Wednesday, March 11, 2009

Oo Gelak Ya!

Ustazah nak cuba melukis gambar rajah Kedudukan jenazah dan imam dalam solat jenazah.. oleh kerana kurang berseni maka gambar jenazah yang berkafan tu nampak macam gula-gula or mcm pulut panggang!..
ooo awak semua gelakkan ustazah ye?  
Tapi bila suruh lukis tak ada siapa pula yang berani... 
Alhamdulillah ada juga kawan kita yang berseni... cuba lihat gambar yang elly  lukis ni...


TIPS Untuk Calon PMR dan SPM i

Assalamualaikum,  
Nak tahu cara berkesan menjawab soalan 
" Jelaskan pengajaran ayat... / hadis .... " ?
Pelajar sering keliru dan tidak dapat menjawab mengikut kehendak soalan.  
Contoh : Soalan 1 Jelaskan dua pengajaran dari ayat 23 surah al-A'raf (Tilawah T3)
                Soalan 2 Jelaskan dua pengajaran dari hadis 1 (Hadis T3)
Untuk apa-apa soalan pengajaran mulakan jawapan anda dengan.... ungkapan seperti
*   Kita hendaklah..........
*   Umat Islam mesti .........
*   Sentiasalah .................

Contoh jawapan soalan 1 dari Sharifah 3BA
i) Kita hendaklah memohon ampun dari Allah  agar mendapat rahmatNya
ii) Kita hendaklah melakukan perkara yang baik supaya disukai Allah

Saturday, March 7, 2009

HUKUM LELAKI BERTINDIK

Soalan
Jika seorang lelaki bertindik, ia tidak dapat menjadi wali apabila anaknya hendak kawin. Tetapi dapat kah seorang lelaki yang bertindik, masuk syurga?
Jawapan
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. 

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah. 


[7:23]

They said: "Our Lord! We have wronged ourselves.If You do not forgive us and have mercy on us, we shall surely be among the lost.'

Friday, March 6, 2009

Study Group

Looking for ways to improve your study skills? 
If so, don’t neglect one tool that has worked since the early days of one-room school houses—the study group.



Many college professors agree that group study enhances students’ performances, both in class discussions, as well as on tests.
Why does it work? Group study pays off because it brings about changes in two ways: it forces students to alter their old ways of thinking and it changes their less effective patterns of behavior.
In a group environment, students are less likely to procrastinate. After all, it’s easy to put off an assignment when you only have yourself to answer to, isn’t it? But when you know you have a whole group of people counting on you, you’ll be more likely to get the job done.
Group study also encourages students to explain things aloud. By speaking to and listening to others, students often improve on recall ability, or ability to remember information on test day.
Students who study with others are also forced to become more organized. Once you learn to date and label your notes, you’ll see that organized notes make much more sense at the end of the week than the jumbled, mix and match variety.
One more great benefit of group discussion is that the many perspectives improve your chances of anticipating test questions. Group members will always bring up ideas and thoughts you’d never considered. The various views are sure to pay off on test day!
Finally, you’ll likely find that the benefit of group study reaches far beyond the good results on test day. It will build self-confidence that you can use for the rest of your life. Speaking to small groups will prepare students for speaking to larger groups in the future—or more official groups such as college admission panels or hiring boards.
So go ahead and start building a group of like-minded students who share your goals for success. Be sure to develop a set of study rules to establish the “where’s” and “how’s” and stick by them. The results will show on report card day!

Wednesday, March 4, 2009

Bila Allah Memperingatkan Kita

Terbaca satu analogi yang sangat menarik dari blog sugengz... itulah kita manusia..

“Dikisahkan, seorang mandur pembinaan bangunan yang sedang bekerja berada di tingkat atas bangunan,  dia ingin menyampaikan pesanan penting kepada pekerjanya  yang sedang bekerja di bahagian bawah. Mandur itu menjerit-jerit memanggil seorang pekerjanya itu agar  mendongak ke atas sehingga dia dapat menjatuhkan catatan pesanan. Tetapi  bunyi mesin dan pekerjaan yang bising, tukang yang sedang bekerja di lantai bawah tidak dapat mendengar panggilan dari sang Mandur. Meskipun sudah berusaha menjerit dengan kuat, usaha sang mandor tetaplah sia-sia.

Akhirnya  mandur mendapat idea untuk menjatuhkan duit syiling untuk menarik perhatian pekerjanya itu. Apa yang berlaku ialah pekerja itu berhenti seketika dari kerjanya, mengutip duit itu dan menyambung semula kerjanya. Beberapa kali mandur itu menjatuhkan duit syiling tapi semuanya gagal untuk membuat pekerja mendongak ke atas. 

TIBA-TIBA .....
Si mandur itu mendapat idea lain, ia kemudian mengambil batu kecil yang ada di depannya dan melemparkannya tepat mengena seorang pekerja yang ada dibawahnya. Karena merasa sakit, pekerja itu mendongak ke atas mencari siapa yang melempar batu itu. Kini sang mandur dapat menyampaikan pesan penting dengan menjatuhkan catatan pesan dan diterima oleh pekerja dilantai bawahnya.

Sudah berapa banyak “duit syiling “ yang  dijatuhkan untuk kita... segala kenikmatan yang diberi kadang-kadang jarang menjadikan kita untuk “mendongak ke atas”.   Kerana itu kadang-kadang Allah “menjatuhkan batu” , pengalaman pahit, kesulitan, kehilangan, kegagalan... supaya kita mahu menengadah kepadaNya, bersyukur, redha dan pasrah....

Semoga Allah menerima kita sebagai hambanya

Sunday, March 1, 2009

Aisyah Humaira

Indah namanya seindah peribadi dan keimanannya.  Tokoh yang sepatutnya kita kenali ini ialah Saidatina Aisyah r.a. (Tajuk Sirah PI T3)







Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq. Di gelar Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Lahir 8 tahun sebelum hijrah di Kota Mekah.  Sejak kecil lagi mendapat didikan dari ayah tercinta dan  disambung pula oleh  Rasulullah  apabila Aisyah menjadi isteri baginda. Kecerdasan akalnya dan kesungguhannya dalam menuntut ilmu sehingga menjadikan Aisyah perawi hadis yang meriwayatkan hampir 2 ribu hadis dan menjadi tempat rujuk para sahabat. Ketabahan dan kesabaran Aisyah terserlah dalam peristiwa  Al-Ifk yang disebarkan oleh golongan munafik.  Antara faktor yang menjadikan aisyah wanita yang unggul ialah  :   
DIDIKAN    -    KEIMANAN   -  PERIBADI




Tahniah Pelajar-pelajar SMK Taman Dato' Harun

Tahniah dan setinggi penghargaan kepada pelajar-pelajar SMKTDH yang mewakili sekolah ke pertandingan MTQ peringkat firqah 1 Daerah Petaling Utama kerana telah menaikkan nama sekolah apabila dinobatkan sebagai  Johan keseluruhan Firqah 1. Mana tidaknya mereka telah memenangi 4 acara dari 8 acara yang dipertandingkan iaitu ; Johan Tilawah Lelaki dan Perempuan, Johan Hafazan Perempuan dan Naib Johan Nasyid.  Teruskan usaha kalian untuk peringkat yang lebih tinggi. Barakallah fikum.

Bergambar kenangan bersama Piala Pusingan
Setiap insan yang dijadikan Allah ada kelebihan masing-masing.   Cuma kita sahaja yang belum meneroka / menyedari / mengeluarkan potensi diri yang kita ada.   
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers