Saturday, March 21, 2009

Thursday, March 19, 2009

Ya Rasulallah Ya Habiballah...




وصف النبي صلى الله عليه وسلم كأنك تراه

أسمائه

قال رسول الله عليه الصلاة والسلام : " لي خمسة أسماء : أنا محمد، وأنا أحمد، وأنا الماحي الذي يمحو الله به الكفر، وأنا الحاشر الذي يُحشر الناس على قدمي، وأنا العاقب الذي ليس بعده نبي" رواه مسلم

فضله

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " أنا سيد ولد آدم يوم القيامة ، وأول من تنشق عنه الأرض، وأول شافع و مشفع " صحيح مسلم

لونه

عن أنس رضي الله عنه: كان النبي عليه الصلاة والسلام أزهر اللون ليس بأبيض أمهق ولا آدم .. رواه البخاري 

والأزهر : هو الأبيض المستنير المشرق، وهو أحسن الألوان

وجهه

كان الرسول صلى الله عليه وسلم أسيَل الوجه، مسنون الخدين ولم يكن مستديرًا غاية التدوير، بل كان بين الاستدارة والإسالة، وهو الأجمل عند كل ذي ذوق سليم

وكان وجهه مثل الشمس والقمر في الإشراق والصفاء، مليحًا كأنما صيغ من فضة لا أوضأ ولا أضوأ منه

عينيه
كان النبي محمد عليه الصلاة والسلام " إذا نظرت إليه قُلت أكحل العينين وليس بأكحل ".. رواه الترمذي 

رأسه

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال:" كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ضخم الرأس"

صوته

عن أم معبد رضي الله عنها، قالت :" كان في صوت رسول الله صلى الله عليه وسلم صهل"

يده

عن أنس رضي الله عنه قال : " ما مسست حريرًا ولا ديباجًا ألين من كف النبي صلى الله عليه وسلم".. أخرجه البخاري ومسلم

صدره

قالت عائشة رضي الله عنها: "كان رسول الله عليه الصلاة والسلام عريض الصدر ممسوحة، كأنه المرايا في شدتها واستوائها"

طوله

عن البراء بن عازب رضي الله عنه قال: كان رسول عليه الصلاة والسلام أحسن الناس وجهًا وأحسنهم خلقًا، ليس بالطويل البائن ولا بالقصير .. رواه البخاري ومسلم

ريحه

عن أنس رضي الله عنه قال: " لا شممت مسكاً ولا عنبرًا أطيب من رائحة النبي عليه الصلاة والسلام"

ضحكته

" كان عليه الصلاه والسلام إذا ضحك بانت نواجذه -أي أضراسه- من غير أن يرفع صوته، وكان الغالب من أحواله التَّبَسُّم"

خلقتَ مبرأً منْ كلّ عيبٍ ** كأنكَ قدْ خلقتَ كما تشـاءُ
وأَحسنُ منكَ لم ترَ قطُّ عيني ** وَأجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءُ

ضع بصمتك .. بالصلاة والسلام على نبي دعوتك

Wednesday, March 18, 2009

Aduhai, sayangnya masa yang terbuang...

Kalau masa cuti sekolah ni rasa "boring" yang amat sangat.. atau... hanya melangut di hadapan tv menghabiskan setiap siaran... atau... meronda-ronda mengukur jalan dengan motor atau basikal, ala-ala rempit... atau ... menghabiskan duit top up ber "sms" dengan rakan-rakan tapi bukan saudara-mara... atau ... lepak dengan kawan-kawan yang "berasap" dan "bergam"... 
ADUHAI! Sayangnya masa yang terbuang... yang pasti tak akan kembali lagi... 
KAN BAGUS... kalau dapat kumpul kawan-kawan dalam 4 - 6 orang kita buat 
STUDY GROUP!

MACAMANA?
Perjumpaan Pertama: Perancangan ( If  You Fail TO PLAN You Plan TO FAIL)
1.  Bawa 
-   kalendar untuk perancangan.
-   Buku Rujukan untuk semua matapelajaran  supaya senang nak rujuk tajuk-tajuk
-   Alat tulis lengkap (orang hendak pergi berperang bawa senjata, orang hendak belajar mestilah bawa alat ni)
-   Kertas A4 (senang hendak tulis perancangan)
2.  Tentukan nama kumpulan (biar gempak dan bersemangat, ini mengganbarkan identiti)
3.  Bincangkan peraturan  ( baru ada sistem dan disiplin)
4.  Tetapkan tarikh perjumpaan  ( seminggu 2x pun dah kira ok, hari-hari?terpulang.. tapi jangan sampai mewujudkan perasaan jemu pada members)
5.  Tetapkan matapelajaran dengan tajuk dan sub tajuk.

