Rasa Syukur kerana bertemu dengan blog Psikologi Hadis ini . Rasa sangat kerdil diri ini dan banyak kesilapan yang dilakukan sebagai seorang guru. Semoga perkongsian memahami hadis Rasulullah ini menjadi pedoman kepada semua terutamanya guru-guru yang mendidik anak bangsa.
Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Muhammad,
"Wahai Rasul Allah, siapakah manusia yang paling bahagia kerana mendapat syafaat tuan pada hari kiamat?"
Nabi Muhammad menjawab, "Sesungguhnya saya menyangka, wahai Abu Hurairah, bahawa tidak akan ada seorang pun yang bertanya kepada saya tentang hadith ini lebih dahulu daripada saudara.
Saya lihat saudara amat serius tentang hadith.
Manusia yang paling bahagia mendapat syafaat saya pada hari kiamat adalah sesiapa yang berkata La ilaha illa Allah dengan ikhlas dari lubuk jiwanya." -
Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith autentik al-Bukhari
Aplikasi hadith:
Hadith ini sessuai digunakan dalam proses mengajar.
1. Puji pelajar yang paling awal bertanya.
2. Puji perbuatan dia bertanya itu, ( nyatakan dengan jelas tingkahlaku baik yang dilakukan)
3. kemudian baru jawab pertanyaannya.
* ( yang dalam kurungan ... ustazahlina tambahkan sedikit maklumat dari maklumat asal)
3. kemudian baru jawab pertanyaannya.
* ( yang dalam kurungan ... ustazahlina tambahkan sedikit maklumat dari maklumat asal)
Teknik Nabi Muhammad:
1. Nabi Muhammad mendahulukan memuji perbuatan Abu Hurairah bertanya, kemudian barulah beliau menjawab pertanyaan Abu Hurairah itu.
2. Isi kandungan kata-kata pujian Nabi Muhammad kepada Abu Hurairah itu ada 2 bahagian:
i. Beliau memang sudah menduga Abu Hurairah menjadi orang yang pertama sekali bertanya.
ii. Bahawa Abu Hurairah seorang yang sangat serius tentang hadith.
Teknik dalam hadith ini dapat mendorong pelajar-pelajar berebut-rebut menjadi orang pertama bertanya.
Pasti ada kebaikannya