الصلاة نور....
...potongan matan hadis dari tajuk Hadis tingkatan 3 yang dipelajari hari itu...
" solat itu cahaya".... kata ustazahlina....
" cahaya macamana tu ustazah?".... berkerut muka murid2ku
Terfikir di dalam mindaku bagaimana aku ingin murid2ku dapat menggambarkan apa yang di sebut dalam hadis ini....
Ok murid-murid ... ustazah mahu semua orang pejam mata.... dengar apa yang ustazah cakap... dan cuba bayangkan ok..... pejam mata tau....
"Gambarkan.....kamu semua berada di sebuah tanah yang lapang... pada waktu malam yang gelap.... cuba kamu dongakkan kepala ke langit... MasyaAllah... banyaknya bintang!!.. berkelip-kelip.. terang....cantiknya...
sekarang kamu berada di tempat yang sangat tinggi.... tinggi lagi sampai ke angkasa... kamu tunduk ke bawah... kamu nampak dunia... kamu lihat di dunia itu juga ada cahaya berkelip-kelip seperti bintang... MasyaAllah .. cantiknya...
itulah rumah-rumah orang yang tunaikan solat... jika emak kita solat... ayah kita solat.. kita dan adik beradik lain juga solat.... rumah kita akan bercahaya seperti bintang di langit....
tetapi jika emak kita tidak solat... ayah pun tidak solat... kita dan adik beradik lain pun tidak solat... maka rumah kita akan menjadi gelap seperti gelapnya kawasan kubur pada malam yang gelap...
Ok murid-murid buka mata sekarang.... eh ada yang pejam lagi?
"saya nak tengok betul-betul la ustazah.. macamana rumah saya tu...?... he3
Begitu juga disebutkan dalam hadis yang lain....
أَمَّ صَلاَةُ الرَّجُلُ فِي بَيْتِهِ فَنُورٌ
فَنَوِّرُوا بُيُوتَكُمْ
adapun solat seseorang itu di dalam rumahnya adalah cahaya .. maka terangilah rumah-rumah mu....
berimaginasi yang membawa fikir...
Terima kasih kak berkongsi. Perumpamaan yang baik. Saya pun pejam mata nak bayangkan... ^^
ReplyDeletep/s: Salam ziarah dan apa khabar, kak salina?
(^_^)
terima kasih atas perkongsian ini.. salam jauh dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput datang ke my blog.. :)
ReplyDeletetq JHaZKiTaRo.... jemput singgah lagi... :)
ReplyDeleteKhabar baik dik Balqis... lama tak bersapa... moga sihat ye...bila nak balik ...
ReplyDeletePejamkan mata juga, fikir berapa banyak dosa kita tidak solat, melengahkan solat..
ReplyDeletePejamkan mata, rasailah bagaimana jari dibakar api..
betul ya akhi....semuanye memerlukan.... peka dan sedar....kerana tanpa fikir dan ingat kita kan menjadi leka dan lalai...
ReplyDeletesatu sesi pengajaran yang baik ustazah dalam memberi penghayatan kepada para pelajar....dan solat juga bukan sahaja menerbitkan cahaya bahkan menjadi satu orientasi kesyukuran dalam kehidupan sama ada alam pembelajaran dan sebagainya.....bagaimana dalam satu hadis, aisyah r.a bertanya kepada nabi saw mengapa baginda solat sampai bengkak2 kaki sedangkan di beri jaminan di hapuskan dosa2nya....dengan simple nabi membalas tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur.....
ReplyDeletelagi satu ustazah sebelum terlupa....nk tanya tentang bagaimana ustazah menggunakan metod penceritaan ini dengan penghayatan pelajar dapat di hasilkan dengan baik....mohon tunjuk ajar agar saya dapat menggunakan kaedah ustazah nanti untuk orng lain....syukran ustazah...:)
Terima kasih Ahmad husaini ... ustazah gunakan teknik ala-ala "recall" ... semua murid duduk tegak, letakkan tangan kanan di dada, pejamkan mata, kepala tunduk... dan dengar apa yang ustazah cakap... uztazah cuba membawa mereka mengembara naik "ke langit pada malam hari dan lihat semula ke bumi.... nampak kerlipan-kerlipan cahaya ..." itulah rumah-rumah orang yang mendirikan solat di dalamnya... kena buat teks sikit la masa nak bercerita tu or spontan pun lagi menusuk... :)
ReplyDelete