Tuesday, August 23, 2011

Majlis Tadarus Perdana , Khatam al-Quran dan Bubur Lambuk SMKTDH




Alhamdulillah syukur ya Allah... kerana mempermudahkan segala urusan sehingga majlis berjalan dengan jayanya... meriah pulak tu kan...



Terimakasih kepada semua peserta tadarus .... 1AN 2AN 4AN 4BR 4KE 5AN 5BA 5BR 5CP 5DH 5KG dan yang lain-lain


Terima kasih kepada semua peserta khatam al-Quran... pasti ia menjadi kenangan yang manis buat kalian...

Terima kasih ustaz ustazah dan cikgu-cikgu yang membantu menyediakan segala keperluan

Terima kasih kepada group memasak bubur lambuk...cikgu Syukur..ustaz Khalid ... Encik Ali dan yang lain-lain


Terima kasih kepada pengetua Tn Haji Ghumiat Kamdi dan barisan pentadbir... Pn Saidatul... Pn Hanifah ... Cik Hjh Norsinta...

Terima kasih kepada pengacara majlis.. saudara ikmal... dan pembaca doa ...saudara Fitri...

"Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam syurga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dalm kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dalam mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlak dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy"

Wednesday, July 27, 2011

Amali sembelihan di SMKTDH



Alhamdulillah rasa syukur yang amat sangat ... bila dapat menulis semula...

"Berhati-hati dengan ayam yang kita beli di kedai, kerana mengejarkan keuntungan ada ramai yang tidak amanah sewaktu menyembelih.."

Kata-kata daripada Tuan Haji Muhammad, tukang sembelih yang bertauliah amat menggerunkan perasaan ustazahlina. Berapa banyak ayam yang dijual dipasaran yang mungkin diragukan kesahihan halalnya?


Sebagai satu usaha untuk menyedarkan para pelajar tentang kepentingan makanan yang halal dan baik serta indahnya Islam dalam mengatur cara pemakanan umatnya... maka dilaksanakan satu amali sembelihan di sekolah kami.

sebanyak 70 ekor ayam telah disembelih oleh tukang sembelih , guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Terima kasih kepada semua yangmenjayakan program ini. Moga ada kebaikannya....

" yang halal dan baik datangnya daripada Allah"

Sunday, March 20, 2011

Kertas cadangan Kajian Tindakan

Assalamualaikum ... Contoh kertas Cadangan Kajian Tindakan untuk di kongsi bersama... jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan... harap maklumkan ya... moga ada kebaikannya untuk semua.

1. Nama Dan Alamat Penuh Organisasi

SMK TAMAN DATO’ HARUN, KM 12, JALAN KLANG LAMA, 46000, 
 PETALING JAYA , SELANGOR.

2. Penyelidik
SALINA BINTI BUSROWI

3. Tajuk Kajian
Meningkatkan kemahiran penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah murid tingkatan 5 dengan menggunakan Kaedah
‘ Diari Haji dan Umrah ‘

4. Refleksi masalah / Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu
Berdasarkan hasil kerja murid dan sesi soal jawab , 20 orang murid tingkatan 5 tidak dapat menjawab soalan latihan yang berkaitan dengan tatacara ibadat Haji dan Umrah. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah secara tepat dan betul serta tidak dapat memahami aliran tatacara ibadat Haji dan Umrah ini secara menyeluruh.


5. Fokus Kajian
Melibatkan 20 orang murid Tingkatan 5 yang belum menguasai tatacara ibadat Haji dan Umrah.

6. Objektif Kajian ( Am Dan Khusus )

6.1 Objektif Am
i ) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak menguasai tatacara ibadat Haji dan Umrah.

ii) Mempertingkatkan penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah dalam kalangan 
murid

6.2 Objektif Khusus
i ) 20 orang murid menguasai dan memahami tatacara ibadat haji dan Umrah.
ii) 20 orang murid yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan 
 dengan ibadat haji dan Umrah.

7. Kumpulan Sasaran
Melibatkan 20 orang murid tingkatan 5 SMK Taman Dato’ Harun.


8. Tindakan yang dicadangkan
i. Mengadakan Ujian - Pra kepada murid sasaran untuk mengenal pasti masalah 
 asas murid.

ii. Memberi bimbingan kemahiran penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah 
 dengan menggunakan Kaedah dan Bahan Inovasi.

iii. Memberi latih tubi menjawab soalan kepada murid-murid.

iv. Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana 
 keberkesanan Kaedah dan Bahan Inovasi yang digunakan.

v. Membuat analisis data hasil ujian Pos.

vi. Membuat Laporan Kajian berkaitan dengan kekuatan dan kekurangan aktiviti 
 pengajaran dan pembelajaran.

9. Bahan Dan Anggaran Kos
BIL JENIS ALAT /BAHAN KOS (RM)
1 Kertas A4 = 10 x RM13.00 130.00
2 Kos percetakan ( dakwat printer ) 150.00
3 Fail murid = 20 x RM2.50 50.00
4 Komputer riba
5 LCD projektor
6 CD = 20 keping 30.00
JUMLAH 360.00

10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt

BIL AKTIVITI TARIKH
1 Penyediaan kertas Cadangan 21 Mac 2011
2 Merancang Kajian 22 Mac 2011
3 Menyediakan soalan Ujian- Pra dan soalan soal selidik 28 Mac 2011
4 Melaksana Ujian- Pra 4 April 2011
5 Pemprosesan Data Ujian-Pra 6 April 2011
6 Melaksana Soal selidik dan temu bual 11 April 2011
7 Pemprosesan data soal selidik dan temubual 13 April 2011
8 Perancangan Tindakan 15 April 2011
9 Pelaksanaan Tindakan 1 18 April 2011
10 Refleksi Tindakan 1 19 April 2011
11 Pelaksanaan Tindakan 2 20 April 2011
12 Refleksi Tindakan 2 21 April 2011
13 Pelaksanaan Tindakan 3 22 April 2011
14 Refleksi Tindakan 3 23 April 2011
15 Pelaksanaan Tindakan 4 25 April 2011
16 Refleksi Tindakan 4 26 April 2011
17 Perancangan dan Pelaksanaan Ujian-Post 3 Mei 2011
18 Pemprosesan Data Ujian-Post 5 Mei 2011
19 Penilaian kendiri / renungan / Refleksi 12 Mei 2011
20 Penulisan Laporan Kajian Tindakan 13 Mei 2011
21 Pemurnian Laporan 16 Mei 2011
22 Pembentangan Laporan 21 Mei 2011
23 Penyerahan Laporan 23 Mei 2011




Lampiran 1 : Borang Soal Selidik

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling sesuai menandakan tahap persetujuaan anda mengikut skala nilaian yang disediakan.

Skala :
1 = Tidak setuju
2 = Kurang setuju
3 = Setuju
4 = Sangat setuju

BIL ITEM NILAIAN
1 2 3 4
1 Saya suka belajar tajuk ibadat haji dan umrah
2 Saya dapat memahami tajuk ibadat haji dan umrah ini dengan baik
3 Saya boleh mengenal pasti istilah-istilah yang terdapat dalam tajuk ibadat haji dan umrah
4 Saya dapat memahami dan menggambarkan perjalanan tatacara ibadat haji dan umrah secara menyeluruh yang dilakukan oleh jemaah haji sewaktu musim haji
5 Saya dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan ibadat haji dan umrah dengan baik
6 Ibubapa saya sering membimbing saya menjawab soalan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam
7 Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang sangat saya minati

Tuesday, February 15, 2011

Ya Rasulullah Ya Habiballah ....


محمد أشرف الأعراب والعجم
محمد خيـــــــر من يمشي على قــــدم
Nabi Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan ‘Ajam
Nabi Muhammad lah sebaik-baik manusia , berjalan di bumi ini
محمــد باسط المعروف جامعه
محمـــــد صاحب الإحســان والكــــرم
Nabi Muhammad adalah luas kebaikannya, dialah pengumpulnya
Nabi Muhammad lah penghulu kebaikan dan kemuliaan
محمــد تاج رسل الله قاطبــــة
محمـــــــد صــــــادق الأقوال والكلـــم
Nabi Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Nabi Muhammad adalah benar pada kata-katanya
محمــــــد ثابت الميثاق حافظــه
محمـــــــد طيــب الأخــلاق والشيــــم
Nabi Muhammad adalah tetap pada janjinya
Nabi Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya
محمـــد رُوِيَت بالنور طينتُــــهُ
محمــــد لم يــــزل نــــــوراً من القِدم
Nabi Muhammad, tanah semadinya disirami dengan Nur
Nabi Muhammad, dia masih bercahaya, semenjak azali
محمــــد حاكم بالعدل ذو شرفٍ
محمـــــد معــــدن الإنعام والحكــــــم
Nabi Muhammad seorang hakim yang adil, punya kemuliaan
Nabi Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah
محمد خير خلق الله من مضـــــر
محمــــد خيـــر رســـــل الله كلهـــــم
Nabi Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah, dari kaum Mudhar
Nabi Muhammad itulah semulia-mulia Rasul Allah, seluruhnya
محمــــــد دينه حـــق نديـــن بـــه
محمــــــــد مجمــــلاً حقاً على علــــم
Nabi Muhammad, agamanya adalah kebenaran, yang kita anuti,
Nabi Muhammad, adalah kebenaran, sebenar-benarnya
محمـــد ذكـــره روح لأنفسنــــــــا
محمد شكره فــــرض على الأمــــم
Nabi Muhammad, mengingatinya adalah seperti ruh bagi kita,
Nabi Muhammad, wajib kita berterima kasih padanya
محمد زينة الدنيا وبهجتهـــــــــــا
محمــــــــد كاشــــــف الغمات والظلم
Nabi Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya,
Nabi Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan
محمــــد سيـــــــد طابت مناقبـــــهُ
محمــــد صاغه الرحمــــــن بالنعـــــم
Nabi Muhammad , penghulu, yang suci perbuatannya
Nabi Muhammad, diberikan sebaik-baik nikmat oleh Allah
محمــــد صفـــوة الباري وخيرتـــــه
محمــــد طاهـــــــر من سائر التهـــم
Nabi Muhammad , adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Nabi Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan
محمـــد ضاحــــك للضيف مكرمــــه
محمـــــــــد جـــــــاره والله لم يضـــم
Nabi Muhammad, tersenyum buat tetamunya, bahkan memuliakannya
Nabi Muhammad , jirannya – demi Allah – tidak dizalimi
محمــــد طابـــــت الدنيــــا ببعثتــــه
محمـــــد جـــاء بالآيـــات والحكـــــــم
Nabi Muhammad, alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Nabi Muhammad, telah datang dengan mukjizat (ayat) dan hikmah-hikmah
محمــــد يـــوم بعث النــــاس شافعنــــا
محمـــــــد نوره الهــــادي من الظلــــم
Nabi Muhammad, kelak di hari kebangkitan, dialah pemberi syafaat kita (umatnya)
Nabi Muhammad , nurnya ibarat penyuluh hidayah, dari kegelapan
محمــــــــد قائـــــــــــم لله ذو همـــــــــم
محمـــــــد خاتـــــــم للرســــــل كلهــــم
Nabi Muhammad , tidak putus-putus menghadap Allah, dengan penuh harapan,
Nabi Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah seluruhnya
مولاي صل و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم
Wahai Tuhanku, selawat dan salam sentiasa,
Ke atas kekasihmu, sebaik-baik makhluk, seluruhnya


Wednesday, January 26, 2011

Hanya Dengan Keampunan dan Rahmatnya ....


Terasa diri kerdil.... yang penuh dengan dosa...
Tanpa Keampunan dan Rahmat dari Allah... siapalah kita...




Tuesday, January 25, 2011

Nilai Persahabatan



Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Menghadapi musuh.
" Sahabat yang sebenar ialah yang menegur dan membetulkan kesilapan kita ...bukan yang hanya menguagkapkan kata-kata yang manis untuk menjaga kepentingan dirinya..."


Sunday, January 23, 2011

Kursus Pengurusan Unit Kokurikulum SMKTDH...

Alhamdulillah... dalam kesibukan tugas dan kerja, ustazahlina dapat menunaikan amanah menyampaikan ceramah motivasi untuk para pelajar pemimpin Unit Kokurikulum SMK Taman Dato' Harun ... mereka merupakan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari untuk setiap unit Kokurikulum sekolah. Kursus ini bertujuan untuk menyuntik semangat mereka sebagai pemimpin yang terpilih untuk bertugas dengan baik disamping memahami aspek-aspek lain seperti pengurusan persatuan, mesyuarat, sistem fail dan banyak lagi... yang penting mereka nampaknya ceria dan gembira sepanjang kursus satu hari itu... Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat !..

YouTube di bawah ni merupakan My First Project menggunakan iMovie ... Alhmdllh... menjadi juga akhirnya..... banyak lagi yang nak kena belajar ni...


My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers