Thursday, May 28, 2009

Cetusan Rasa Seorang Cikgu....

Guru pertama ku ayah dan ibu

Yang mengajar ku bertatih, bercakap dan mengenal quran

Masa di tadika cikgu rajin bercerita

Yang buruk ditinggal yang baik diikut


Disekolah rendah cikgu beri hadiah

Kamus bahasa Ingeris

sehingga kini menjadi kenangan manis


(Cikgu2 SK Sg Hj Dorani 1976 - 1980 : Cikgu Hamzah, Cikgu Karim, Cikgu Zaimah, Cikgu Jariah, Cikgu Amir, Cikgu Bakri)


Masuk tingkatan satu

tinggal di asrama jauh dari ayah ibu

Ayah titipkan surat untuk cikgu

Aku baca dulu sebab nak tahu apa yang terbuku

Surat dari ayah untuk cikgu


Kepada cikgu yang dihormati

Saya serahkan anak saya ini di bawah jagaan cikgu

Didik dan ajarlah dia seperti anak cikgu sendiri

Marah dan rotanlah dia jika tidak mendengar kata


(Cikgu2 Maahad Hamidiah kajang 1981 -1983 : Puan Salamah, Cikgu Zul, Cikgu Amat Kamis, Ustaz Ghazali Hamzah. Cikgu Yazariah, Ustaz Amir, Ustaz Iwadh)


Itulah surat ayah kepada cikgu

Keprihatinan dan layanan cikgu amat baik sekali

Bila ayah pulang ke rahmatullah..perhatian cikgu makin bertambah

Diberikan duit saku dan buku untuk menelaah

Itulah cikgu-cikguku seperti ayah dan ibu


Sajak ini untuk cikgu2 ku yg telah lama tidak ketemu


(Karya Pemburu Syurga)

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau jemu
Menatap wajah sama
Bertanya soalan serupa

Maafkan kami cikgu
Kalau lidahmu kelu
Menegur salah silap
Bimbang dibalas biadap

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau malu
Akan pekerti kami
Yang meresahkan hati

Maafkan kami cikgu
Kalau hatimu rindu
Menunggu berita baru
Dari setiap muridmu

Maafkan kami cikgu
Kalau engkau bersendu
Kerana kami bisu
Walau di Hari Guru


Kini aku seorang cikgu

Walau tidak pernah menerima surat dari mana-mana ayah ibu murid-murid ku

namun aku telah menjadikan diriku ibu

yang akan mengajar dan mendidik mereka seperti anak-anak ku


ingin melihat mereka berjaya

dihiasi dengan pekerti mulia

menjadi pendukung membangun bangsa


Justeru kepada Allah kupohon sangat-sangat

Keikhlasan, kecekalan dan semangat

Agar sekelumit usaha ku ini mendapat berkat


Ku pohon juga sangat-sangat

semoga tiada jemu yang bertandang..

tiada bosan yang menjengah...

tiada lelah yang menyapa...

kerana aku ingin menjadi

Guru Pembina Negara Bangsa


kepada semua yang pernah mengajar dan mendidik diriku secara formal atau tidak...juga adalah cikgu-cikgu ku..Moga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah...Amin

Sunday, May 17, 2009

Air mata di Hari Guru...


Guru Pembina Negara Bangsa
Kisah ini sungguh menyentuh perasaan... dari blog saudara Muhtar Suhaili...(engineer berjiwa dae') ...ingin ustazahlina kongsikan bersama..agar ramai lagi yang mendapat manfaatnya

Ada seorang guru wanita di sekolah saya. Ada kisah yang meruntun jiwa tentangnya.

Cikgu Siti yang saya kenali memang serius ketika mengajar. Kerap juga dia bercanda dengan kami. Ada masanya, dia akan beri kami duit seringgit kalau dapat jawab kuiz cepu emas yang melucukan. Dulu saya kurang minat dan mahir Bahasa Malaysia tapi kian lama kian mantap.

Saya pernah nampak dia hulur wang RM1 kepada Arifin, kawan sekelas saya yang selalu tak bawa wang ke sekolah. “Makan nasi ya, jangan beli keropok”, ujarnya. Banyak kali juga. Arifin anak yatim. Ibunya meninggal tahun lepas kerana penyakit TB. Walaupun pakaiannya tidak kemas dan sesekali bau hapak, cikgu Siti selalu dakap dan usap rambut Arifin. Kadang-kadang saya nampak dia beri nasihat kepada Arifn supaya jaga kebersihan pakaian dan tubuh badan.

Pagi itu Cikgu Siti masuk ke kelas macam biasa. Tiba-tiba, Arifin muntah. Kami semua panik dan tak kurang juga yang menekup mulut dan hidung. Saya lihat Arifin macam nak pitam. Muka pucatnya menzahirkan dia sakit. Cikgu Siti terus dukung tubuh kurus Arifin dan keluar kelas. Agaknya ke bilik sakit, kami mendesus. Sebelum keluar, sempat cikgu pesan sambung latihan tatabahasa semalam. Kami akur.

Selepas setengah jam, Cikgu pun balik ke kelas. Saya lihat tudung cikgu basah dan ada kesan warna. Bau muntah masih ada. Rupanya di bilik sakit Arifn muntah lagi. Cikgu Siti guru PBSM. Tentu dia dah beri rawatan yang berkaitan. Tapi, muka Cikgu tetap manis. Dia senyum. Tak ada pun suara mengomel tudung maniknya berbau busuk. Sesekali dia mengibas-ngibas tudungnya yang lembab supaya cepat kering, andaian ku.

Sesekali bila teringat kepada Cikgu Siti, saya rasa sangat terharu kerana khabarnya Arifin kini seorang businessman yang berjaya. Dia tidak lagi memakai sepatu yang koyak seperti ke sekolah suatu masa dulu. Bajunya berjenama. Rambutnya yang dulu tidak bersikat kini disisir rapi.

————————————————————————-
Ketika kami berjumpa (reunion) setahun lepas, saya masih ingat ucapannya di hadapan pentas.

“Saya tidak akan pernah lupa seorang guru yang berhati luhur memberi saya makan ketika saya lapar sepiring nasi. Saya tidak akan pernah lupa seorang guru yang berhati luhur mendakap mesra tubuh saya yang kurus dengan penuh kasih sayang dan meminta saya memanggilnya ibu.”

“Saya tidak akan lupa raut seorang guru yang memberi saya harta sebesar dunia (ilmu) dan malah membelikan saya sebatang pensel untuk saya tulis. Kecilnya saya yang kehilangan kasih sayang ibu, tetapi besar saya dianugerah Tuhan pula seorang guru.”

Kami mendengar sambil terdiam. Saya pasti sangat-sangat orang yang dimaksudkannya itu.

“Sewaktu saya pengsan kerana gastrik, seorang guru yang selayaknya ibu telah merawat saya dengan penuh kasih sayang dan ambil berat. Dengan kereta buruknya, dia menghantar saya pulang. Saya masih ingat bunyi decit keretanya ketika terlanggar lopak di jalan.”

“Hari ini saya berdiri sebagai seorang usahawan berjaya. Seorang yang berkelulusan master dari universiti tempatan. Berkereta mewah, bergaji besar. Malah, pen yang kutulis juga beratus harganya.”

“Tapi, aku tak pernah lupa kepada bunyi decit kereta buruk cikgu Siti. Aku tak pernah lupa pada bau hanyir muntah yang kulambak di atas pakaiannya. Aku tak pernah lupa dakapan erat cikgu menenangkan aku ketika aku menangis teringat arwah ibu semasa mendapat keputusan UPSR 4A ketika itu.”

Suara Arifn tertahan-tahan. Sesekali ada juga basah kelopak matanya. Ujarnya lagi….

“Andai suatu hari nanti jika kita bertemu lagi, cikgu…. Akan kulafaz terima kasih sebesar dunia.”

Saya tidak dapat menahan air mata mengenang besarnya pengorbanan seorang guru biasa bernama Cikgu Siti Nazura. Demikian pengaruh beliau kepada anak didiknya.

* Saya kini seorang jurutera kanan sebuah syarikat binaan terkemuka di Selangor. Terima kasih, cikgu!


Guru-guru sekali-kali jangan disalahkan, tidak ada guru yang mendidik anak muridnya kepada kejahatan. Niat mereka semuanya baik dan suci, cuma kadang-kadang guru itu amat pandai membaca kitab, tetapi tidak pandai membaca masyarakat."  - Prof. Hamka

Semoga semua guru diberikan kekuatan untuk pandai "membaca masyarakat...menjadikan kerja sebagai ibadah...berbicara secara hikmah...bersungguh membina ummah...Amin

Wednesday, May 13, 2009

Usaha murni guru...

Malam Khamis lepas ustazahlina bersama cik syazwani "menemani" pelajar-pelajar perempuan T3 dan T5 SMK Taman Dato' Harun SMKTDH untuk kelas ulangkaji malam atau prep...
teringat masa di Maahad Hamidiah Kajang dan juga di KIK...rutin prep yang menjadi satu kewajipan bagi sekolah berasrama... 
tetapi UNIKnya  SMKTDH ini bukan sekolah berasrama!....Usaha murni dan mantap dari pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan juga PIBG mewujudkan kelas malam khas untuk pelajar-pelajar patut disokong dan dipuji...
Apa kata Penolong Kanan 1 Puan Zarina Awang..  " Kita sediakan tempat supaya pelajar dapat berkumpul untuk belajar...kalau tidak pun mereka ni tetap berkumpul (lepak) di kedai-kedai la ...tepi-tepi jalan la..."
Hmm..kemudahan yang patut dihargai oleh pelajar...moga usaha murni sekolah ini dihargai oleh semua pelajar demi untuk kebaikan mereka... 

Ambil peluang.......Kelas bimbingan Cikgu Khairul

Perbincangan berkumpulan....


Minuman panas dan biskut juga disediakan....

Rakan yang bekebolehan membimbing rakan lain...





Friday, May 8, 2009

Semoga berjaya...

Kepada semua anak-anak dan anak didik...yang akan menduduki peperiksaan ..juga yang sedang menjalani latihan perguruan...Di doakan semoga berjaya... Amin
Tiada kejayaan tanpa USAHA dan PENGORBANAN


Tanpa Mereka Siapalah Kita...



Doa dari   Fatimah Solehah..3 tahun...lihat lagi aksi Fatimah Solehah  di sini

My Videos

Bahan Bantu Belajar Ustazahlina

Welcome

Followers