Setiap ahli perlu study dulu bahagian yang telah ditetapkan (kecilkan skop, so tak la rasa terbeban) bila jumpa setiap ahli perlu jadi cikgu pada ahli yang lain.

Untuk matapelajaran matematik, cuba jawab dan semak sama-sama mana-mana buku kerja, kalau ada bahagian yang x tahu bolehlah jumpa cikgu maths

Cuba rujuk contoh perancangan study group di bawah 

Thursday, March 12, 2009

Terubat Rindu...

"Alhamdulillah syukur Ya Allah Kau izinkan kami berbicara  di alam siber, bertemu rupa  dalam kamera walau sekejap cuma...terubat rasa rindu di dada... moga anakanda sentiasa dalam peliharaanNYA"

Seronok dapat on9 dengan nabil guna webcam, selepas hampir 4 bulan anakanda nabil berada di bumi Yaman. Walaupun pada mulanya banyak masalah teknikal tapi akhirnya dapat juga kami "berchating".

Teringatkan perbincangan di sekolah tadi dengan  Syuk, Elly, Fuady, Haziq, Anas, Asyraf n students 3CP... Moga kalian semua dalam sejahtera
Ibubapa insan yang penting dalam hidup kita, sementara anak-anak adalah amanah dan harta yang perlu dipelihara.  Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Kemarahan ibubapa adalah tanda sayang mereka kepada kita, 
terimalah dengan hati terbuka. 
berdepan dengan realiti keluarga
redha apa yang Allah kurnia
mohon maaf   merungkai dilema

Berbaktilah pada ibubapa sementara mereka berada di hadapan mata
kerna kita tidak mahu dikatakan sebagai anak durhaka...

"Ya Allah sejahterakan ibu dan ayahku, selamatkan dan peliharalah mereka sebagai mana mereka memeliharaku sejak aku kecil"

Wednesday, March 11, 2009

Oo Gelak Ya!

Ustazah nak cuba melukis gambar rajah Kedudukan jenazah dan imam dalam solat jenazah.. oleh kerana kurang berseni maka gambar jenazah yang berkafan tu nampak macam gula-gula or mcm pulut panggang!..
ooo awak semua gelakkan ustazah ye?  
Tapi bila suruh lukis tak ada siapa pula yang berani... 
Alhamdulillah ada juga kawan kita yang berseni... cuba lihat gambar yang elly  lukis ni...


TIPS Untuk Calon PMR dan SPM i

Assalamualaikum,  
Nak tahu cara berkesan menjawab soalan 
" Jelaskan pengajaran ayat... / hadis .... " ?
Pelajar sering keliru dan tidak dapat menjawab mengikut kehendak soalan.  
Contoh : Soalan 1 Jelaskan dua pengajaran dari ayat 23 surah al-A'raf (Tilawah T3)
                Soalan 2 Jelaskan dua pengajaran dari hadis 1 (Hadis T3)
Untuk apa-apa soalan pengajaran mulakan jawapan anda dengan.... ungkapan seperti
*   Kita hendaklah..........
*   Umat Islam mesti .........
*   Sentiasalah .................

Contoh jawapan soalan 1 dari Sharifah 3BA
i) Kita hendaklah memohon ampun dari Allah  agar mendapat rahmatNya
ii) Kita hendaklah melakukan perkara yang baik supaya disukai Allah

Saturday, March 7, 2009

HUKUM LELAKI BERTINDIK

Soalan
Jika seorang lelaki bertindik, ia tidak dapat menjadi wali apabila anaknya hendak kawin. Tetapi dapat kah seorang lelaki yang bertindik, masuk syurga?
Jawapan
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. 

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah. 


[7:23]

They said: "Our Lord! We have wronged ourselves.If You do not forgive us and have mercy on us, we shall surely be among the lost.'

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers