Tuesday, January 25, 2011

Nilai Persahabatan



Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Menghadapi musuh.
" Sahabat yang sebenar ialah yang menegur dan membetulkan kesilapan kita ...bukan yang hanya menguagkapkan kata-kata yang manis untuk menjaga kepentingan dirinya..."


5 comments:

  1. sahabat duka,shabat gembira..bukan mudah nak dicari..jika hati ikhlas,tanpa dendam atau curiga..insyaAllah..berkekalan la pershbtan itu.....emmm

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam,terima kasih atas perkongsian nasihat Imam Syafie tentang sahabat..Nabi kita Saidina Muhammad bersabda “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim..ustazah mcm mana kita hendak jaga hati sahabat..adakah cukup dgn jaga hati sahabat..contoh puaskan hati sahabat sehinggakan kdg2 2 kita xdpt puaskan hati kita sendiri..(Rozlan)

    ReplyDelete
  4. Rozlan>> terima kasih ... itu namanya al-ithar, jika kita lakukan dengan niat yg betul semata untuk mendapat redha Allah insyaallah kita tergolong dalam golongan 7 golongan yg mendapat payung di mahsyar nnti... :)

    ReplyDelete

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers