTDH didedahkan dengan WEB2.0 ... termasuklah penggunakan dan manfaat blog...semoga ilmu ini dapat meningkatkan profesionalisme guru-guru..Tahniah kepada semua.

Pengetua (bertudung pink) dan rakan guru SMKTDH mendengar penuh minat
Ustazahlina rasa gembira kerana dijemput untuk kongsi pengalaman bersama guru-guru. Sebenarnya blog ustazahlina ni usianya tak sampai setahun jagung (bersamaan berapa hari tu ye he3), namun kelebihan dan manfaatnya dapat ustazahlina rasakan. Kemudahan IT yang patut kita syukuri dengan cara mengambil peluang "memiliki" dan "menggunakannya"
Melalui penggunan blog ini ustazahlina mendapat banyak maklumat yan g berguna dari rakan-rakan blogger yang lain dan secara tidak lansung mendapat ramai kenalan. Ustazahlina kongsikan juga kepada mereka blog2 yang sangat ustazahlina suka layari kerana bahan dan gaya penulisannnya seperti Farid Rashid di Mesir, Y4kuz4 di Jepun, Barukisu di Ukrane , Dr Ummi dan Saifulislam di Malaysia. Begitu juga blog khusus tentang mata pelajaran Bahasa Arab yang amat membantu. Ustazahlina berdoa semoga ramai lagi penulis2 blog tampil membawa mesej yang baik untuk kebaikan semua.
Labels:
Untaian Hari
Saturday, June 13, 2009
Manfaatkan Diri mu ...
Ustazahlina rasa sangat gembira dan rasa sangat bermanfaat apabila resepi apam dari "dapur Ustazahlina" telah dicuba dengan jayanya oleh Dr Ummi sewaktu beliau berkelah bersama keluarga tercinta...Alhamdulillah. Perkara kecil yang memberi kesan yang besar harapnya!
Gambar hidangan Perkelahan Dr Ummi dan keluarga
(yg hijau tu kuih apam nasi ) ...hmmm best nye! seronok anak2
Terus terlintas di benak fikiran Ustazahlina ....... bahawa ....
Tiada contoh teladan yang terbaik yang dapat kita contohi melainkan dari kekasih Allah, junjungan yang mulia nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.... baginda mengajar kita akidah yang sejahtera , ibadat yang sempurna dan akhlak yang mulia...
Teringat kata-kata Rasulullah yang bermaksud ..."sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain..." ... lalu hati pun berdetik adakah aku memberi manfaat kepada orang lain?
Kalau aku di rumah adakah aku memberi manfaat kepada ibu, ayah dan ahli keluarga ku......?
kalau aku di sekolah adakah aku memberi manfaat kepada rakan2 sekelas / sepejabat atau guru2 ku ...?
kalau aku di laman blog adakah aku memberi manfaat kepada pengunjung blog yang lain...?

Semoga kita semua memberi manfaat kepada alam ini ...
Labels:
Untaian Hari
Wednesday, June 10, 2009
Penghargaan..Nikmat atau Ujian?...
Bismillahirrahmanirrahim
Ustazahlina igin mengucapkan ribuan terima kasih kepada NUR , Barukisu dan Pelajar-pelajar SMKTDH atas ingatan dan penghargaan yang diberikan. ustazahlina telah menerima beberapa AWARDs dari mereka semua ni... Jazakumullah khairal jaza...
1. Award dari NUR
Semoga kebahagian dan ketenangan sentiasa bersama kita...tq sis...
2. Award dari Barukisu

Tuah yang membawa hidayah untuk hidup yang lebih bermakna...terima kasih dik...moga tuah sentiasa bersama kita...
3. Penghargaan dari Warga Pelajar SMK Taman Dato' Harun 2009
ingat pesanan rasul kepada kita semua...sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain...

Ya Allah aku bersyukur atas segala nikmat yang engkau berikan...aku berlindung agar nikmat ini tidak melalaikan aku dari mengingatiMu...ampuni dosaku dan terimalah aku sebagai hambaMu...
Ustazahlina igin mengucapkan ribuan terima kasih kepada NUR , Barukisu dan Pelajar-pelajar SMKTDH atas ingatan dan penghargaan yang diberikan. ustazahlina telah menerima beberapa AWARDs dari mereka semua ni... Jazakumullah khairal jaza...
1. Award dari NUR

2. Award dari Barukisu

Tuah yang membawa hidayah untuk hidup yang lebih bermakna...terima kasih dik...moga tuah sentiasa bersama kita...
3. Penghargaan dari Warga Pelajar SMK Taman Dato' Harun 2009

..."Hormat pada yang tua sayang pada yang muda"...
4. Ingatan dan Penghargaan dari anak-anak didik

