Monday, March 30, 2009
Proud To Be Muslim
Terharu berbaur bangga dengan pencapaian adik NurMadihah yang mendapat 20A dlm SPM. Entry yg ditulis oleh ustaz Hadi dalam blognya menambahkan lagi syahdu...
Labels:
Bicara Minda,
Tazkirah
Friday, March 27, 2009
Jelaskan... Terangkan... Nak Cuba Jawab?
Seringkali kali kita berjumpa soalan-soalan yang menggunakan kata tugas seperti; Jelaskan .. dan terangkan ... NAMUN, persoalannya adakah jawapan kita benar-benar jelas atau benar-benar terang?
Jawapan yang jelas dan terang memerlukan isi dan huraian beserta contoh-contoh yang berkaitan.
Cuba Jawab soalan di bawah, (Tuliskan jawapan anda di dalam ruangan comments di atas) ustazah akan menyemak jawapan anda. Selamat mencuba
1. Jelaskan dua kelebihan berlaku ihsan terhadap binatang. (Hadis T3)
2. Terangkan dua kesan buruk melihat perkara haram. (Hadis T5)
Labels:
Tips Exam
Saturday, March 21, 2009
Thursday, March 19, 2009
Ya Rasulallah Ya Habiballah...

وصف النبي صلى الله عليه وسلم كأنك تراه
أسمائه
قال رسول الله عليه الصلاة والسلام : " لي خمسة أسماء : أنا محمد، وأنا أحمد، وأنا الماحي الذي يمحو الله به الكفر، وأنا الحاشر الذي يُحشر الناس على قدمي، وأنا العاقب الذي ليس بعده نبي" رواه مسلم
فضله
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " أنا سيد ولد آدم يوم القيامة ، وأول من تنشق عنه الأرض، وأول شافع و مشفع " صحيح مسلم
لونه
عن أنس رضي الله عنه: كان النبي عليه الصلاة والسلام أزهر اللون ليس بأبيض أمهق ولا آدم .. رواه البخاري
والأزهر : هو الأبيض المستنير المشرق، وهو أحسن الألوان
وجهه
كان الرسول صلى الله عليه وسلم أسيَل الوجه، مسنون الخدين ولم يكن مستديرًا غاية التدوير، بل كان بين الاستدارة والإسالة، وهو الأجمل عند كل ذي ذوق سليم
وكان وجهه مثل الشمس والقمر في الإشراق والصفاء، مليحًا كأنما صيغ من فضة لا أوضأ ولا أضوأ منه
عينيه
كان النبي محمد عليه الصلاة والسلام " إذا نظرت إليه قُلت أكحل العينين وليس بأكحل ".. رواه الترمذي
رأسه
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال:" كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ضخم الرأس"
صوته
عن أم معبد رضي الله عنها، قالت :" كان في صوت رسول الله صلى الله عليه وسلم صهل"
يده
عن أنس رضي الله عنه قال : " ما مسست حريرًا ولا ديباجًا ألين من كف النبي صلى الله عليه وسلم".. أخرجه البخاري ومسلم
صدره
قالت عائشة رضي الله عنها: "كان رسول الله عليه الصلاة والسلام عريض الصدر ممسوحة، كأنه المرايا في شدتها واستوائها"
طوله
عن البراء بن عازب رضي الله عنه قال: كان رسول عليه الصلاة والسلام أحسن الناس وجهًا وأحسنهم خلقًا، ليس بالطويل البائن ولا بالقصير .. رواه البخاري ومسلم
ريحه
عن أنس رضي الله عنه قال: " لا شممت مسكاً ولا عنبرًا أطيب من رائحة النبي عليه الصلاة والسلام"
ضحكته
" كان عليه الصلاه والسلام إذا ضحك بانت نواجذه -أي أضراسه- من غير أن يرفع صوته، وكان الغالب من أحواله التَّبَسُّم"
خلقتَ مبرأً منْ كلّ عيبٍ ** كأنكَ قدْ خلقتَ كما تشـاءُ
وأَحسنُ منكَ لم ترَ قطُّ عيني ** وَأجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءُ
وأَحسنُ منكَ لم ترَ قطُّ عيني ** وَأجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءُ
ضع بصمتك .. بالصلاة والسلام على نبي دعوتك
Labels:
Tazkirah
Wednesday, March 18, 2009
Aduhai, sayangnya masa yang terbuang...
Kalau masa cuti sekolah ni rasa "boring" yang amat sangat.. atau... hanya melangut di hadapan tv menghabiskan setiap siaran... atau... meronda-ronda mengukur jalan dengan motor atau basikal, ala-ala rempit... atau ... menghabiskan duit top up ber "sms" dengan rakan-rakan tapi bukan saudara-mara... atau ... lepak dengan kawan-kawan yang "berasap" dan "bergam"...
ADUHAI! Sayangnya masa yang terbuang... yang pasti tak akan kembali lagi...
KAN BAGUS... kalau dapat kumpul kawan-kawan dalam 4 - 6 orang kita buat
STUDY GROUP!

MACAMANA?
Perjumpaan Pertama: Perancangan ( If You Fail TO PLAN You Plan TO FAIL)
1. Bawa
- kalendar untuk perancangan.
- Buku Rujukan untuk semua matapelajaran supaya senang nak rujuk tajuk-tajuk
- Alat tulis lengkap (orang hendak pergi berperang bawa senjata, orang hendak belajar mestilah bawa alat ni)
- Kertas A4 (senang hendak tulis perancangan)
2. Tentukan nama kumpulan (biar gempak dan bersemangat, ini mengganbarkan identiti)
3. Bincangkan peraturan ( baru ada sistem dan disiplin)
4. Tetapkan tarikh perjumpaan ( seminggu 2x pun dah kira ok, hari-hari?terpulang.. tapi jangan sampai mewujudkan perasaan jemu pada members)
5. Tetapkan matapelajaran dengan tajuk dan sub tajuk.
Setiap ahli perlu study dulu bahagian yang telah ditetapkan (kecilkan skop, so tak la rasa terbeban) bila jumpa setiap ahli perlu jadi cikgu pada ahli yang lain.
Untuk matapelajaran matematik, cuba jawab dan semak sama-sama mana-mana buku kerja, kalau ada bahagian yang x tahu bolehlah jumpa cikgu maths
Cuba rujuk contoh perancangan study group di bawah

Labels:
Bicara Minda
Thursday, March 12, 2009
Terubat Rindu...
"Alhamdulillah syukur Ya Allah Kau izinkan kami berbicara di alam siber, bertemu rupa dalam kamera walau sekejap cuma...terubat rasa rindu di dada... moga anakanda sentiasa dalam peliharaanNYA"
Seronok dapat on9 dengan nabil guna webcam, selepas hampir 4 bulan anakanda nabil berada di bumi Yaman. Walaupun pada mulanya banyak masalah teknikal tapi akhirnya dapat juga kami "berchating".
Teringatkan perbincangan di sekolah tadi dengan Syuk, Elly, Fuady, Haziq, Anas, Asyraf n students 3CP... Moga kalian semua dalam sejahtera
Ibubapa insan yang penting dalam hidup kita, sementara anak-anak adalah amanah dan harta yang perlu dipelihara. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
Kemarahan ibubapa adalah tanda sayang mereka kepada kita,
terimalah dengan hati terbuka.
berdepan dengan realiti keluarga
redha apa yang Allah kurnia
mohon maaf merungkai dilema
Berbaktilah pada ibubapa sementara mereka berada di hadapan mata
kerna kita tidak mahu dikatakan sebagai anak durhaka...
"Ya Allah sejahterakan ibu dan ayahku, selamatkan dan peliharalah mereka sebagai mana mereka memeliharaku sejak aku kecil"
Labels:
Untaian Hari
Subscribe to:
Posts (Atom)