Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
"ala PdPR lagi .. tak best la .. susah la ... pishang la .."
Pelbagai komen yang kita akan dengar baik daripada pihak murid, ibu bapa mahupun guru apabila diumumkan sesi persekolahan 2022 dimulakan secara PdPR.
Secara peribadi ustazahlina melihat PdPR mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan dengan betul dan berkesan.
1. Penggunaan masa PdP yang optimum.
Di sekolah kan cikgu perlu ambil masa berjalan dari blok ke blok dan tingkat ke tingkat๐๐๐
2. Bekonsepkan one to one teaching.
Murid hanya nampak guru dan bahan sahaja , ini dapat mengelak dan mengurangkang gangguan rakan sekelas sebenarnya๐
3. Tiada alasan nak direkacipta.๐
Tiada isu tertinggal buku teks, tak bawa nota dan lain-lain sebab semuanya ada di rumah. So boleh la buat latihan dan tugasan yang cikgu berikan dengan cepat.
Kita boleh senaraikan banyak lagi sudut positif PdPR ni .. namun pokok pangkalnya ..guru , murid, serta ibu bapa perlu bekerjasama untuk memastikan anak-anak murid dapat belajar dengan berkesan.
#hendakSeribuDaya
#FikirBaikBertindakBaikDapatBaik
No comments:
Post a Comment