Mesej yang diterima daripada murid kali ini mengundang pelbagai perasaan. Gembira sudah pasti ... bimbang pun ada juga ... rasa takut mula menyelubungi.Gembira kerana akhirnya murid dapat menyetai majlis ilmu PdPR Takut kerana apa lagi yang akan aku lakukan agar PdPR ku dapat mengikat murid ini terus bersama dalam majlis ilmu PdPRBimbang dengan ayat murid ini .. kerana bukan diriku yang berupaya menyedarkan dirinya tetapi hidayah dari Allah Yang Maha Pencipta Maha Pemilik Maha Mentadbir.# bantu daku ya Allah agar daku sentiasa mengingatiMu# bantu daku ya Allah agar pandai bersyukur kepadaMU#bantu daku ya Allah agar daku dapat melakukan amalan dan ibadat yang terbaik kepadaMuMonday, March 14, 2022
BANTU DAKU ALLAH - Kisah PdPR
Mesej yang diterima daripada murid kali ini mengundang pelbagai perasaan. Gembira sudah pasti ... bimbang pun ada juga ... rasa takut mula menyelubungi.Gembira kerana akhirnya murid dapat menyetai majlis ilmu PdPR Takut kerana apa lagi yang akan aku lakukan agar PdPR ku dapat mengikat murid ini terus bersama dalam majlis ilmu PdPRBimbang dengan ayat murid ini .. kerana bukan diriku yang berupaya menyedarkan dirinya tetapi hidayah dari Allah Yang Maha Pencipta Maha Pemilik Maha Mentadbir.# bantu daku ya Allah agar daku sentiasa mengingatiMu# bantu daku ya Allah agar pandai bersyukur kepadaMU#bantu daku ya Allah agar daku dapat melakukan amalan dan ibadat yang terbaik kepadaMuFriday, February 12, 2021
Tips Mengurus Group Kelas PdPR - 1
"Ustazah boleh tolong send semula tugasan yang ustazah bagi... saya x jumpa la mesej ustazah tu .."
"x jumpa la ustazah ... susah nak cam ... mesej macam sama je ...."
"maaf ustazah saya x perasan mesej ustazah masuk"
Cikgu-cikgu ada tak hadapi situasi seperti ini?
Mesej penting tentang kelas / subjek pada hari itu murid x perasan atau x dapat kesan?
So .. kali ini ustazahlina ingin kongsikan cara mengenalpasti atau memberi pengenalan kepada MESEJ / INFO KELAS PdPR agar murid dapat cam dengan mudah.
Tipsnya :
1. Berikan mesej tentang kelas pada waktu atau masa yang STANDARD ⏰... selaraskan waktunya ...
contoh untuk kelas pada hari ESOK ... ustazahlina akan masukkan mesej dalam group pada jam 9.00 malam ... jangan ikut dan je ye 😬
2. Letakkan trade mark / simbol sebagai pembukaaan untuk setiap mesej utama yang berkaitan dengan arahan / tugasan kelas .
Contohnya sebelum masukkan mesej tentang kelas ... send kan dahulu emoji / icon sebagai pembahagi atau sebagai intro 💖💗💙💚💛💜💝💞
Saturday, February 6, 2021
TAARUF DULU YE ...
Mama : Along siapa yang ajar along subjek agama?
Along : Ustazah yang rendah-rendah kecik-kecik tu mama
Murid 1 : Ustazah apa maksud mesej ustazah ni ....?😓
Ustazah: eh! itu bukan mesej daripada ustazah ... kamu tersilap cikgu ni murid ...😅
Beberapa orang murid tersilap mesej kepada ustazah. Mereka fikir ustazah mengajar Pendidikan Islam , ustazah jugalah yang mengajar KKQ ustazah jugalah yang mengajar Bahasa Arab.
Itulah cabaran mengajar secara PdPR , atas talian kepada murid2 baharu .... yang sememangnya belum penah berjumpa... terutamanya murid tingkatan 1 yang baru masuk ke sekolah kita.
Apa sepatutnya cikgu-cikgu perlu buat? Ye bertaaruf , berkenalan ....
Kenalilah murid2 kita terlebih dahulu dan perkenalkan diri kita kepada murid ...
"السلام قبل الكلام "
ucap salam ... sapa ... bertanya kabar ... berkenalan ...sebelum berkata-kata
pada 20/1/2021 antara tugasan yang ustazahlina berikan kepada murid-murid ialah menghasilkan video taaruf. Dapatannya sangat menarik. Kita dapat mengetahui skill yang murid-murid kita miliki.
Friday, February 5, 2021
TERIMA KASIH ALLAH
Terima kasih ya Allah
Wednesday, February 3, 2021
MULAKAN DENGAN BISMILLAH
DENGAN NAMA MU YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Sabda Rasulullah saw
كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ
Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, maka amalan tersebut akan terputus.
Riwayat Ibnu Majah (1894)
Monday, September 7, 2020
Berdoalah agar pagimu dan harimu sentiasa bermakna ...
Mahukah anda semua mempelajari doa yang dibaca oleh Rasulullah saw pada setiap pagi?
Doa ini Berdasarkan hadis Sahih yang
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Monday, March 4, 2019
JOURNAL DIRI ...
Boleh klik Big Life Journal untuk dapatkan idea tentang Jounal.
Jounal Diri
Melatih Diri bersifat sederhana dan syukur