Segala puji hanya untuk Allah...Hanya Dia yang berhak menerima segala pujian
Semoga penghargaan dan pujian tidak menjadikan kita Alpa dan Bangga yang akan mengundang BALA... sebaliknya...menjadi suntikan semangat untuk Ikhlas dan Takwa demi mendapat REDHA
Labels:
Untaian Hari
Wednesday, May 13, 2009
Usaha murni guru...
Malam Khamis lepas ustazahlina bersama cik syazwani "menemani" pelajar-pelajar perempuan T3 dan T5 SMK Taman Dato' Harun SMKTDH untuk kelas ulangkaji malam atau prep...
teringat masa di Maahad Hamidiah Kajang dan juga di KIK...rutin prep yang menjadi satu kewajipan bagi sekolah berasrama...
tetapi UNIKnya SMKTDH ini bukan sekolah berasrama!....Usaha murni dan mantap dari pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan juga PIBG mewujudkan kelas malam khas untuk pelajar-pelajar patut disokong dan dipuji...
Apa kata Penolong Kanan 1 Puan Zarina Awang.. " Kita sediakan tempat supaya pelajar dapat berkumpul untuk belajar...kalau tidak pun mereka ni tetap berkumpul (lepak) di kedai-kedai la ...tepi-tepi jalan la..."
Hmm..kemudahan yang patut dihargai oleh pelajar...moga usaha murni sekolah ini dihargai oleh semua pelajar demi untuk kebaikan mereka...
Ambil peluang.......Kelas bimbingan Cikgu Khairul
Perbincangan berkumpulan....
Minuman panas dan biskut juga disediakan....
Rakan yang bekebolehan membimbing rakan lain...
Labels:
Untaian Hari
Friday, May 8, 2009
Semoga berjaya...
Kepada semua anak-anak dan anak didik...yang akan menduduki peperiksaan ..juga yang sedang menjalani latihan perguruan...Di doakan semoga berjaya... Amin
Tiada kejayaan tanpa USAHA dan PENGORBANAN
Labels:
Bicara Minda,
Untaian Hari
Saturday, April 25, 2009
Barakallahu Fi kum...
Dimana ada usaha di situ ada kejayaan...Tahniah kepada semua pelajar SMK Seksyen 18 Shah Alam yang telah menerima Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 2008... juga tahniah kepada Ahmad Nabil Fikri dan Adib A'fifi ...walaupun mereka tidak dapat bersama dalam majlis ini...
Kawan-kawan yang sekarang di KISAS ..sekolah umi dan ayah dulu...
.. yg tengah tu Afif..pernah datang rumah kita kan?
Suasana dalam dewan
hadiah untuk nabil dan Adib... dari sekolah..
Maaf..video nasyid sons of adam ni pendek-pendek je
Johan pertandingan nasyid MTQ daerah Petaling Perdana 2009
Labels:
Untaian Hari
Thursday, April 23, 2009
Misi ke CC (Cyber Cafe)...

"siapa tahu kenapa Aman tidak datang sekolah?" tanya ustazahlina kepada pelajar2...bila merasakan muridnya Aman sudah lama tidak ke sekolah...
"Ala ustazah.. dia ada je kat rumah...selalu lepak kat cc" jawab seorang pelajar yang juga jiran kepada Aman.
"Siapa boleh tolong ustazah berjumpa dengan Aman?"...ustazahlina berhasrat ingin berjumpa sendiri dengan Aman...
Petang tadi dalam jam 5.30 pm...ustazahlina ke rumah Haziq...pelajar yang ingin membantu ustazahlina untuk berjumpa Aman di Cyber Cafe...rasa cuak pun ada juga dalam hati ini...ustazahlina tidak pernah masuk ke mana-mana pusat internet dan game...mcm2 gambaran yang ustazahlina gambarkan...penuh dengan budak lelaki?...sesak dengan asap rokok?...tempat gangster?...ish..ish...apalah ustazahlina ni!...
Inilah kali pertama ustazahlina masuk ke cc...Uuuu... mcm2 game ada...patutlah budak-budak ni suka habiskan masa di sini! Jerit hati ustazahlina bila melihat deretan komputer yang terpasang dengan pelbagai aksi game...
"Assalamualaikum Aman" sapa ustazahlina, Aman nampak terkejut...mungkin tak sangka berjumpa ustazahlina di cc... Ustazahlina mengajak Haziq dan Aman ke kedai makan yang berdekatan...
"Dah lama Aman tidak ke sekolah..Aman sihat?" ustazahlina memulakan bicara. Aman menganggukkan kepala...senyum...
Dari sesi perbualan ustazahlina dan Aman..bertemankan Haziq... dan air soya untuk membasahkan tekak... Aman merasakan sekolah tempat yang membosankan!...banyak perkara yang hendak ditulis...cikgu selalu perli dan marah-marah...
Ustazahlina mula terfikir-fikir...GuruKahAku jika kata-kataku hanya menyakitkan...GuruKahAku jika tindakan ku hanya menyeksakan...GuruKahAku jika ajaranku hanya membosnkan...
Walaubagaimanapun...anak ini perlu dibimbing...perlu dibetulkan mindanya..bahawa..ILMU dapat mengubah HIDUP nya...
"InsyaAllah saya datang sekolah hari Isnin ni ustazah.." janji Aman yang cukup menggembirakan ustazahina...
( teringatkan anakanda Ahmad Nabil Fikri yang berada jauh diperantauan...semoga tiada jemu yang bertandang...tiada bosan yang menjengah...tiada lelah yang menyapa...kerana mujahadah mu mendapat restu umi dan ayah ...dan Mardhatillah...)
Ya Allah lembutkan hatinya...bersihkan jiwanya...
bimbinglah dia semoga sentiasa di jalan yang benar...Amin...
Labels:
Bicara Minda,
Untaian Hari
Subscribe to:
Posts (Atom)