Alhamdulillah termakasih kepada team Penyelidik sehingga terhasilnya bahan yang sungguh baik ini. Banyak manfaatnya untuk semua. Sila baca bahan-bahan yang sangat bermanfaat ini dari blog berikut
http://hadithpsikologi.blogspot.com/
... Pengajaran Hadis di bawah ini juga boleh dipraktiskan dalam mendidik anak-anak.
Nabi Muhammad adalah seorang ketua dan juga trainer. Dalam hadith di bawah ini Nabi Muhammad menjalankan tugas sebagai seorang trainer kepada sekumpulan trainee.
Beliau menunjukkan teknik yang betul apabila mahu membetulkan kesilapan kerja yang dilakukan oleh trainee-trainee yang belum pandai menjalankan kerja-kerja secara profesional.
Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Samurah melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah datang kepada beliau dan beberapa orang lain. Nabi Muhammad berkata kepada mereka, “Mengapakah saya lihat saudara-saudara mengangkat tangan macam kuda nakal semasa sedang bersembahyang? Bertenanglah semasa sedang bersembahyang.” Kemudian Nabi Muhammad datang lagi, kali ini beliau melihat mereka berdiri dalam bulatan. Nabi Muhammad berkata, “Mengapakah saya lihat saudara-saudara berkelompok-kelompok?” Selepas itu, Nabi Muhammad datang lagi kepada mereka, lalu berkata, “Buat barisan, macam cara malaikat berbaris di sisi Tuhan.” Mereka pun bertanya kepada Nabi Muhammad “Wahai Rasul Allah, bagaimana cara malaikat berbaris di sisi Tuhan?” Nabi Muhammad menjawab, “Barisan pertama mereka lurus, dan barisan-barisan mereka rapat-rapat.” - Hadith No. 331 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.
Dalam peristiwa di atas, sekumpulan orang bersembahyang, tetapi mereka belum pandai melakukan sembahyang dengan cara yang profesional.
Mereka melakukan 2 kesilapan kerja:
a. Cara mereka mengangkat tangan tidak betul.
b. Cara mereka berbaris tidak betul.
Nabi Muhammad mununjukkan cara yang betul apabila mengangkat tangan dan apabila berbaris.
Hasil analisis hadith di atas menunjukkan Nabi Muhammad menggunakan teknik-teknik berikut:
a. Kesalahan itu dibetulkan serta-merta, yakni tidak menunggu lama selepas kesilapan itu dilakukan barulah mahu dibetulkan.
b. Nabi Muhammad memberitahu kesilapan itu dengan spesifik, kemudian diberitahu cara yang betul.
c. Nabi Muhammad tidak menyalahkan diri orang yang melakukan kesilapan itu, beliau cuma menerangkan kesilapan itu sahaja.
d. Apabila menerangkan kesilapan, Nabi menggunakan anologi.
e. Apabila menerangkan cara yang betul, Nabi juga menggunakan anologi.
Sunday, November 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)