Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
السلام عليكم ...
" ustazahlina , tahun hadapan tolong ajar kelas 4K ye, saya dah tak sanggup dah, saya dah buat macam-macam tapi budak tu tetap tidak berubah...."
Begitulah keluhan seorang rakan guru ustazahlina apabila berhadapan dengan seorang murid yang dikatakan sangat "taiko" di dalam kelas. Hampir kesemua guru yang mengajar di dalam kelas itu merungut dan tidak tahan dengan sikap pelajar tersebut.
" Apa yang dia buat?" tanya ustazahlina ingin mengenali murid tersebut
... dia kan keluar masuk kelas sesuka hati, tidak pernah memberi perhatian dalam kelas malah mengajak kawan-kawan berbual / bising / keluar dari kelas.... apabila ditegur dia kan membalas semula dengan kata-kata yang sangat kesat bercampur sinis ... pendek kata murid ini sangat biadab dengan guru...
" murid ini sudah membesar lama dengan sikapnya.... ibu bapanya telah membentuk sikap murid ini sejak dari kecil.... kita baru berjumpa dia sewaktu dia berusia 16 tahun....sukar untuk kita mengubahnya dalam masa yang singkat... Justeru kita perlu sabar dan teruskan berdoa.... bukannya hanya mengharapkan keajaiban berlaku dalam keselip mata " pujuk ustazahlina kepada diri dan juga rakan-rakan guru yang terlibat....
Namun jauh di sudut hati ustzahlina berbicara .... Ya Allah ... bantulah aku ... apa yang perlu aku lakukan untuk murid ini pada tahun hadapan jika aku menjadi gurunya ... kelas 5K ... aku mohon ya Allah... apa jua tindakan, kata-kata dan sikap aku terhadap murid tersebut adalah dalam bimbingan dan redhaMu ya Allah... kerana yang terbaik adalah dariMu
Sunday, October 21, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jikalau murid tu sentuh ustazahlina... mungkin akan ada penghalang untuk murid tu untuk menyentuh ustazahlina... moga Allah lindungi ustazah...
ReplyDelete-fi sabilillah