Sunday, January 16, 2011

Mudahnya Di TIPU.... dan MENIPU

(Gambar hiasa sahaja tiada kena mengena dengan cerita ini)
Assalamualaikum semua... ustazahlina baru pulang dari pasar pagi Taman Medan hari ini... sedih..hairan..geram nak tergelak pun ada.... betapa mudahnya kita ditipu dan betapa zalimnya orang yang menipu..

" jangan takut dengan ular kerana ular mengganggu kita hanya apabila kita panik... cuba lihat kalau ada ular di sini..."

Eh! apa tu? Macam best je... bisik hati ustzahlina... apabila terdengar suara salah seorang penjaja .....teruja ingin mengetahui apa yang berlaku... ustazahlina menuju ke tempat yang telah dikerumi oleh ramai orang...

" adik baju merah mari sini...tolong buka kain tutup ini... ada ular tak di dalamnya"

penjaja tersebut meminta serang budak lelaki yang ada di situ untuk membantunya...
Ha!! kebetulan budak lelaki itu anak murid ustazahlina!... so ... lagi la ustazahlina tidak berganjak dan ingin tahu kesudahan cerita penjaja ni ... macamana nak cerita ye supaya senang difahami apa yang berlaku... Oh! kena ada ilustrasi.... dan tulis guna point ... :)



1. penjaja menunjukkan baldi kecil yang ditutup dengan kain... di buka dengan cara yang begitu menguja dan penuh unsur suspen... kalau-kalau ada ular di dalamnya... memang tiada ular.

2. Satu baldi yang agak besar dari baldi pertama tadi, dalam keadaan terlangkup dipusing-pusingkan di atas baldi pertama dan diletakkan menutup baldi kecil yang pertama.... gimmik dia ... cerita dia... memang betul-betul suspen...

3. baldi tadi ditutup dengan kain... dan penjaja meminta pelajar lelaki tadi mengetuk belakang baldi dengan beg kecil yang berisi cincin sebanyak tiga kali... penjaja tadi masih dengan cerita-cerita yang memukau.... dan menteranya... antara yang ustazahlina ingat... wahai ghaib... minta merah datang merah... merah putih datang putih... dan bunyi... SsssssSSssssSSSssss ... seperti suara ular...

4. penjaja memberi sebentuk cincin dari beg tersebut kepada pelajar lelaki sebagai pendinding.....apabila di buka kain penutup dan baldi yang besar.. maka terdapat seekor ular kecil bewarna kuning di dalam baldi kecil tu!... masa ini ustazahlina hanya dengar orang bercakap sahaja .. tak dapat tengok sebab ramai sangat yang kerumun baldi tu... he3

Part yang paling best ... "mari-mari abang kakak... saya bagi cincin ini seorang satu..siapa cepat dia dapat... kalau masuk hutan... ular jadi takut... boleh hilangkan bisa-bisa penyakit.. kalau anak demam.... boleh rendamkan dalam air... minum airnya ..... bagi saya RM1.00....

Fuh!... ramai nya yang ambil cincin tu... dan bayar RM1.oo... hanya kerana percaya cincin itu dapat menyembuh dan menyelamatkan?!??!!

La... dia nak jual cincin rupannya!... bisik hati kecil ustazahlina..... TETAPI ... malang dan RUGI sungguh mereka yang membeli cincin itu..... KERANA ...

Unsur penipuan yang dapat dikenalpasti
1. Baldi kedua di pegang secara terlangkup dan tidak ditunjukkan kepada orang ramai isinya terlebih dahulu.
2. Belakang baldi yang besar itu diketuk supaya apa yang terlekat di dalamnya akan jatuh ke dalam baldi kecil.
3. Objek yang dikatakan ular itu tidak bergerak-gerak seperti ular yang sepatutnya... macam ular plastik je..
4. Baldi yang besar hanya dibuka cepat dan sekejap macam memang tak nak bagi tengok ular tu betul2.. sepatutnya masa tu lah dia boleh tunjuk kehebatan cincin dia tu kan? ish3...

Dan yang PALING SEDIH nya... bukan kerugian kerana tergadai RM1.00 tapi keRUGIan kerana mengGADAI AKIDAH dengan nilai RM1.00 ....

Ya Allah lindungi kami dari segala bentuk kejahilan.....



Wednesday, September 29, 2010

Zakat Pendapatan - Web TV

Soalan Percubaan PMR Pendidikan Islam 2010

Assalamualaikum semua... semoga anak-anak semua sentiasa bersemangat mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan... di sini ustazahlina sediakan koleksi soalan-soalan percubaan dari beberapa buah negeri yang telah diedit mengikut bahagian dan di sediakan jawapannya sekali untuk memudahkan ulangkaji ..... semoga berjaya...

Koleksi Himpunan soalan negeri-negeri Mengikut Bahagian
* Bahagian Sirah
* Bahagian Ayat Kefahaman
* Bahagian Ibadat
* Bahagian Akidah

___________________________

Soalan Percubaan Mengikut Negeri
* Johor

Monday, August 9, 2010

Terima kasih kepada semua .....


Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke blog ini..... lama ustazahlina tidak "mengupdate" blog yang semakin usang ini.... InsyaAllah... doakan moga selepas ini ustazahlina akan menulis kembali....

Friday, May 14, 2010

Terima Kasih kerana Tidak merempit...

Malam itu ustazahlina bersama suami menaiki kereta menuju ke PJS One yang terkenal sebagai tempat yang sesuai untuk merempit kerana jalannya yang lurus.... kalau ade yang mati... inilah yang dikatakan mati di jalan yang lurus.... he3
Alkisahnya... ketika suami sedang memandu , sekonyong-konyong 5 buah motosikal dipandu dengan laju meluru dari arah belakang kami.... terperanjat dibuatnya kerana mamat moto ni tiba-tiba sahaja berada betul-betul di hadapan kereta kami... terpaksalah suami menekan break secara mengejut... dari 5 buah motorsikal yang ditunggang itu... dua darinya memperlahankan motor mereka dan tidak memintas kereta kami.... bila ustazahlina amati rupa-rupanya wajah yang ustazahlina kenal dan cam... " seperti wajah anak murid ku "... bisik hati ustazahlina.. macam kenal je... cuma ustzahlina tidak mengajar mereka...

3 lagi penunggang motor semakin menunjukkkan kehebatan mereka dan membuat aksi yang membahayakan diri sambail melambai-lambai seolah-olah mempermainkan kami.... sabar je la ... bisik hati ku lagi...

Ustazahlina terfikir-fikir.... bagaimana nak bertemu dengan anak-anak yang terlibat ini... nak cakap apa.... nak nasihat macamana....

Keesokan harinya, di sekolah.... di pendekkan cerita... seorang pelajar lelaki sedang dimarahi oleh guru disiplin kerana ponteng kelas... Eh... ini lah budak yang naik motorsikal malam tadi ... bisik hati ustazahlina.... "Erm... nanti selepas ni ustazah nak jumpa kamu ye..." aju ustazahlina kepada pelajar tadi.
Mengapa ?.... kata pelajar tersebut sambil berwajah masam kerana baru selepas berjumpa guru disiplin.... " Jemput la duduk"... kata ustzahlina apabila melihat pelajar tersebut seperti sedang dalam kemarahan.... "bagi dia duduk relaks dulu bagi dia cool dulu".... bisik hati ustazahlina...
"Sebenarnya ustzah nak ucap terima kasih kepada kamu"... ustzahlina mula membuka bicara.. Nape lak?... jawab pelajar tadi dengan nada dan wajah keliru... " Malam tadi, kan kamu bawa moto laju... tapi bila kamu nampak kereta ustazah kamu pun perlahankan moto kamu dan tidak memintas kereta ustazah"... wajah yang tadi agak keras bertukar lembut.... "Owh ustazah... yang lain tu bukan pelajar sekolah kita, itu budak luar..". pelajar tersebut memberikan penjelasan

Oooo... itu la sebabnye ustazah nak ucap terima kasih kepada kamu, sebab kamu hormat ustazah walaupun berada diluar sekolah.... ustazah yakin pelajar-pelajar sekolah kita memang menghormati guru-guru"... Ini lah perkara yang ingin ustazahlina sampaikan kepada pelajar ini supaya dia dapat merasakan bahawa nilai baik yang ada dalam dirinya itu dihargai dan perlu dikembangkan lagi... "Bukan apa.... tindakan kamu dan kawan-kawan kamu membahaya diri kamu sendiri... tak apa lah... taolong sampaikan salam ustzah kepada kawan kamu itu ye"... ustazahlina menutup bicara yang penuh dengan harap semoga ada kebaikannya untuk pelajar ini nanti...

Tuesday, February 9, 2010

Solat Itu Cahaya....



الصلاة نور....

...potongan matan hadis dari tajuk Hadis tingkatan 3 yang dipelajari hari itu...

" solat itu cahaya".... kata ustazahlina....

" cahaya macamana tu ustazah?".... berkerut muka murid2ku

Terfikir di dalam mindaku bagaimana aku ingin murid2ku dapat menggambarkan apa yang di sebut dalam hadis ini....

Ok murid-murid ... ustazah mahu semua orang pejam mata.... dengar apa yang ustazah cakap... dan cuba bayangkan ok..... pejam mata tau....

"Gambarkan.....kamu semua berada di sebuah tanah yang lapang... pada waktu malam yang gelap.... cuba kamu dongakkan kepala ke langit... MasyaAllah... banyaknya bintang!!.. berkelip-kelip.. terang....cantiknya...

sekarang kamu berada di tempat yang sangat tinggi.... tinggi lagi sampai ke angkasa... kamu tunduk ke bawah... kamu nampak dunia... kamu lihat di dunia itu juga ada cahaya berkelip-kelip seperti bintang... MasyaAllah .. cantiknya...

itulah rumah-rumah orang yang tunaikan solat... jika emak kita solat... ayah kita solat.. kita dan adik beradik lain juga solat.... rumah kita akan bercahaya seperti bintang di langit....

tetapi jika emak kita tidak solat... ayah pun tidak solat... kita dan adik beradik lain pun tidak solat... maka rumah kita akan menjadi gelap seperti gelapnya kawasan kubur pada malam yang gelap...

Ok murid-murid buka mata sekarang.... eh ada yang pejam lagi?
"saya nak tengok betul-betul la ustazah.. macamana rumah saya tu...?... he3


Begitu juga disebutkan dalam hadis yang lain....

أَمَّ صَلاَةُ الرَّجُلُ فِي بَيْتِهِ فَنُورٌ
فَنَوِّرُوا بُيُوتَكُمْ
adapun solat seseorang itu di dalam rumahnya adalah cahaya .. maka terangilah rumah-rumah mu....

berimaginasi yang membawa fikir...

Wednesday, February 3, 2010

Dimensi Berbeza.....



Kehidupan manusia penuh rencam..... mistik.... rahsia... ghaib... dendam... pasrah... tawakkal...yakin... itulah yang terdetik dalam hati ustazahlina apabila membaca blog yang memiliki keunikannya sendiri .... cerita-cerita ibrah kehidupan manusia yang dikongsikan dari pengalaman sebenar perawat perubatan alternatif....  tahniah kepada penulis blog... Tinta Aura...  yang penting kita sebagai hamba tidak akan putus asa dari rahmat NYA...

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers