Saturday, June 13, 2009

Manfaatkan Diri mu ...

Ustazahlina rasa sangat gembira dan rasa sangat bermanfaat apabila resepi apam dari "dapur Ustazahlina" telah dicuba dengan jayanya oleh Dr Ummi sewaktu beliau berkelah bersama keluarga tercinta...Alhamdulillah. Perkara kecil yang memberi kesan yang besar harapnya!

Gambar hidangan Perkelahan Dr Ummi dan keluarga
(yg hijau tu kuih apam nasi ) ...hmmm best nye! seronok anak2

Terus terlintas di benak fikiran Ustazahlina ....... bahawa ....

Tiada contoh teladan yang terbaik yang dapat kita contohi melainkan dari kekasih Allah, junjungan yang mulia nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.... baginda mengajar kita akidah yang sejahtera , ibadat yang sempurna dan akhlak yang mulia...
Teringat kata-kata Rasulullah yang bermaksud ..."sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain..." ... lalu hati pun berdetik adakah aku memberi manfaat kepada orang lain?

Kalau aku di rumah adakah aku memberi manfaat kepada ibu, ayah dan ahli keluarga ku......?
kalau aku di sekolah adakah aku memberi manfaat kepada rakan2 sekelas / sepejabat atau guru2 ku ...?
kalau aku di laman blog adakah aku memberi manfaat kepada pengunjung blog yang lain...?

Semoga kita semua memberi manfaat kepada alam ini ...

7 comments:

  1. Alhamdulillah.Ustazah dah memanfaatkan ilmu yang ustazah ada!Kadang-kadang kita sendiri tak menyedari rupanya apa yang kita tulis,apa yang kita catatkan dan apa yang kita nukilkan rupa-rupanya memberi manfaat yang amat besar buat mereka yang membaca, menatap dan menghayatinya...

    Jazakillahukhair buat sahabiahku,Ustazah Lina...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semoga kita semua dalam keberkatan....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, pagi tadi saya blogwalking dan turut juga singgah-singgah di blog Dr. Ummi. ya, selalunya sekadar baca-baca, jarang saya tinggalkan komentar. Membaca entri Dr. Ummi bersama keluarga berkelah di sungai, dan melihat kuih apam yang hijau (nampak sedap, lagi-lagi warna hijau) itu, tidak tahu pula Ustazah Salina yang dimaksudkan adalah akak. (Tak pula terpikir nak klik pada nama tu, eheh)

    Kecil je dunia maya ni...

    Datang sini terkejut bila melihat gambar meja dengan makanan yang sama. ingatkan ustazah ikut berkelah sekali, hehe... rupanya resepi dari akak! Best-best...

    Akak, saya tidak tahu samada cd itu ada dijual di M'sia atau tidak. Filem itu rasanya diberi oleh Kak Awin kepada senior saya kemudian baru sampai kepada saya. barangkali boleh tanya Kak Awin di mana dia mendapatnya. =)

    ReplyDelete
  4. Betul Ustazah,

    Kadang-kadang saya pelik apa gunanya tulis perkara merapu dalam blog. Ada yang berunsur lucah atau lagho tak kena tempat. Aduhh, minta jauh sangat2.

    Sekurang-kuranya biarlah tulisan kita itu boleh dijadikan antara ibadat bukan saja-saja tulis.

    ReplyDelete
  5. wah, baru tau ustazah ada blog :)

    salam ziarah kembali!

    ReplyDelete
  6. moga teknologi ini memberi manfaat kepada kita semua... :)

    ReplyDelete
  7. @Balkis, tq suami akak dah download whole story Kun Fayakun tu... oleh share dengan pelajar nanti

    @FaridRashid : betulnya niat dan cara kena betul kan?

    @Ri : selalu-selalu la singgah ye ... tapi dlm blog ri x de shout box ye?

    @Ummumishkah : Insyaallah Ummu... :)

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers