Sunday, April 5, 2009

MANFAAT Teknologi

Sesi  bersua  secara maya bersama anakanda yang dikasihi ahmadnabilfikri yang sekarang sedang menuntut di Sanaa' Yaman.... Moga sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah...teruskan istiqomah dalam mujahadah.... DOA kami sentiasa mengiringi semangat mu...
Adik-adik teruja nak jumpa abang nabil

Umi dan Nuha pun excited

Thursday, April 2, 2009

RAHSIA di dalam AIR

"Eh apa yang kecoh tu!" terdetik hati ustazahlina sewaktu masuk ke bilik guru... melihat beberapa rakan guru sedang rancak bercakap... macam ada yang tak kena.
Bukan la nak jadi busy body tapi nak tahu juga..., mana la tahu kalau-kalau  boleh membantu.

"Kenapa Zek?" 

"budak ugut Zek la kak, masa dalam kelas tadi"

Terkejut berbaur sedih kerana tidak menyangka insiden pelajar mengugut guru berlaku pada rakan sejawat.  Lebih terkejut lagi bila ustazahlina kenal sangat dengan pelajar itu...malah pernah bercakap dengan ibu dan bapanya sewaktu ustazahlina mengajarnya di tingkatan dua.

"sebenarnay apa yang Zek dah buat pada budak tu, sampai dia ugut ? Ustazahlina ingin mengetahui situasi sebenar.

"Mungkin dia tidak puas hati bila Zek tegur dia kerana tidur dalam kelas...lagipun kak kelas 3G tu susah betul lah nak kawal...bising" Zek meluahkan apa yang terpendam.

Ustazahlina berfikir sejenak... bagaimana ingin aku bantu...? Ha! ini satu amalan yang sering ustazahlina amalkan dan rasanya berkesan...!

"Zek, setiap kali masuk kelas...langkah dengan kaki kanan dan berilah salam...niatkan dalam hati Zek beri salam kepada semua pelajar dan makhluk yang ada dalam kelas itu dan kalau boleh "imagine" kan salam tu sampai ke hati pelajar.  Seperkara lagi, Zek kena berhati-hati dengan kata-kata Zek..."  ustazahlina kongsikan petua 

" Bukan apa Zek, bila kita beri salam, kita sebenarnya telah membuka jalan dan ruang yang mudah untuk berkomunikasi dengan pelajar, dari kita terjah je..." tambah ustazahlina lagi sebagai penjelasan.  

"Tindakan pelajar tu memang tidak wajar, InsyaAllah Zek, jika akak jumpa pelajar tu akak akan nasihatkan dia" Ustazahlina  cuba meredakan kebimbangan cikgu Zek...

Alhamdulillah...sebentar tadi ustazahlina membaca entry tentang RAHSIA  di dalam AIR dari y4ku24,  walaupun telah lama tahu tentang rahsia air tetapi penyampaian  dan pengupasannya amat berkesan.  Terfikir untuk kongsikan bersama rakan-rakan guru sebagai satu cara menangani masalah pelajar...

Bacalah!
Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Secara ringkasnya molekul air berubah menjadi cantik apabila diberikan kata-kata yang baik dan bertukar menjadi buruk apabila diperdengarkan ungkapan-ungkapan yang buruk.  Berdasarkan kajian Dr. Masaru Emoto, molekul air yang tercantik ialah yang diberikan kata "Love and Gratitude"

Bentuk Kristal yang cantik dari air yang diberikan kata-kata yang baik
Bentuk kristal air yang buruk kesan dari ungkapan yang tidak baik

APA KAITANNYA DENGAN PELAJAR KITA?

70%  dari badan manusia adalah air, justeru kalau kita sentiasa memberikan ungkapan yang baik maka seluruh air dalam tubuh manusia akan bertukar menjadi molekul yang cantik.  kecantikan dari dalam ini akan terserlah pada wajah , sikap dan perwatakannya... Subhanallah.. dalam Islam kita ada banyak kalimah yang cantik... yang boleh kita ungkapkan untuk diri kita sendiri dan anak-anak didik kita... Guru-guru yang mengungkapkan kata-kata yang baik bukan sahaja mencantikkan molekul bendalir dalam tubuhnya malah orang di sekelilingnya!

BUKTI AL QURAN


 “...Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup...”(QS. Al-Anbiya : 30)

Tuesday, March 31, 2009

Dia Kekasih Allah...

Sebaik sahaja tamat pelajaran di kelas 3CP pada tengahari tadi, Ashraf  terus  berjumpa ustazah  " Ustazah maafkan saya.. saya nak ke Mekah malam ni, tunaikan umrah"  "Alhamdulillah...ustazahpun minta maaf juga" sambut ustazah dengan hati gembira bercampur terharu dan bangga pun ada la juga.  Gembira dan bangga kerana ada anak didik yang masih muda berpeluang menunaikan umrah... " tidak semua orang diberikan rezki untuk ke sana menjadi tetamu Allah dalam usia yang muda... terharu kerana teringat kembali peristiwa menunaikan haji pada dua tahun lepas..  

Ke Mekah dulu ke, ke Madinah?" ustazah bertanya pula, " Ke Madinah dulu ustazah" jawab Ashraf pendek ...perasaan terharu terus menjadi sayu dan rindu... sebak rasa di dada... tergenang air mata... teringat ziarah makam baginda... Dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa melaksanakan ibadah hajji kemudian ia berziarah ke makamku, maka ia seperti orang yang mengunjungiku dalam keadaan hidupku”. HR al-Thabrani dalam kitab Al-Ausath dan al-Kabir.

"Assalamualaikum Ya Rasulullah" Ya Allah moga Engkau menerimaku sebagai umat Nabi Muhammad" ... itulah ungkapan pertama yang diucapkan...

"Di sana nanti banyakkan berdoa, rebut peluang yang ada, mohon pada Allah supaya sentiasa memberikan bimbingan dan pentunjuk dalam setiap apa yang kita buat..." ustazah mengambil peluang memberikan sepatah dua kata nasihat... moga Ashraf dan keluarga selamat menunaikan ibadat Umrah dan diterima Allah... Amin

Anas, ustazah, Ashraf dan Amir

Jiwa masih tersentuh mengingat kembali perjuangan baginda... dan peninggalannya yang ditinggalkan kepada kita... kita tidak akan sesat sampai bila-bila... Al-Quran dan Sunnah Rasulullah... lebih tersentuh bila menghayati lirik ini...

Hijjaz - Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah



Monday, March 30, 2009

Proud To Be Muslim



Video kiriman muallimahanida ini menyebabkan ustazahlina teringat Adik NurMadihah.

Kalaulah kejayaan itu kerana kesenangan dan kekayaan maka ia tidak benar, kalaulah kejayaan itu kerana kemodenan maka ia juga tidak benar  kerana ... tanpa semua itu Adik NurMadihah masih boleh berjaya... Lantaran itu apakah yang dimilikinya???

Pasti pegangan Iman dan Islam serta Amal yang menjadikan beliau mempunyai jatidiri dan semangat yang tinggi... lihat sahaja apa kata NurMadihah apabila ditawarkan dengan pelbagai hadiah .... (diambil dari blog ustaz hadi)

1.hadiah RM5000.00 dan tawaran sebuah rumah berharga RM130,000.00 drpd Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Tawaran melanjutkan pelajaran  A Level di London dengan pinjaman penuh oleh MARA.

3. Tawaran pembiayaan pelajaran oleh Bank Negara, Petronas, MARA dan bank-bank.

“Sebagai mensyukuri kejayaan ini, saya berpuasa sunat seminggu ini. Saya juga rasa amat terharu dan terhutang budi dengan pihak berkenaan yang memberi perhatian dan turut meraikan kejayaan saya ini

Allah memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepada mereka yang bertaqwa...



Proud To Be Muslim

Terharu berbaur bangga dengan pencapaian  adik NurMadihah yang mendapat 20A dlm SPM. Entry yg ditulis oleh ustaz Hadi dalam blognya menambahkan lagi syahdu...

Friday, March 27, 2009

Aaah...Jangan baca Yasin...???

Fikir-fikirkanlah... 

Jelaskan... Terangkan... Nak Cuba Jawab?

Seringkali kali kita berjumpa soalan-soalan yang menggunakan kata tugas seperti; Jelaskan .. dan terangkan ... NAMUN, persoalannya  adakah jawapan kita benar-benar jelas atau benar-benar terang?  

Jawapan yang jelas dan terang memerlukan isi dan huraian beserta contoh-contoh yang berkaitan.

Cuba Jawab soalan di bawah, (Tuliskan jawapan anda di dalam ruangan comments di atas) ustazah akan menyemak jawapan anda. Selamat mencuba

1.  Jelaskan  dua kelebihan berlaku ihsan terhadap binatang. (Hadis T3)
2.  Terangkan dua kesan buruk melihat perkara haram. (Hadis T5)

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers