Semasa mula nak menulis e-RPH minggu ke 3 ... tercari-cari idea apa ye set induksi yang nak dibuat untuk tajuk ni .. tiba-tiba rasa macam baru je mengajar kan .. eheheh
Tajuk hadis ni nampak macam simple je .. tapi kalau tidak dimulakan dengan baik natijahnya pun mesti kurang memasak ke dalam jiwa murid.
Akhir nya inilah ide set induksi yang Allah ilhamkan ... terima kasih Allah...
"siapa pemimpian Negara Kita?"
"siapa pemimpin Agama negara kita?"
"siapa pemimpian Negeri kita?"
"siapa pemimpin Daerah kita?"
"siapa pemimpin masjid kita?"
"siapa pemimpin kawasan tempat tinggal kamu / flat?"
"siapa pemimpin sekolah kita?"
"siapa pemimpin rumah kamu?"
"siapa pemimpin kelas kita?"
"siapa pemimpin diri kamu?"
Jangan terkejut ya ... macam2 jawapn nnti keluar dari murid2 tau ๐.. yang kelakar pun ada ๐yang nak geram pun ada๐ฉ
Ada ke murid cakap ... pemimpin masjid ialah suami ustazah ๐ซ
Suami ustazah tu pemimpin rumah ustazah leeee.๐