Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Namun untuk berubah ke arah yang lebih baik dan terbaik bukan hanya diangan-angankan tanpa disusuli dengan usaha dan semangat...
Bersyukur sangat-sangat apabila suami membeli secara online E-book menghafaz mengikut Kaedah Jibril oleh ustaz Asraff al-hafiz... kupasan yang santai tetapi sangat berkesan memujuk hati , menyuntik semangat dan menangani seribu macam alasan ... dalam menghafaz.... bagi diri ini pula... terasa satu suntikan semangat untuk menghafaz semula ayat-ayat al-Quran sehingga tamat... Tambahan pula buku kaedah Huffaz oleh dr Jh Mohd Shafie al-Muqri' telah pun di beli.....
" Puan, sekiranya puan menghafaz satu hari satu ayat, kesemuanya ada 6236 ayat, puan akan bergelar hafizah 18 tahun dari sekarang iaitu dalam usia 59 tahun...ok tak? "... ucap ustaz Wan Zikri bekas CEO sekolah Imtiaz Terengganu, sewaktu ustazahlina menghadiri workshop Hafaz Is Easy di My Coaching Zone di Seri Kembangan.
" MasyaAllah..." itu sahaja yang terkeluar dari mulut ustazahlina.... jauh di sudut hati... timbul perasaan gembira bukan kerana gelaran itu tapi terasa hidup ini pasti akan lebih bermakna....
surah al-ankabut :69
