Tuesday, January 19, 2010

Jangan la skema sangat cikgu....

"Apakah hikmah beribadat kepada Allah?"...
pertanyaan guru ini menarik hati ustazahlina untuk curi-curi dengar sesi pengajarannya (tak berdosakan?..he3) ... owh murid tingkatan satu rupanya... berulang-ulang kali guru menanyakan soalan yang sama dengan stuktur ayat yang sama.. tetapi pelajar nampaknya diam sahaja... akhirnya guru pun memberi jawapan kepada pelajar.......

Terdetik dalan hati ustazahlina... mengapa skema sangat cikgu ni?... macam ayat syarahan je bunyi nya!!... cuba lah buat ayat yang lain... atau tanya la dalam gaya bahasa murid...lebih-lebih lagi murid-murid tingkatan satu...susah juga mereka nak fahamkan ayat tu...


(Gambar hiasan sahaja)
Ada beberapa pengunjung blog ini yang inginkan cara pengajaran untuk murid-murid yang agak lemah atau "slow learner"... pada hemat ustazahlina...gaya bahasa guru sangat penting... guru perlu bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kehidupan murid terlebih dahulu....

Sebagai contoh... mungkin guru boleh bertanya

" siapa yang solat subuh pagi tadi?"...

murid yang solat tu mesti tak sabar-sabar nak angkat tangan dengan bangganya.... biasa la kan..

" Ha..bagus Amin, kamu solat subuh ye ? Alhamdulillah..."... Nanti mesti Allah sayang kamu kan?

dan seterusnya pertanyaan yang akhir...

"Amin, kamu rasa apa kebaikan yang kamu dapat bila kamu solat ye?...

inilah jawapan yang kita tunggu...mungkin Amin akan jawab..

" Nanti Allah sayang cikgu"...

ok la tu. betul jawapannya... Antara hikmah beribadat ialah mendapat kasih sayang Allah....


Semoga semua cikgu dipermudahkan segala urusan....

6 comments:

  1. Salam kunjungan Ustazah, semoga sihat walafiat..

    bagaimana histeria di SMKTDH skrg? dgr2nya makin menjadi-jadi.. harap tidak berpanjangan ya. Ada hikmahnya tu.. saya sekarang di SMK Arshad, Kota Belud. Pendekatan mengajar di sini jauh bezanya.. tentulah.. ini di kawasan pekan.. saya tak dapat bayangkan kalau nun di pedalaman.. sungguh bertugas di Sabah adalah cabaran yang mendebarkan. Doakan saya menjadi seorang pendakwah yang tegar menebarkan janji wangi Ilahi ke pelusuk bumi dakwah ini.

    salam perjuangan...

    ReplyDelete
  2. Teruskan perjuangan pak lah... ustazah yakin pak lah boleh mengahadapi apa jua cabaran dalam perjalanan pendidikan ini....

    ReplyDelete
  3. Salam ustazah...info p&p yang menarik...begitulah namanya cikgu kan..mesti serba boleh dan sentiasa ada idea yang kreatif utk menarik minat murid2,lebih2 lagi subjek agama ni...moga subjek ini bukan saja menjadi subjek semata2 di sekolah,tetapi matlamat yang lebih besar,mereka dapat aplikasikan setiap pengajaran sebagai individu muslim.ok lah ustazah,moga ustazah sering melontarkan kaedah2 p&p yang berkesan utk manfaat bersama.syukran jazilan.

    ReplyDelete
  4. emm..gud idea,tp ustazah,mgkn lg baik if ustazah slow talk kat guru tu cr pgjrn yg sesuai.if tulis dlm ni tk de mkna gak coz dia tk taw kan...if dia taw msti dia malu..

    ReplyDelete
  5. salam ustazah...
    nak tanye...ade tak ayat yg boleh diamalkan oleh guru utk budak2 yg degil....

    ReplyDelete
  6. To Husin Husaini

    Terima kasih... moga Allah sentiasa permudahkannya dan sentiasa dlam bimbinganNya

    To Aninymous:
    Alhamdulillah telah disalurkan dengan cara yang betul...

    To mak uda... cuba mak uda baca entry saya tentang rahsia air... dan bacakan al fatihah

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers