Tuesday, April 17, 2012

Mudah Sahaja Bagi Allah

Firman Allah SWT : Surah al-a'raf : 57


Maksudnya : Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).




"Apakah perumpamaan ... perbandingan ... yang Allah sebut dalam ayat ini..?"  


Terkebil-kebil mata anak-anak murid ustazahlina bila dengar  ungkapan di atas...


"  Owh.. susah agaknya mereka nak faham dan nak jelaskan.. konsep hari kebangkitan ni"  bisik hati ustazahlina


Alangkah bagusnya, apabila kita menggunakan sedikit kemahiran yang ada dengan menggunakan bahan multimedia untuk menjelaskan kepada mereka  sesuatu konsep yang sukar mereka faham.


" Ye lah... kalau cakap sahaja... mana murid nampak.... kita kena tunjuk... " bisik hati ustazahlina.


Maka timbullah idea untuk menghasilkan bahan multimedia seperti di bawah


Slide 1 =  Persoalan :-  Apakah yang akan berlaku kepada manusia yang telah mati?

Bayangkan jika arnab itu ialah manusia.... yang akhirnya hanya tinggal tulang belulang

Slide 2 :  Persoalan :-  Adakah mereka boleh dihidupkan semula?

Slide 3 :  Pernyataan :  Manusia yang tidak beriman meragui kekuasaan Allah  menghidupkan semula manusia



Slide 4 :  maksud ayat :  "lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)"


Slide 5  :  Paparan bumi yang kering kontang, tumbuhan dan hidupan mati  (umpama manusia yang mati)






















Slide 6 :  Hujan turun membasahi bumi ... bermula dengan angin yang membawa berita gembira


Slide 7 :  Bumi menjadi basah .... lalu tumbuhan pun hidup




Slide 8 : Video menunjukkan biji benih yang  hidup tumbuh menjadi pokok.






Slide 9 :  Kesimpulannya :  Allah Maha berkuasa menghidupkan semula orang yang telah mati  ( dengan mudah ) sama seperti mudahnya Allah menghidupkan tumbuhan di bumi yang tandus.






Hari kebangkitan semula ..... Mudah sahaja bagi Allah


Slide Bahan Bantu Belajar







Moga ada kebaikannya

2 comments:

  1. seperti mana kata Syeikh Bahi Al-Kully dlm kitabnya tazkirah ad du'a.. para pendakwah kena real dlm menerangkan islam,, Allah menerengkan kekuatannya bukan dengan teori tetapi dgn realiti.. Allah memberitahu manusia kekuatannya dgn menyuruh manusia melihat hasil ciptaannya.. syabas Ustazah..

    ReplyDelete
  2. Anak Sama Kulambai Dundau >> Selamat datang ... terima kasih atas kunjungan dan komentar yang sangat membina ...

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers