Tuesday, January 26, 2010

Saya lapar cikgu...

Murid 1  :   Cikgu ada budak "pau" saya.... (sambil mengesat air mata)
Guru Bertugas : mana budak tu?... panggil dia...



Guru Bertugas :  Awak "pau" duit dia ye?  Berapa yang awak minta?  Kecik-kecik dah nak jadi samseng ye?

Murid 2 :  saya minta dia 20 sen cikgu... (sambil tunduk...sedih ... atau takut.... mungkin la).. saya nak beli air....

Guru Bertugas :  Ish kamu ni!! ... nak beli makanan pun nak "pau"...  nanti makanan tu jadi darah daging kamu?... tu yang susah nak belajar... hati dah jadi gelap... dah!.. lain kali jangan buat lagi.... salam dengan kawan dan minta maaf...

Ya Allah... "pau" kawan 20 sen je?... he3 kenapa tak "pau" banyak-banyak baru la berbaloi kena marah.... terlintas fikiran tak baik dalam hati ni... Astagfirullahal a'zim..... 

Kebetulan..... murid 2 tadi lalu di hadapanku  sewaktu keluar dari bilik guru....

Adik.. mari sini sekejap.... adik dah makan?... adik tak ada duit ke nak beli makanan? (kerenung wajah kecil itu..... kulihat ... matanya berkaca-kaca... air mata  hampir mengalir....) adik... lain kali kalau adik lapar ... tak ada duit... jangan "pau" kawan ye... datang jumpa cikgu-cikgu...mesti ada yang nak tolong adik... "pau" ni sama dengan mencuri... makanan yang kita beli jadi haram ... tak elok kita makan... nah ! ambil ni buat belanja ye..."

Murid 2 :  Terima kasih cikgu.....

Ya Allah kurniakan hikmah dan bijak sana kepada kami dan anak-anak ini supaya kami dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh kasih sayang.......

Thursday, January 21, 2010

Cikgu pun kena jadi pelakon...


Ustazahlina : Assalamualaikum murid-murid... ini gambar apa? (ustazahlina melukis gambar rumah di papan putih)...

Murid : rumah

Ustazahlina : Orang yang tinggal dalam rumah ni dipanggil apa?

Murid : Tuan rumah

Ustazahlina : Baguuus!!.... orang yang datang pula .... kita panggil apa?

Murid : Tetamu

Ustazahlina : ok murid-murid...hari ini kita nak tahu macamana adab-adab bila kita menerima tetamu....

Begitulah antara dialog dan aktiviti ustazahlina bersama murid-murid dalam sesi pembelajaran bertajuk Adab Melayan Tetamu.. nampak macam senang je kan?... Tapi bila hendak diajar dan diharapkan murid dapat menghayati... ia menjadi satu tugas yang agak mencabar lebih-lebih lagi kerana ... 

1) tajuk ini boleh membosankan...sebab macam semua orang dah tahu... ye ke?
2) pelajar ustazalina adalah kumpulan pelajar yang agak istimewa kerana mereka mendapat markah kurang dari 10% semasa peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 tahun lepas..... bayangkan...
3) mereka agak hiperaktif... memang pun...

4) sering di label sebagai pelajar lemah... kasihan

Apabila ustazahlina menunjukkan video di bawah ini, mereka tidak menunjukkan respon yang baik... mereka tak gelak sangat pun macam murid dari kelas A .. dalam bahasa mudahnya... mereka agak "blur" dengan dialog-dialog sinis dari video ini... lantas ustazahlina dapat merasakan bahawa video ini kurang sesuai untuk mereka... So ustazahlina tukar ke plan B.....

Ustazahlina : Murid-murid tadi kita lihat mereka berlakon kan?... apa kata sekarang kita pulak berlakon... ok... ustazah jadi tuan rumah...siapa nak jadi tetamu...


Murid : saya...saya...saya..!!!! ustazah sediakan minuman betul2 tau?...


Ustazahlina : ala...kita kan berlakon...tapi kalau ada sesiapa yang lulus dalam peperiksaan ujian Kemajuan 1 nanti dapat markah 40 keatas.... ustazah jemput kamu datang ke rumah ustazah....ok?


Murid : ok...ok...ok !!!


Akhirnya berlaku lah sesi lakonan...yang lebih simple... menarik... dan pelajar lebih faham... sebab selepas itu pelajar menghasilkan nota peta minda mereka dengan menggunakan pensil warna yang ustazahlina bekalkan.... 

Alhamdulillah... Moga ada kebaikannya



Tuesday, January 19, 2010

Jangan la skema sangat cikgu....

"Apakah hikmah beribadat kepada Allah?"...
pertanyaan guru ini menarik hati ustazahlina untuk curi-curi dengar sesi pengajarannya (tak berdosakan?..he3) ... owh murid tingkatan satu rupanya... berulang-ulang kali guru menanyakan soalan yang sama dengan stuktur ayat yang sama.. tetapi pelajar nampaknya diam sahaja... akhirnya guru pun memberi jawapan kepada pelajar.......

Terdetik dalan hati ustazahlina... mengapa skema sangat cikgu ni?... macam ayat syarahan je bunyi nya!!... cuba lah buat ayat yang lain... atau tanya la dalam gaya bahasa murid...lebih-lebih lagi murid-murid tingkatan satu...susah juga mereka nak fahamkan ayat tu...


(Gambar hiasan sahaja)
Ada beberapa pengunjung blog ini yang inginkan cara pengajaran untuk murid-murid yang agak lemah atau "slow learner"... pada hemat ustazahlina...gaya bahasa guru sangat penting... guru perlu bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kehidupan murid terlebih dahulu....

Sebagai contoh... mungkin guru boleh bertanya

" siapa yang solat subuh pagi tadi?"...

murid yang solat tu mesti tak sabar-sabar nak angkat tangan dengan bangganya.... biasa la kan..

" Ha..bagus Amin, kamu solat subuh ye ? Alhamdulillah..."... Nanti mesti Allah sayang kamu kan?

dan seterusnya pertanyaan yang akhir...

"Amin, kamu rasa apa kebaikan yang kamu dapat bila kamu solat ye?...

inilah jawapan yang kita tunggu...mungkin Amin akan jawab..

" Nanti Allah sayang cikgu"...

ok la tu. betul jawapannya... Antara hikmah beribadat ialah mendapat kasih sayang Allah....


Semoga semua cikgu dipermudahkan segala urusan....

Friday, December 18, 2009

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam.... Tahun ini lebih baik dari ...

" Ah.. setahun dah berlalu..." detik hati ustazahlina ... bila menerima sms dari rakan2 yang mengucap Salam Maal Hijrah... " Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya" detik hati ini lagi.. memang itu yang kita harapkan .... sentiasa mencari yang baik dan terbaik... sesuai dengan pesanan Junjungan kita yang bermaksud ...

Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Namun untuk berubah ke arah yang lebih baik dan terbaik bukan hanya diangan-angankan tanpa disusuli dengan usaha dan semangat...

Bersyukur sangat-sangat apabila suami membeli secara online E-book menghafaz mengikut Kaedah Jibril oleh ustaz Asraff al-hafiz...
kupasan yang santai tetapi sangat berkesan memujuk hati , menyuntik semangat dan menangani seribu macam alasan ... dalam menghafaz.... bagi diri ini pula... terasa satu suntikan semangat untuk menghafaz semula ayat-ayat al-Quran sehingga tamat... Tambahan pula buku kaedah Huffaz oleh dr Jh Mohd Shafie al-Muqri' telah pun di beli.....

" Puan, sekiranya puan menghafaz satu hari satu ayat, kesemuanya ada 6236 ayat, puan akan bergelar hafizah 18 tahun dari sekarang iaitu dalam usia 59 tahun...ok tak? "... ucap ustaz Wan Zikri bekas CEO sekolah Imtiaz Terengganu, sewaktu
ustazahlina menghadiri workshop Hafaz Is Easy di My Coaching Zone di Seri Kembangan.

" MasyaAllah..."
itu sahaja yang terkeluar dari mulut ustazahlina.... jauh di sudut hati... timbul perasaan gembira bukan kerana gelaran itu tapi terasa hidup ini pasti akan lebih bermakna....

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
surah al-ankabut :69

Ya Allah moga usaha ini menjadi pembuka kepada kehidupan yang lebih baik dan bermakna pada tahun ini...

Sunday, August 30, 2009

Peperiksaan Semakin Hampir..... Tips 1

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamuaalaikum ....pelajar2 yang dirahmati Allah....
Debaran makin terasa apabila setiap kali melihat papan tanda "countdown" PMR dan SPM di sekolah. Ustazahlina fikir...bukan sahaja pelajar-pelajar calon peperiksaan, malah cikgu-cikgu, lebih-lebih lagi ibu bapa turut merasa debarannya. jauh di sudut hati...sentiasa mendoakan agar kalian semua dalam keadaan sihat, tenang, fokus dan dapat membuat persediaan dengan baik.

Di sini ustazahlina ingin kongsikan bersama kepada semua pengnjung terutamanya pelajar-pelajar yang dikasihi.... tips dan nasihat yang berguna yang diadaptasi dari blog muallim dan aspirasidiri......




Menjelang Hari-hari peperiksaan

1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.

2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal.
Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan cuaca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Menghadkan menonton TV, CD,
Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.

4. Mengawal
pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.


5. Membuat sebanyak mungkin latih tubi dari pelbagai buku dan sumber. Exercise make perfect.

6. Merebut peluang Ramadan dengan merancang waktu belajar, ibadat dan doa kepada Allah.

Wednesday, August 19, 2009

Sunday, August 16, 2009

Latih Tubi Pendidikan Islam PMR


Sila download di sini.... set soalan dan jawapannya sekali

Set Latih Tubi Negeri Johor 2009  (lihat juga set latihan 2009 Negeri Selangor di sebelah kiri blog ini)

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers